Showing posts with label 9M. Show all posts
Showing posts with label 9M. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Tahniah Kepada 9W2BJT & 9W2LMF

LULUS


GAGAL


LULUS

Alhamdulillah bertambah lagi 9M di Malaysia. 2 orang rakan dari Alam Damai Amateur Radio Community iaitu 9W2BJT (Bujat) dan 9W2LMF (Ben) telah berjaya melepasi halangan ujian CW dan mereka lulus.

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) berasa amat bangga dengan keputusan yang telah dikeluarkan. Walaupun 3 orang wakil yang pergi namun 9W2BCT (Aswadi) telah kandas. Kami harap ini tidak mematahkan semangat anda abang Aswadi.

Semoga dengan pertambahan 9M di lokalan Alam Damai ini dapat menaikan semangat rakan-rakan lain untuk mengambil ujian CW di masa akan datang.

73

Thursday, March 18, 2010

Bertambah Lagi 9M Di V47

Banyak kenangan manis untuk bulan Mac ini bagi rakan-rakan Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) yang memilih simplex V47 untuk QSO antara satu sama lain. Di antara kenangan-kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan adalah wujudnya blog ini pada Mac tahun 2009, kebenaran oleh 9W2JQQ untuk menggunakan bengkel di belakang rumah beliau untuk sebarang aktiviti Radio Amatur dan yang paling menarik adalah 9W2NTT telah lulus ujian CW yang berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 17.03.10.

Dikesempatan ini ADARC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang selama ini telah sudi melawat dan memberi idea untuk penambah baikkan lagi blog ini. Tidak lupa juga kepada 9W2JQQ dengan kesudian anda memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di bengkel anda.

Tahniah 9W2NTT yang telah lulus ujian CW pada baru-baru ini. Semoga dengan kelulusan anda menambahkan lagi inspirasi kami untuk menjejaki langkah anda, insyaAllah.

Seramai 51 calon telah mendaftarkan diri untuk ujian CW baru-baru ini. Namun yang hadir adalah seramai 40 orang sahaja. Yang lulus hanya 16 orang. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah. Diantara yang berjaya ini pernah gagal sebanyak 5 kali. Ini membuktikan kejayaan akan muncul jika kita sabar, berusaha dan gigih dalam satu-satu perkara. Kepada yang tidak lulus kali ini jangan putus asa. Cuba lagi, insyaAllah anda akan lulus.

73

Wednesday, February 24, 2010

Suasana Eyeball QSO Bersama 9M Di NZ Curry House

Pada 6 Febuari 2010 yang lalu eyeball QSO bersama 9M telah diadakan di NZ Curry House Wangsa Maju. Tujuan eyeball ini diadakan adalah untuk memudahkan SWL yang baru lulus RAE baru-baru ini mendapatkan tandatangan dari 9M.

Rakan-rakan dari Alam Damai juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan tandatangan 9M dah bereyeball dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih kepada Wilayah V17 yang menganjurkan program seperti ini dan mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan atau dijadikan tradisi untuk memudahkan SWL mendapatkan tandatangan 9M.

Kepada SWL yang baru lulus RAE, tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke dunia amatur. Mudah-mudahan anda semua dapat membimbing rakan-rakan baru yang berminat dengan radio amatur.

73