Showing posts with label Eyeball QSO. Show all posts
Showing posts with label Eyeball QSO. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Eyeball QSO Dan Muzakarah Bersama 9M2YRS, 9W2DJM & 9W2ZLZ



21 Januari 2011 adalah hari yang amat bermakna buat rakan-rakan di Alam Damai. Alhamdulillah seramai 26 radio operator telah hadir eyeball QSO dan muzakarah bersama tetamu pada malam tersebut 9M2YRS, 9W2DJM dan 9W2ZLZ.

Dikesempatan ini dapatlah kami berkenalan dengan 9W2DJM (Din Janggut Merah) yang selama ini hanya mendengar sahaja audionya di udara. Terima kasih Pak Din sudi datang dari jauh dan eyeball QSO bersama kami. Tidak lupa juga 9W2ZLZ (Zul) yang datang dari Desa Mentari untuk eyeball QSO bersama kami. Untuk anda berdua jika ada kelapangan datang-datang la jenguk kami di Alam Damai ni...

Jutaan terima kasih juga kepada 9M2YRS yang hadir. Terima kasih Pak Yob atas nasihat, tunjuk ajar dan sokongan yang anda berikan kepada kami. Insyaallah kami akan ikut nasihat dan tunjuk ajar dari anda Pak Yob.

Akhir kata, meriah sungguh eyeball QSO malam tadi dan terima kasih juga kepada semua rakan yang menjayakannya. Banyak sungguh maklumat yang boleh didapati pada malam tadi dan banyak lagi yang perlu kita tahu dan belajar.

"Radio Amatur Bukan Sekadar Bercakap"

1. 9M2YRS
2. 9M2RIE
3. 9M2AIR
4. 9M2AIS
5. 9W2BCT
6. 9W2BKE
7. 9W2BMX

8. 9W2CAE
9. 9W2DJM
10. 9W2FJO
11. 9W2GFA
12. 9W2JBD
13. 9W2JOB
14. 9W2JTM
15. 9W2NDS
16. 9W2NMX
17. 9W2PJU
18. 9W2SAQ
19. 9W2SPA
20. 9W2TSE
21. 9W2UWR
22. 9W2XSJ
23. 9W2ZLZ
24. SWL Jamal
25. SWL Along
26. SWL Rosdi

Saturday, September 4, 2010

Eyeball QSO Sebelum Hari Raya

Satu majlis eyeball QSO sebelum hari raya akan diadakan di Restoran BRJ Alam Damai pada 5 September 2010 (Ahad) jam 9.30 malam.

Tujuan eyeball diadakan adalah bertujuan supaya dapat kita bermaaf maafan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Semua rakan-rakan di jemput hadir jika mempunyai kelapangan.

73

Sunday, August 8, 2010

Eyeball QSO ADARC & ASTRA Tengah




Alhamdulillah, selesai la sudah seisi eyeball bersama ASTRA Tengah dan 9M. Kepada yang dah dapatkan tandatangan 9M boleh la buat callsign secepat mungkin. Balik kampung raya nanti dah ada callsign hehehe....

Ini adalah julung kalinya ADARC buat eyeball yang agak besar, kalau sebelum ni mungkin 20 ke 30 orang. Tapi eyeball pada kali ini mencecah hampir 60 orang. Terima kasih semua yang hadir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengurus ASTRA Tengah iaitu 9W2MDY (Pak Madi) bersama-sama AJK nya yang sudi datang melawat dan eyeball bersama-sama kami. Tidak lupa juga orang lama 9W2TS (Pak Saad) terima kasih sudi hadir.

Di kesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan eyeball ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir.

Kepada yang lulus RAE tahniah kami ucapkan, kepada yang gagal jangan berputus asa.

73

Tuesday, August 3, 2010

Eyeball QSO Bersama ASTRA Tengah

Rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) akan mengadakan eyeball QSO bersama rakan-rakan/AJK ASTRA Tengah di Restoran D'Penghulu Batu 9, Cheras pada 06/08/10 jam 8.30 malam.

Tujuan eyeball QSO ini diadakan adalah untuk mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping membincangkan program-program yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Anda yang berminat untuk menjadi ahli ASTRA juga, anda boleh hadir untuk mengisi borang dan bertanyakan perkara-perkara yang tidak anda fahami kepada pihak ASTRA Tengah.

Dikesempatan ini juga, kami mempelawa kepada mana-mana SWL yang baru lulus RAE. Anda juga boleh mendapatkan tandatangan 9M pada hari tersebut.

Kepada mana-mana rakan yang berkelapangan atau berkesempatan untuk turut serta, dipersilakan. Untuk sebarang pertanyaan atau pandu arah pada hari tersebut, anda boleh memanggil di frekuensi V47 (145.5875).

Jumpa anda di sana....

Koordinate GPS N 03. 3.298' & E 101. 46.287'

73

MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN