Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Majlis Berbuka Puasa ADARC47.com

Bertempat di Q-Thai Steamboat Restaurant pada 20.08.2011 yang lepas telah berlangsung majlis berbuka puasa ADARC47.com. Suasana sungguh meriah dengan kehadiran rakan-rakan bersama ahli keluarga masing - masing. Walaupun begitu ada di kalangan ahli ADARC lain yang tidak dapat untuk menghadirkan diri, insyaallah di lain masa dan ketika boleh bersama lagi.



Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak. Adalah juga diharapkan keakraban yang terjalin selama ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.



Vid majlis created by 9M2RIE









WE LUV ADARC47! :)

Sunday, August 15, 2010

Majlis Berbuka Puasa Pot Luck MARES 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan radio amatur di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya.




Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".



Digalakkan agar warga MARES dan rakan-rakan radio amatur yang hadir dapat memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.




Lokasi:
Rumah Kelab MARES Petaling Jaya

Tarikh: 21 Ogos 2010

Masa: 2:30PM - lewat malam.



Aturcara majlis

2.30 PM - Persediaan dan pembersihan rumah kelab

5:00 PM - Ketibaan dan persediaan (Pot Luck)

7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7:45 PM - Jamuan

8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh

10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

10:30 PM - Bersurai



Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi saudara
Izad 9W2RI di talian 017-7338 676 atau 9w2ri@mares.org.my untuk pengesahan.



Diharap semua warga MARES dan rakan-rakan radio amatur, dapat menghadirkan diri ke majlis ini.




Semoga kita mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.




73