Showing posts with label 9W2BMX. Show all posts
Showing posts with label 9W2BMX. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Kenduri Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ



Lama betul tak kemas kini disini semenjak semua orang sibuk dengan muka buku (Facebook) hehehe. Alhamdulillah pada 12/03/11 yang lalu 9W2BMX & 9W2BMQ telah mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian ayahanda dan bonda mereka ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) mendoakan semoga pakcik & makcik selamat pergi dan kembali serta sihat hendaknya sewaktu berada di sana.

Kalau cerita bab kenduri di lokalan Alam Damai ni, menu utama mestilah kambing golek. Ada yang panggil kambing bakar, kambing golek, kambing panggang, kambing BBQ. Nak panggil apa pun takpe lah janji kambing hehehe.... 2 ekor kambing telah di golekkan di atas bara api. Nyam nyam nyam...memang sedap hingga menjilat jari. Terima kasih tukang bakar yang sampai terbakar bulu roma tangan, terima kasih tukang potong dan terima kasih juga pada tukang makan.

Kesimpulannya, semangat kerjasama penting antara kita. Mula dengan proses mengangkut khemah dari stor, memasang khemah, susun meja, pasang lampu, persiapan memanggang, hidupkan api, tukang makan dan yang akhir sekali tukang kemas. Kalau takde orang atau takde kerjasama patah pinggang ooooo. Terima kasih semua yg membantu dan yang menghadirkan diri.

Yang Ringan Sama Dijinjing
Yang Berat Sama Dipikul.
Baru Aman Rumahtangga

Friday, January 7, 2011

9W2BMQ Cedera

9W2BMQ (Zaiton) yang juga XYL kepada 9W2BMX telah ditimpa musibah pada 6 Januari 2011. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6.40 petang di hadapan rumah beliau sendiri. Beliau yang pada mulanya ingin mengambil selipar harmonicnya di dalam longkang, telah membuka besi penutup longkang di hadapan rumahnya.

Namun apakan daya, malang tidak berbau. Secara tiba-tiba besi penutup longkang itu jatuh dan menghempap jari kaki kanannya. Sewaktu kejadian 9W2BMX tiada di rumah.

Sejurus kejadian berlaku harmonicnya menelefon 9W2BMX. Dengan adanya radio amatur, 9W2BMX memanggil di frekuensi dan memberi tahu sesiapa yang berhampiran di rumah beliau tolong pergi ke rumahnya dan melihat keadaan XYLnya yang cedera.

Secara kebetulan 9W2UWR lalu dikawasan itu dan terus ke rumah beliau. Tanpa berlengah 9W2UWR telah membawa 9W2BMQ ke hospital HUKM. Namun takdir telah menentukan segalanya. Sebahagian ibu jari kaki kanan 9W2BMQ terpaksa dipotong bagi menyelamatkannya terkena jangkitan kuman.

Sehingga artikel ini ditulis 9W2BMQ masih dirawat di hospital HUKM wad 4H katil nombor 3. Sebarang perkembangan terkini anda bolehlah bertanya di frekuensi V47 atau pun menelefon terus 9W2BMX.

Kepada Kak Ton & Bang Man diharap anda berdua bersabar menghadapi dugaan ini. ADARC bersama-sama rakan yang lain sentiasa mendoakan semoga anda cepat sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala.

73

Friday, December 24, 2010

Kenduri Kesyukuran Dan Menyambut Awal Muharram Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ


Pada 6 Disember 2010 yang lalu 9W2BMX dan isteri beliau 9W2BMQ telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut Awal Muharram.

Walaupun majlis diiringi dengan hujan renyai namun alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, doa selamat kemudian jamuan makan amat meriah dengan kehadiran para tetamu.

Seperti biasa, seekor kambing telah menjadi korban untuk dipanggang. Kaum arab V47 makan kambing macam makan ayam jer......

Syukur juga ke hadrat Allah kerana rakan kita 9W2YSF telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini beliau masih bercuti dan berehat di rumah.

Dikesempatan ini pihak tuan rumah iaitu 9W2BMX/9W2BMQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yg hadir untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang membantu sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan insyaAllah mudah-mudahan dengan ada nya program seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Komuniti Kita, Keluarga Kita.

73

Monday, April 26, 2010

Rumah 9W2BMX & 9W2BMQ Dimasuki Pencuri

Pada 26 April 2010 jam 6.00 pagi 9W2BMQ iaitu XYL kepada 9W2BMX bangun dari tidur dan menyedari pintu rumah beliau terbuka dan keadaan di dalam rumah berselerak. Tanpa melenggahkan masa beliau mengejutkan suaminya 9W2BMX.

Selepas memeriksa di sekitar kawasan rumah dan di dalam rumah, beliau mendapati beberapa barangan berharga telah hilang seperti wang tunai, telefon bimbit, cermin mata okley, seutas jam tangan dan sebuah handy Yeasu VX3. Jumlah kerugian dianggarkan RM4+++.

Jika anda didatangi individu untuk menjual handy Yeasu VX3 (antena dah patah), sila hubungi 9W2BMX di V47 atau di 019-2260329/019-2780329.

ADARC ingin mengucapkan takziah di atas kecelakaan yang berlaku kepada keluarga anda dan berharap anda bersabar menempuh dugaan ini.

ADARC juga ingin mengingatkan rakan-rakan supaya jika lalu di hadapan rumah rakan-rakan yang lain, perhatikanlah keadaan rumah tersebut dan sekitarnya. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mencegah jenayah di kawasan kita.

73

Sunday, March 28, 2010

Antena 9W2BMX

Gambar yang sempat dirakam di sekitar perkarangan base station 9W2BMX semasa kerja-kerja service antena. Pole antena setinggi lebih kurang 50kaki dari paras bumi, ada warning light warna merah.











Sekain,

73 de ADARC47