Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Takziah Kepada 9W2DOL

Takziah kami ucapkan kepada 9W2DOL yang kematian isteri tercinta pada 26/01/2011 jam 1.00pagi. ADARC turut bersimpati terhadap apa yang berlaku, namun sudah tersurat setiap yang hidup itu pasti akan mati. Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Amin.

Sunday, December 26, 2010

9W2SLT Silent Key


Pada 16 Disember 2010 lebih kurang jam 5.30pm ADARC telah menerima berita 9W2SLT/PR-AFS/SC3SCX telah kembali kerahmatullah di Hospital Serdang.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah ayahandanya di Taman Cuepacs, Batu 9 Cheras dan di kebumikan pada keesokan harinya.


Salam takziah dari Alam Damai Amatuer Radio Community (ADARC) buat keluarga arwah.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa nya, diterima amalannya dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH.

Thursday, October 28, 2010

Takziah Kepada 9W2TSE Dan Keluarga

9W2TSE

Tanggal 28 Oktober 2010 jam 1.00 pagi. Rakan kita iaitu 9W2TSE (Fendi) telah kehilangan bapa mertua beliau di Hospital Serdang.

Arwah bapa mertua beliau dipercayai mengalami komplikasi jantung. Jenazah akan dibawa balik ke Kluang Johor untuk dikebumikan.

Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Amin.........

Friday, August 27, 2010

9W2AY Silent Key

Pada jam 6.34pagi tadi ADARC telah menerima 1 sms yang mengatakan 9W2AY (Pak Ayub) telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi dan akan dikebumikan di Alor Setar sebelum Zohor.

Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah...

73