Showing posts with label Biro Pendidikan ADARC47. Show all posts
Showing posts with label Biro Pendidikan ADARC47. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

SWL @ SWAL

Salam sejahtera semua.

Untuk perhatian semua, hanya di Malaysia sahaja digunakan 'term' SWAL (Short Wave Amateur Listener). Negara-negara lain di dunia tidak menggunakan 'term' itu, sebab ianya tidak wujud. Yang wujud, dan yang betul, ialah SWL - Short Wave Listener. Memandangkan band HF amatur terkandung di dalam kategori Short Wave maka mereka yang mendengar band amatur di HF juga di panggil Short Wave Listener (SWL) dan bukan SWAL. 'Term' SWAL tidak wujud di mana-mana, baik di peringkat International Telecommunication Union (ITU) mahu pun di American Radio Relay League (ARRL) atau Radio Society of Great Britain (RSGB) atau mana-mana persatuan/badan radio amatur.

Short Wave adalah dari , lebih-kurang, 1MHz hingga ke 30MHz, tak kira apa 'mode' yang dipergunakan. Mereka-meraka yang minat mendengar frekuensi yang lebih tinggi dari 30MHz tidak dinamakan SWL sebab ianya, yang lebih dari 30MHz itu, bukanlah diistilahkan sebabai Short Wave. Sekiranya 'term' SWAL digunakan apabila anda memancar di band HF amatur, nescaya seluruh dunia akan hairan apa yang dimaksudkan oleh anda dan ianya akan menyebabkan kekeliruran. Oleh yang demikian, jangan guna sama sekali 'term' SWAL tetapi gunalah 'term' SWL yang mana ianya adalah yang betul.

Terima kasih
dan 73.

Sunday, November 29, 2009

Penggunaan Kendalian Oleh SWL

Pada 25.11.09 (Rabu) 9W2UWR dan 9W2BMX telah mengadakan satu diskusi tentang penggunaan kendalian oleh SWL bersama 9M2ALL dan 9M2RIE. Setelah hampir 1 jam diskusi berlangsung rumusan yang kami dapat adalah seperti di bawah.

SWL hanya boleh menggunakan kendalian apabila stesen master (tuan punya callsign) ada disebelah dan stesen master yang membuka dan menutup QSO.

Jadi saya harap semua rakan-rakan faham. Jangan kita jadi pandai tak boleh ditegur. Bodoh tak boleh diajar. Berpijaklah di bumi yang nyata.

Sekian, terima kasih.

73

Monday, November 9, 2009

Kelas RAE 2/2009

Kelas RAE siri 2/2009 akan diadakan dengan kerjasama pihak Wilayah V17. Berikut butiran mengenai kelas RAE:

Tarikh: 12 Disember 2009

Tempat: Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yuran: RM50

Bayaran ini meliputi minum pagi, makan tengahari, minum petang dan nota rujukan. Sila war-warkan pada rakan SWL yang lain.

73

Thursday, September 17, 2009

Sejarah Telah Membuktikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Notis RAE 2/2009 telah pun keluar pada 17.09.09. Jadi marilah kita sama-sama membantu rakan-rakan yang berminat untuk mengambil RAE 2/2009.

Sejarah telah membuktikan, membaca, study group, bertukar-tukar nota dan contoh soalan, membincangkan soalan-soalan lama, perbincangan di frekuensi dan menghadiri kelas adalah petua atau tips untuk lulus RAE.

ADARC47 sendiri telah melahirkan 20 HAM's dengan mengikuti tips-tips diatas diantaranya:-

RAE 2/2008
1) 9W2WPG
2) 9W2UWR
3) 9W2NTT
4) 9W2TBC
5) 9W2CAE
6) 9W2XSS
7) 9W2XMO
8) 9W2XSQ

RAE 1/2009
1) 9W2YSF
2) 9W2NDS
3) 9W2BMQ
4) 9W2SAQ
5) 9W2FJO
6) 9W2YUP
7) 9W2CYH
8) 9W2PGQ
10)9W2JXR
11)9W2WNS
12)SWL Kamal (belum ambik callsign)

ADARC47 berharap pada RAE 2/2009 lebih ramai lagi SWL yang akan lulus. Kepada yang pernah ambik RAE tetapi kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi, insyaAllah kami sedia membantu anda semua.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Wilayah V17 yang tidak pernah berputus asa mendidik, memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami selama ini. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan.

73

Notis RAE 2/2009

Notis RAE 2/2009 telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengambil RAE 2/2009 boleh la dapatkan maklumat lanjut di www.skmm.gov.my.