Showing posts with label 9W2YSF. Show all posts
Showing posts with label 9W2YSF. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Suasana Di Majlis Perkahwinan Harmonic 9W2YSF



Beberapa keping gambar suasana di majlis perkahwinan harmonic sulong 9W2YSF. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakannya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan HAM yang datang dari jauh dan dekat.

Tahniah untuk anda Pak Ucop (9W2YSF) dan tahniah juga kepada harmonic anda. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat.

73

Thursday, June 2, 2011

Utusan Raja Sehari








Tanggal 5/6/2011 bersamaan 3 Rejab 1432 Hijrah. 9W2YSF/PR-SMY (Yusof) menjemput semua warga amatur ke majlis Walimatulurus anak lelaki beliau. Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut:


Tempat: No 36 Lorong Tan Sri Abd Rahman Hashim 13, Taman Desa Baiduri, 56000, Cheras, KUALA LUMPUR
Masa: 1230H-1700H


Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi nombor berikut 012-2618 533/012-9073 361



Thursday, October 7, 2010

9W2YSF Sakit


Pada ketika rakan-rakan berseronok meraikan majlis pertunangan 9W2CAE dan Rumah Terbuka ADARC 2010 pada 25 September yang lalu, salah seorang rakan kita iaitu 9W2YSF (Yusof) telah dimasukan ke Hospital Serdang.

Beliau telah ditahan di wad selama 4 hari kerana mengalami komplikasi batuk berdarah. Doktor telah mengesyaki beliau dijangkiti penyakit TB.

Pak Yusof telah pun keluar hospital pada 28 September yang lalu dan kini beliau berehat di rumah. Kepada rakan-rakan yang ingin melawat beliau boleh la datang ke rumah beliau di Taman Desa Baiduri.

ADARC mendoakan semoga anda cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.

Kawan ketawa ramai..... kawan menangis...???? Fikirkanlah...............

73

Monday, January 18, 2010

9W2YSF Mengalami Kemalangan



9W2YSF (Yusof) telah mengalami satu kemalangan kecil di Balakong sewaktu beliau menunggang motorsikal untuk mengambil XYLnya pulang dari tempat kerja. Beliau telah mengalami beberapa luka kecil di bahagian lutut dan tangan. Bagaimana pun doktor mengesyaki tulang hidung beliau telah retak atau patah.

Beberapa orang rakan yang memantau di frekuensi V47 telah dapat berita ini lebih awal dan pergi ke rumah beliau untuk menziarahi. Antara rakan-rakan yang hadir adalah 9W2UWR, 9W2NDS, 9W2MHJ, 9W2KJG, 9W2BMX, SWL Shah & SWL Ibrahim.

Terima kasih juga kepada 9W2JQQ dan 9W2BCT kerana mengambil berat tentang keadaan rakan-rakan lokalan walaupun sekadar dapat QSO di udara untuk bertanya kan khabar 9W2YSF.

Kepada Pak Ucop berhati-hati menunggang motor selepas ini dan kami doakan semoga anda cepat sembuh. Moral of the story jangan jadi mat rempit macam Pak Ucop. Hehehehehe

73

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Buluh Part II

Pada 10/10/09, bertempat di "Was Here" 4 stesen 9W2YSF, 9W2WPG, 9W2NTT dan 9W2TBC telah bergabung tenaga untuk menaikkan antena portable di lokasi eyeball menggunakan batang buluh yang di tuai sehari sebelumnya. Buluh dengan ketinggian 30 kaki kami naikkan di belakang kedai tersebut, dibantu dengan Double Zepp antena sebagai elemen pemancaran.

30 kaki, ringan dan fleksibel

9W2NTT, mengikat pole buluh sambil diperhatikan oleh 9W2YSF, 9W2WPG dan Tauke Was Here

Penyambungan dibuat oleh 9W2YSF sambil diperhatikan oleh 9W2WPG dan Tauke

Penuh semangat!


Tinggi tu...nak tempah bgtau..kami dtg pasang hehehehehehe

sekian...

Tuesday, October 13, 2009

Buluh ke Buloh? Pak Ucop Je Yang Tauuu!

Pada 9/10/09 satu ekspedisi memburu buluh telah dilaksanakan oleh 3 stesen dari ADARC. Misi bertujuan untuk menyediakan satu pole antena untuk kegunaan portable di tempat kami selalu eyeball iaitu di kedai makan "Was Here".

Kepala Misi 9W2YSF

Menurut chief de mission yang berpengalaman, Pak Ucop a.k.a 9W2YSF buluh yang dicari perlu bersifat lurus dan kuat untuk menampung beban. Selain sifat tumbuhan ini yang fleksibel, ia juga menjimatkan kos dan mudah untuk dikendalikan. Berbekalkan semangat yang kami ada dan kepakaran 9W2YSF, kami bertiga meredah belukar di sekitar Jalan Genting Peres untuk melengkapkan tujuan tersebut.

9W2YSF & 9W2NTT redah belukar



9W2NTT, macam pandai je tengok buluh tu!

Selepas lebih kurang sejam lebih di dalam hutan, kami dapat mengumpulkan beberapa batang buluh yang bersifat seperti yang dinyatakan tadi. Oleh kerana muka bumi kawasan tersebut yang di kelilingi gaung dan lurah, agak sukar juga rasanya nak pergi lebih jauh untuk mendapatkan buluh-buluh tersebut


9W2YSF tunjuk 9W2FJO buluh sumpit

Macam-macam ada di kawasan tersebut..termasuk la sebuah bangkai kereta yang kami jumpai apabila menyusuri denai hutan lebih dalam.

Cuba teka kereta jenis apa?


Bincang berapa panjang nak bawak balik


Joe the Head Hunter


Kepenatan...


Setelah diukur dan dikira..kami bawak balik 6 batang buluh sepanjang 15 kaki di ikat atas jeep


"Anak-anak jom balik"


Mana ada lebih muatan? Ngam-ngam apa


Sebelum balik mandi dulu, buang miang buluh, miang lain jangan buang!

to be continue....