Showing posts with label Bandar Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Bandar Tun Razak. Show all posts

Monday, April 18, 2011

MUZAKARAH ASTRA TENGAH





Berkenaan perkara tajuk di atas, ASTRA TENGAH akan mengadakan muzakarah peringkat wilayah tengah. 9M2YRS Pak Yob mewakili ASTRA TENGAH memberi mandat kepada ADARC untuk mengelolakan majlis kali ini. Berikut adalah butiran majlis tersebut:

TARIKH: 23/04/2011
MASA: 1400H
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MAKMUR BANDAR TUN RAZAK
KOORDINAT GPS: N 3' 5' 20.1 E 101' 43' 28.1

ADARC amatlah berbesar hati dengan pelawaan ini, kami akan cuba memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada ADARC. Semua peminat dan yg berminat dengan radio amatur dijemput hadir.

p/s: ADARC team sila berhubung dengan 9W2BMX Azman untuk koordinasi majlis dan sila datang awal.

untuk butiran lanjut sila lawati blog rasmi ASTRA TENGAH

Sunday, March 27, 2011

Kenduri Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ



Lama betul tak kemas kini disini semenjak semua orang sibuk dengan muka buku (Facebook) hehehe. Alhamdulillah pada 12/03/11 yang lalu 9W2BMX & 9W2BMQ telah mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian ayahanda dan bonda mereka ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) mendoakan semoga pakcik & makcik selamat pergi dan kembali serta sihat hendaknya sewaktu berada di sana.

Kalau cerita bab kenduri di lokalan Alam Damai ni, menu utama mestilah kambing golek. Ada yang panggil kambing bakar, kambing golek, kambing panggang, kambing BBQ. Nak panggil apa pun takpe lah janji kambing hehehe.... 2 ekor kambing telah di golekkan di atas bara api. Nyam nyam nyam...memang sedap hingga menjilat jari. Terima kasih tukang bakar yang sampai terbakar bulu roma tangan, terima kasih tukang potong dan terima kasih juga pada tukang makan.

Kesimpulannya, semangat kerjasama penting antara kita. Mula dengan proses mengangkut khemah dari stor, memasang khemah, susun meja, pasang lampu, persiapan memanggang, hidupkan api, tukang makan dan yang akhir sekali tukang kemas. Kalau takde orang atau takde kerjasama patah pinggang ooooo. Terima kasih semua yg membantu dan yang menghadirkan diri.

Yang Ringan Sama Dijinjing
Yang Berat Sama Dipikul.
Baru Aman Rumahtangga

Tuesday, December 28, 2010

Kelas Persedian RAE 4/2010 Di Dewan UMNO Bandar Tun Razak



Pada 18 Disember 2010, Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah mengadakan kelas persediaan untuk menghadapi RAE 4/2010 di Dewan UMNO Bandar Tun Razak.

Seramai 15 orang SWL telah menghadiri kelas tersebut dan 4 orang yang telah lulus RAE 3/2010 hadir untuk mendapatkan tandatangan 9M.

ADARC mengucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO Bandar Tun Razak kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan tersebut tidak lupa juga kepada 9W2BMX yang berusaha mendapatkan tempat, tidak lupa kepada tenaga-tenaga pengajar 9M2RIE, 9M2AIR dan 9M2AIS tahniah dan terima kasih kepada anda.

Kepada rakan-rakan yang lain terima kasih kerana memberi sokongan, pertolongan dari segi tenaga, idea, nota dan bahan rujukan. Kerjasama anda amat dihargai.

ADARC mengharapkan kepada semua calon yang bakal menduduki RAE 4/2010 dapat menjawab soalan dengan tenang dan lulus.

InsyaAllah dimasa akan datang kami akan menganjurkan lagi kelas RAE demi untuk meramaikan lagi operator radio yang sah di Malaysia amnya dan di Lembah Klang khasnya.

Komuniti Kita Adalah Keluarga Kita.
Cubit Peha Kiri, Peha Kanan Terasa.
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

73

Friday, December 24, 2010

Kenduri Kesyukuran Dan Menyambut Awal Muharram Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ


Pada 6 Disember 2010 yang lalu 9W2BMX dan isteri beliau 9W2BMQ telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut Awal Muharram.

Walaupun majlis diiringi dengan hujan renyai namun alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, doa selamat kemudian jamuan makan amat meriah dengan kehadiran para tetamu.

Seperti biasa, seekor kambing telah menjadi korban untuk dipanggang. Kaum arab V47 makan kambing macam makan ayam jer......

Syukur juga ke hadrat Allah kerana rakan kita 9W2YSF telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini beliau masih bercuti dan berehat di rumah.

Dikesempatan ini pihak tuan rumah iaitu 9W2BMX/9W2BMQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yg hadir untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang membantu sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan insyaAllah mudah-mudahan dengan ada nya program seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Komuniti Kita, Keluarga Kita.

73

Saturday, December 4, 2010

Jemputan Kenduri Kesyukuran & Sambutan Awal Muharam

9W2BMX (Man) & 9W2BMQ (Zaiton) menjemput semua rakan-rakan sekeluarga ke rumah mereka di No. 12, Jalan Makmur 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada:-

6 Disember 2010
8.00pm hingga 12.00am

Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Jamuan Makan.

7 Disember 2010
4.00pm hingga 8.00pm
Majlis sambutan ulang Tahun kelahiran anak bongsu beliau yang ke-6.

Semua rakan-rakan dijemput hadir dan anda boleh memanggil di V47 (145.5875) untuk menanyakan jalan ke lokasi.

73

Friday, October 8, 2010

Kelas RAE 3/2010 Di Restoran Mak Siti



Pada 4 September 2010 (Isnin) 1 kelas bagi rakan-rakan yang bakal menduduki RAE 3/2010 telah diadakan di Restoran Mak Siti, Bandar Tun Razak.

Kelas ini telah dirancang oleh sekumpulan rakan-rakan amatur yang ingin membantu SWL untuk menimba ilmu. Alhamdulillah hampir 20 orang SWL yang hadir dan semoga anda semua lulus pada RAE kali ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada tuan kedai Restoran Mak Siti yang membenarkan rakan-rakan menggunakan kedainya, tidak lupa tenaga pengajar yang sudi hadir dan berkongsi ilmu serta pengalaman. Mereka ialah 9M2PRO, 9M2AIR dan 9W2JQQ.

Mudah-mudahan program seperti ini dapat kita teruskan dari masa ke semasa untuk menambah bilangan pemegang callsign amatur dan peminat radio amatur.

73