Walaupun peperiksaan Radio Amatur RAE Siri-2 2012 telah selesai pada 19 Disember 2012, kami komuniti ADARC tetap ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon RAE Siri-2 2012. Komuniti ADARC sentiasa berbesar hati untuk membantu sesiapa sahaja calon-calon RAE yang memerlukan bantuan dan sebarang info berkenaan amatur untuk kami kongsikan bersama sebagai manfaat bersama di samping mengeratkan dan meluaskan lagi hubungan silaturahim antara komuniti dan calon-calon.
SWL Faizz
Suasana dalam dewan peperiksaan...
Antara rakan radio yang hadir untuk memberi semangat dan sokongan kepada para calon RAE Siri-2 2012...
Komuniti ADARC sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon dan terima kasih kepada rakan komuniti yang sama-sama hadir untuk memberi sokongan kepada para calon RAE secara langsung atau tidak langsung.
"Mesra Di Udara Akrab Di Daratan"
0 comments:
Post a Comment