Showing posts with label RAE 2/2009. Show all posts
Showing posts with label RAE 2/2009. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Suasana RAE 2/2009 Di SACC Convention Centre Shah Alam


Alhamdulillah selesai sudah RAE 2/2009 pada petang tadi di SACC Convention Centre Shah Alam. Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah menghantar 11 orang SWL untuk mengambil RAE pada kali ini. Mudah-mudahan mereka semua lulus dan bertambah ramai la operator HAM di lokalan Alam Damai.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir untuk memberi sokongan moral kepada SWL ADARC. Di antara yang hadir untuk memberi sokongan adalah 9M2RIE, 9W2JQQ, 9W2WPG, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2TBC, 9W2XSV, 9W2JBD, 9W2SAQ, 9W2BMX, 9W2BMQ dan 9W2NMS.

Kepada 11 org SWL ADARC, kami mendoakan somoga anda semua berjaya. Tahniah kepada anda semua kerana telah melangkah sebelah kaki ke alam amatur. ADARC mengharapkan selepas ini akan muncul 11 callsign 9W baru di lokalan Alam Damai.

SWL Hisham
SWL Ibrahim
SWL Bad
SWL Shah
SWL Otoman
SWL Farouk
SWL Azam
SWL Dahyah
SWL Wan
SWL Kamal
SWL Izwan

Jumpa anda semua di V47

73

Sunday, December 13, 2009

Peperangan Hampir Tiba

Hehehehe...Kurang dari 48 jam SWL dari serata Malaysia akan berperang dengan RAE 2/2009. Mungkin ada yang berpeluh, gementar, gugup, takut, gembira, suka. Walau apa pun keadaan yang anda hadapi ADARC mendoakan semoga anda berjaya dan merasa tenang sewaktu menjawab soalan RAE nanti.

Mungkin anda semua pernah dengar lagu Zaiton Sameon yang bertajuk "Sepanjang Perjalanan Ini" yang rangkapnya berbunyi:-

Sepanjang Perjalanan Ini (Sepanjang mengenali hobi radio ini)
Lembah Dan Lurah Kulewati (Berbagai dugaan dan halangan yang dihadapi)
Ketenangan Yang Ku Cari (Kejayaan yang dicari untuk dapatkan callsign 9W/9M)
Belum Ku Temui (Belum ditemui)

Rangkap lagu diatas sebenarnya dapat menambahkan semangat kita untuk berusaha mendapatkan callsign 9W/9M. Mungkin sebelum ini SWL rasa sangat susah untuk memancar tanpa callsign. Ada yang kena tegur, ada yang kena marah dan mungkin ada yang merajuk terus dengan hobi ini. Tetapi pada 16 Disember 2009 jam 2.00 petang adalah saat yang paling penting untuk anda lepasi lembah dan lurah yang selama ini membuatkan anda rasa beban. Ketenangan yang anda cari sudah tiba, peluang di depan mata hanya diri anda sendiri sahaja yang dapat menentukannya.

Selamat berjuang semua SWL, ADARC ingin nasihatkan semua calon RAE:-
1) Datang awal ke tempat peperiksaan.
2) Bawa alat tulis termasuk kalkulator.
3) Bawa kad pengenalan.
4) Bawa surat daripada MCMC.
5) Baca soalan betul-betul
6) Tinggalkan dahulu soalan yang susah.
7) Selepas menjawab semua soalan, semak balik soalan yang mungkin anda belum jawab.
8) Jangan tinggalkan soalan tanpa berjawab. Jika anda betul-betul tak tahu jawapan, hentam sahaja. Jangan biarkan ia tidada jawapan.

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH
KAU BOLEH MELAKUKAN
JIKA KAU FIKIRKAN KEKALAHAN
KAU MENGHAMPIRI KEGAGALAN

73

Monday, November 9, 2009

Kelas RAE 2/2009

Kelas RAE siri 2/2009 akan diadakan dengan kerjasama pihak Wilayah V17. Berikut butiran mengenai kelas RAE:

Tarikh: 12 Disember 2009

Tempat: Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yuran: RM50

Bayaran ini meliputi minum pagi, makan tengahari, minum petang dan nota rujukan. Sila war-warkan pada rakan SWL yang lain.

73