Showing posts with label ARDF. Show all posts
Showing posts with label ARDF. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

9W2GFA Menang Tempat Ke-2 ARDF UTM Skudai

ARDF atau Fox Hunting, telah diadakan pada 30 Januari 2010 yang lalu. 9W2GFA (Cikgu Firdaus) merupakan wakil tunggal dari ADARC47 malah juga wakil tunggal dari Kuala Lumpur telah menyertainya. Acara tersebut telah diadakan di sekitar kampus UTM Skudai, Johor.

Jumlah keseluruhan peserta tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti sememangnya ramai terutama dalam kategori Beginner yang rata-ratanya disertai oleh SWL dari kawasan sekitar dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTM sendiri. Fox Hunt pada kali ini juga disertai oleh beberapa orang dari tanah seberang yang dilihat mempamerkan callsign YB....dan YC...

9W2GFA menyertai acara tersebut dalam kategori Intermediate dan telah memenangi tempat kedua setelah menemui tiga beacon daripada lima beacon yang telah disembunyikan (sebenarnya empat tetapi yang satu tu rupa-rupanya dummy marker - ceh).

Fox hunting yang berikutnya dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2010 nanti di Kuala Lumpur.

Jumpa anda disana....

73

Sunday, December 13, 2009

UTM ARDF

"No Due, No Harm, With Skill We Play"




UTM Introductory ARDF Open
(Fox Hunting) 2010


Date : 30 January 2010
Time : 8.00 AM to 8.30 PM

Pihak UTM dengan kerjasama Belia 4B dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Amateur Radio Direction Finding (ARDF). Segala maklumat lengkap anda boleh dapati di http://utmardf.blogspot.com