Showing posts with label SACC Convention Centre. Show all posts
Showing posts with label SACC Convention Centre. Show all posts

Friday, January 7, 2011

RAE 4/2010

Alhamdulillah RAE 4/2010 telah pun berlangsung di SACC Convention Centre Shah Alam pada 22 Disember 2010. Walaupun calon tidak ramai pada kali ini namun suasana masih meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang menghantar wakil dari lokalan masing-masing.

ADARC juga ada menghantar wakil pada RAE kali ini. Kami doakan agar semua calon yang mengambil RAE pada kali ini lulus. Jika ada yang gagal jangan putus asa, ambil lagi di masa akan datang.

Dengar cerita tahun hadapan RAE akan diadakan seperti dahulu kembali iaitu setahun 2 kali kerana kurang mendapat sambutan bila diadakan setahun 4 kali. Apa pun tunggulah kesahihan nya dari SKMM.

73

Thursday, April 15, 2010

RAE 1/2010

Pada 14/04/2010 RAE 1/2010 telah berlangsung di SACC Convention Centre Shah Alam. Seperti biasa ADARC menghantar 5 wakil SWL untuk RAE kali ini. Mudah-mudahan semuanya lulus.

Tidak lupa juga beberapa orang rakan yang pergi untuk memberi sokongan moral, diantaranya 9W2BMX, 9W2BMQ, 9W2GFA, 9W2NTT, 9W2NDS, 9W2JQQ & 9W2SAQ.

ADARC mengucapkan semoga berjaya kepada yang ambik peperiksaan radio amatur dan terima kasih juga kepada yang pergi memberi sokongan.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar suasana di SACC semasa RAE sedang dijalankan.

73




Wednesday, December 16, 2009

Suasana RAE 2/2009 Di SACC Convention Centre Shah Alam


Alhamdulillah selesai sudah RAE 2/2009 pada petang tadi di SACC Convention Centre Shah Alam. Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah menghantar 11 orang SWL untuk mengambil RAE pada kali ini. Mudah-mudahan mereka semua lulus dan bertambah ramai la operator HAM di lokalan Alam Damai.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir untuk memberi sokongan moral kepada SWL ADARC. Di antara yang hadir untuk memberi sokongan adalah 9M2RIE, 9W2JQQ, 9W2WPG, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2TBC, 9W2XSV, 9W2JBD, 9W2SAQ, 9W2BMX, 9W2BMQ dan 9W2NMS.

Kepada 11 org SWL ADARC, kami mendoakan somoga anda semua berjaya. Tahniah kepada anda semua kerana telah melangkah sebelah kaki ke alam amatur. ADARC mengharapkan selepas ini akan muncul 11 callsign 9W baru di lokalan Alam Damai.

SWL Hisham
SWL Ibrahim
SWL Bad
SWL Shah
SWL Otoman
SWL Farouk
SWL Azam
SWL Dahyah
SWL Wan
SWL Kamal
SWL Izwan

Jumpa anda semua di V47

73