Showing posts with label 9W2JQQ. Show all posts
Showing posts with label 9W2JQQ. Show all posts

Monday, March 1, 2010

Bengkel Antena Alam Damai Amateur Radio Community



Pada 28 Febuari 2010 satu sejarah telah berlaku di lokalan Alam Damai, Cheras. 9W2JQQ secara rasminya telah membenarkan rakan-rakan HAM khasnya dari lokalan Alam Damai (V47) menggunakan bengkel di belakang rumah beliau untuk membuat antena atau sebarang aktiviti terutamanya aktiviti berkaitan dengan radio amatur.

Hampir 35 stesen telah hadir pada hari Ahad yang lalu, tanpa mengira darjat mahupun dari kelab mana suasana amat meriah apabila dapat berhimpun dan bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan. Ada yang mengambil peluang untuk membuat base antena, setting rig, check SWR, mencuba set HF dan memancing hehehehe.....

Terima kasih kami ucapkan kepada 9W2JQQ di atas kebenaran menggunakan bengkel anda. dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang hadir terdiri dari SWL, PRADAS, SCS, REDAH, 9W dan 9M.

Dikesempatan saya ingin berpesan kepada rakan-rakan termasuk diri saya sendiri gunakan lah kesempatan yang ada ini secara berhemah untuk menafaat kita bersama.

73

Wednesday, January 20, 2010

Gotong Royong!!


Satu program gotong royong untuk membersihkan kawasan yang akan dijadikan bengkel teknikal dan aktiviti ADARC akan dilaksanakan. Berikut adalah butiran lanjut mengenai aktiviti tersebut


TARIKH: 28/02/2010
MASA: 0900 DI RV POINT
TEMPAT: KEDIAMAN 9W2JQQ (RAZIF), BALAKONG
RV: DEPAN JAYA JUSCO CHERAS SELATAN


**WAJIB PAKAI KASUT**


Diharap program yg akan diadakan mendapat penglibatan SEMUA rakan-rakan. Sila bawa alatan sendiri seperti glove dll, Satu lagi aktiviti sihat anjuran ADARC demi kesenangan akan datang. Bersama-sama kita menjayakannya!!


Sebarang rujukan & soalan sila hubungi kami.


73

Sunday, October 4, 2009

Ziarah 9W2JQQ Dan Keluarga

Alhamdulillah selesai sudah jenazah ibu mertua Pak Razif 9W2JQQ/SC2JQ disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang lebih kurang jam 12:00 tengahari tadi yang disempurnakan oleh ahli keluarga beliau, saudara mara, jiran tetangga, dan rakan taulan. Walaupun terlewat sampai ke lokasi tetapi beberapa orang wakil dari ADARC47 sempat menziarahi pusara arwah bagi menyedekahkan bacaan Surah Yasin dan Al-Fatihah. Diantara stesen yang hadir adalah 9W2BMX, 9W2NDS, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2FJO dan 9W2RRO.


9W2XSQ, 9W2JQQ, 9W2NDS, 9W2NTT di pusara arwah (belakang)

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX, 9W2UWR

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX (baju hitam)


Kemudian stesen yang hadir eyeball makan tengahari di belakang Balai Polis Jalan Tun Razak yang ditaja oleh saudara Nizam 9W2PGQ tanpa desertai 9W2UWR yang pulang ke pejabat. Ribuan terima kasih diucapkan. Jika ada sumur diladang boleh la kami tumpang mandi, jika ada umur yang panjang kiranya boleh la belanja kami lagi.

Eyeball makan tghari di kedai "mertua" 9W2PGQ

Bincang-bincang program akan datang

9W2NTT (tengah) disamping dua rakan yang merajuk 9W2BMX & 9W2WPG


9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2BMX rancak borak

Kiri 9W2PGQ layan perut, 9W2RRO dari V69 dan 9W2XSQ kantoi pow rokok

Segak 9W2BMX, 9W2NDS dan 9W2FJO

9W2NDS posing terbaik (ternganga)