Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

9W2MDY (Pengurus ASTRA Tengah) Terlibat Dengan Kemalangan

9W2MDY, 9W2DNO dan 9W2BGQ telah terlibat dalam 1 kemalangan jalan raya malam tadi sewaktu pulang dari majlis berbuka puasa di clubhouse ASTRA Tengah di Glenmarie Shah Alam.

Mereka bertiga telah dihantar ke Hospital Klang dan 9W2DNO bersama 9W2BGQ dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Manakala 9W2MDY mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah ditahan di wad.

Setakat berita ini ditulis keadaan 9W2MDY stabil dan beliau masih lagi boleh bercakap dan minum air.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

73

Wednesday, January 6, 2010

9W2JBD Kemalangan

9W2JBD (kiri) telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Akibat dari kemalangan itu beliau telah retak tulang tapak tangan kiri dan kini masih lagi dalam cuti sakit.

Mudah-mudahan anda cepat sembuh Amy dan boleh tekan PTT semula.

73