Showing posts with label 9W2TBC. Show all posts
Showing posts with label 9W2TBC. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Tahniah 9W2TBC & XYL


Tahniah diucapkan kepada 9W2TBC dan XYL beliau di atas kelahiran cahaya mata perempuan (sulong) mereka pada 5/4/2011 jam 1430. Didoakan semuanya dalam keadaan selamat dah berbahagia.

Friday, July 9, 2010

Undangan Ke Majlis Perkahwinan 9W2TBC (Ayie)


9W2TBC (Ayie) telah mewakilkan Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) untuk menjemput semua peminat radio amatur dan keluarga terutamanya yang berada di Lembah Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada:-

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 11.00pagi - 4.00 petang
Lokasi : Padang Awam Taman Bukit Cheras
Koordinate : N 03 4.364, E 103 44.850
Frekuensi : V47 (145.5875)


Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan dan memberkati majlis.

73

Thursday, February 4, 2010

Majlis Pertunangan 9W2TBC



Pada 23 Januari 2010 yang lalu 9W2TBC (Ayie) telah melangsungkan majlis petunangan dengan kekasih hati beliau di Taman Bukit Saga Ampang. Turut serta di majlis ini adalah kaum keluarga beliau dan rakan-rakan HAM dari lokalan Alam Damai (ADARC).

Semoga ikatan pertunangan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Untuk 9W2TBC tahniah kami ucapkan dan jangan lupa jemput kami semua untuk pekena nasi minyak nanti.

73

Sunday, January 3, 2010

Salam Perpisahan 9W2TBC

Yang dirai,


9W2TBC atau nama manjanya Ayie akan bertukar tempat kerja ke Batu Gajah, Perak. Berita penghijrahan beliau agak menggemparkan. Ada rakan yang berjurai air mata dik terkenangkan saat indah bersama beliau dalam pelbagai aktiviti ADARC47. ADARC47 mengucapkan selamat berjaya dalam kerjaya anda. Jangan lupakan kami di ADARC47. Jika pulang ke kampung halaman panggil-panggillah kami di v47. Semoga talian persaudaraan amatur yang terjalin akan berkekalan...

Berikut adalah gambar sekitar majlis perpisahan tersebut...



73 de' ADARC47

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Buluh Part II

Pada 10/10/09, bertempat di "Was Here" 4 stesen 9W2YSF, 9W2WPG, 9W2NTT dan 9W2TBC telah bergabung tenaga untuk menaikkan antena portable di lokasi eyeball menggunakan batang buluh yang di tuai sehari sebelumnya. Buluh dengan ketinggian 30 kaki kami naikkan di belakang kedai tersebut, dibantu dengan Double Zepp antena sebagai elemen pemancaran.

30 kaki, ringan dan fleksibel

9W2NTT, mengikat pole buluh sambil diperhatikan oleh 9W2YSF, 9W2WPG dan Tauke Was Here

Penyambungan dibuat oleh 9W2YSF sambil diperhatikan oleh 9W2WPG dan Tauke

Penuh semangat!


Tinggi tu...nak tempah bgtau..kami dtg pasang hehehehehehe

sekian...