Set HF Kenwood
Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan dari lokalan V47 dan V17 yang telah berjaya melaksanakan pameran berkenaan Radio Amatur di Karnival MPAJ pada 19.07.09.
Pihak V47 mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dari Wilayah 17 kerana banyak memberi sokongan, bantuan dan tunjuk ajar kepada kami yang baru setahun jagung ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari V47 yang selama ini memberi pendapat, sokongan moral dan kerjasama yang tidak berbelah bagi.
Kepada APRS team, thanks a lot kerana sudi hadir dan membuat demotrasi serta penerangan berkenaan dengan APRS. Jutaan terima kasih juga kepada 9M2RS, 9M2CJ, 9M2RZL & 9M2ADI yang banyak membantu dan menyokong untuk menjayakan program ini.
Akhir kata dari kami, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.
Segala kekurangan dan kesilapan dari pihak kami harap dimaafkan.
Buah Cempedak Diluar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Kami Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Ajarkan
de Alam Damai Amatuer Radio Community
73









