Showing posts with label Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Keputusan RAE Sessi 4/2010

Keputusan RAE Sessi 4/2010 telah pun diumumkan dan anda boleh menyekmaknya di http://rae.skmm.gov.my/ Kepada calon-calon yang lulus tahniah kami ucapkan dan yang gagal jangan berputus asa, cuba lagi di RAE akan datang.

73

Tuesday, October 12, 2010

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Ke Empat Bagi Tahun 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehndak peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti tersebut.

Tarikh/Masa Peperiksaan: 22 Disember 2010 / Jam 2.00 petang

Tempat Peperiksaan: Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah & Sarawak.

Tarikh Permohonan dibuka: 11 Oktober 2010.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Oktober 2010 Jam 5.00 petang

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan-pautan berikut:
http://www.skmm.gov.my/link_file/notices/RAE2010_4_Pemberitahuan.pdf

Sunday, April 4, 2010

Kecuaian SKMM Menyusahkan Orang Lain.



Akibat dari kecuaian pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang canggih telah mengakibatkan seorang rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) terpaksa menukar callsign beliau dari 9W2BOX ke 9W2ZOX berkuat kuasa 2 April 2010.

Setelah hampir 2 tahun beliau menggunakan callsign 9W2BOX yang telah diluluskan oleh pihak SKMM, hanya pada baru-baru ni pihak SKMM menelefon beliau dan mengatakan 9W2BOX telah dimiliki oleh seseorang. Kenapa perlu tunggu 2 tahun SKMM???

Dimanakah kecekapan dan keprofesionalan SKMM??? Hanya setelah 2 tahun rakan ini menggunakan callsign 9W2BOX dan memancar di serata pelusuk tanah air baru pihak SKMM perasan callsign ini telah digunakan oleh orang lain. Persoalan yang timbul disini kenapa pihak SKMM meluluskan callsign ini kepada rakan ADARC ini pada tahun 2008? Kenapa hanya telefon untuk menyuruh tukar callsign, tak boleh kah bagi surat rasmi?? Database SKMM tak pernah update ker??

Cuba anda banyangkan jika anda berada ditempat rakan kita itu, apa perasaan anda?? Pihak lain yang cuai tapi kita yang tanggung susah. Email telah dibuat menggunakan callsign, QSL kad telah dibuat, kad nama telah dibuat, stiker callsign di kereta nak kena tukar, baju yang telah dijahit dengan callsign nak kena buat balik, echolink nak kena daftar lagi sekali, qrz.com nak kena daftar lagi sekali, mycallsign.com nak kena daftar lagi sekali dan yang paling ketara ramai rakan yang telah mengenali kita dengan callsign yang lama (kena kontek perdana semula). Ini semua akan melibatkan kos, masa dan tenaga (kalau SKMM bayar ganti rugi takpe la jugak).

Apabila ditanya dengan pihak SKMM kenapa perkara ini berlaku, jawapan yang diberi "maaf kesilapan teknikal, pihak kami baru update database". "Anda dikehendaki menukar callsign anda dan pihak kami berhak menarik callsign anda". "Callsign kelas B adalah sementara, nanti dah upgrade ke kelas A anda boleh ambik semula callsign anda jika tiada orang menggunakannya". Jawapan yang tidak boleh diterima akal langsung. Kenapa nak tunggu 2 tahun baru nak update database callsign??? Kalau 2 minggu atau 2 bulan mungkin boleh terima lagi, tapi kalau sampai 2 tahun kakitangan SKMM tak buat kerja ker?? Dimana intergriti pihak SKMM??

SKMM oh SKMM...............

Bantulah kami bukan menyusahkan kami....

73