Showing posts with label ASTRA Tengah. Show all posts
Showing posts with label ASTRA Tengah. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Sekitar Muzakarah ASTRA Tengah 2011

Pada 23 April 2011 telah berlangsung Muzakarah ASTRA Tengah yang bertempat di Dewan Taman Makmur, Bandar Tun Razak. ADARC47 telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi muzakarah pada kali ini. Segala perancangan yang dilakuan telah berjaya dilaksanakan. Pemilihan AJK untuk sesi yang seterusnya telah menyaksikan kombinasi muka baru dan lama. Tampok pimpinan ASTRA Tengah kali ini diketuai oleh 9W2XYM. ADARC47 mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada AJK yang baru dilantik. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan muzakarah pada kali ini.

Monday, April 18, 2011

MUZAKARAH ASTRA TENGAH





Berkenaan perkara tajuk di atas, ASTRA TENGAH akan mengadakan muzakarah peringkat wilayah tengah. 9M2YRS Pak Yob mewakili ASTRA TENGAH memberi mandat kepada ADARC untuk mengelolakan majlis kali ini. Berikut adalah butiran majlis tersebut:

TARIKH: 23/04/2011
MASA: 1400H
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MAKMUR BANDAR TUN RAZAK
KOORDINAT GPS: N 3' 5' 20.1 E 101' 43' 28.1

ADARC amatlah berbesar hati dengan pelawaan ini, kami akan cuba memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada ADARC. Semua peminat dan yg berminat dengan radio amatur dijemput hadir.

p/s: ADARC team sila berhubung dengan 9W2BMX Azman untuk koordinasi majlis dan sila datang awal.

untuk butiran lanjut sila lawati blog rasmi ASTRA TENGAH

Saturday, September 4, 2010

9W2MDY (Pengurus ASTRA Tengah) Terlibat Dengan Kemalangan

9W2MDY, 9W2DNO dan 9W2BGQ telah terlibat dalam 1 kemalangan jalan raya malam tadi sewaktu pulang dari majlis berbuka puasa di clubhouse ASTRA Tengah di Glenmarie Shah Alam.

Mereka bertiga telah dihantar ke Hospital Klang dan 9W2DNO bersama 9W2BGQ dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Manakala 9W2MDY mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah ditahan di wad.

Setakat berita ini ditulis keadaan 9W2MDY stabil dan beliau masih lagi boleh bercakap dan minum air.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

73

Friday, September 3, 2010

Program Mesra Bersama 9M4RBC


Tarikh: 4/9/2010 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30pm
Tempat: Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor


Aturcara:
7pm - 10pm : Berbuka, Solat Maghrib & Isyak, Terawih..
after 10pm : Eyeball

Konsep:
1) Potluck - Sila bawa juadah berbuka sekadar yang termampu. Air minuman disediakan.
2) Lite & easy.
3) Berkebajikan.

73

Sunday, August 8, 2010

Eyeball QSO ADARC & ASTRA Tengah




Alhamdulillah, selesai la sudah seisi eyeball bersama ASTRA Tengah dan 9M. Kepada yang dah dapatkan tandatangan 9M boleh la buat callsign secepat mungkin. Balik kampung raya nanti dah ada callsign hehehe....

Ini adalah julung kalinya ADARC buat eyeball yang agak besar, kalau sebelum ni mungkin 20 ke 30 orang. Tapi eyeball pada kali ini mencecah hampir 60 orang. Terima kasih semua yang hadir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengurus ASTRA Tengah iaitu 9W2MDY (Pak Madi) bersama-sama AJK nya yang sudi datang melawat dan eyeball bersama-sama kami. Tidak lupa juga orang lama 9W2TS (Pak Saad) terima kasih sudi hadir.

Di kesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan eyeball ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir.

Kepada yang lulus RAE tahniah kami ucapkan, kepada yang gagal jangan berputus asa.

73

Friday, August 6, 2010

Misi Membaik Pulih Lightning Arester 9M4RBC



Pada 31 Julai 2010 seramai 13 orang rakan-rakan dari Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) yang diketuai oleh 9W2BCT & 9W2BMX telah menjalankan 1 misi untuk membaik pulih konduktur kilat (lightning arester) repeater 9M4RBC. Setelah mendapat persetujuan dari pihak ASTRA tengah rombongan bergerak ke Ulu Kali.

Di dalam perjalanan untuk sampai ke Ulu Kali, kereta 9W2TSE mengalami sedikit masalah (overheating). Ini membuatkan rombongan terpaksa berhenti beberapa kali untuk sampai ke puncak. Namun atas semangat setiakawan dan amanah yang telah dipikul, 9W2TSE bersama rombongan meneruskan juga perjalanan dan selamat sampai ke puncak Ulu Kali.

Setelah bersusah payah mengharungi bukit bukau, semak samun, lurah gaung, batu batan serta jalan yg licin rombongan pun sampai ke lokasi kerja. Setelah mendapat penjelasan dari Penolong Pengurus ASTRA Tengah 9M2GTR, kerja-kerja pembaikan dijalankan sehingga lewat tengah malam.

Dengan keadaan angin kencang, cuaca yang sejuk, permukaan yang licin dan hujan telah membataskan kerja-kerja pembaikan. Ketika ini beberapa rakan telah pun mengalami kekejangan otot dan berasa hendak demam. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menamatkan kerja-kerja pemulihan pada pukul 12.00 tengah malam dan akan disambung pada keesokan harinya. Walaupun keputusan telah dibuat untuk turun, tapi hati masing-masing kecewa kerana tidak dapat menyelesaikan tugas.

Rakan-rakan selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam lebih kurang 4.00 pagi.

1 Ogos 2010, misi menyambung tugas yang terbengkalai di puncak disambung. Kali ini hanya 4 orang sahaja yang menyertai misi iaitu 9M2AIR, 9W2BMX, 9W2BJT dan 9W2CAE. pada hari ini tidak kurang hebatnya juga halangan yang kami terima. Kadangkala ada juga rasa berputus asa, tapi apabila teringatkan amanah yang diberi oleh rakan-rakan dibawah sana, kami cuba juga sedaya upaya untuk menghabiskan tugas.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa rakan-rakan yang mengiringi, kami dapat menyiapkan tugasan pada jam 10.30 malam. Laporan diberi kepada ASTRA Tengah untuk mereka menyusun langkah seterusnya. Terima kasih ASTRA kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada ADARC untuk menyiapkan tugasan diatas. Ini adalah pengalaman yang amat beharga buat kami semua.

Kesimpulan yang kami dapat disini, marilah kita sama-sama menghargai dan menjaga repeater kita. Betapa susahnya pakcik-pakcik, abang-abang kita yang lebih dahulu dari kita menceburi bidang ini. Mereka menaikan repeater di atas puncak gunung dan bukit, dengan keadaan cuaca yang sejuk, angin yang kuat, meredah semak dan samun dan pelbagai lagi halangan. Gunakanlah repeater sebaik mungkin.

73....

Tuesday, August 3, 2010

Eyeball QSO Bersama ASTRA Tengah

Rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) akan mengadakan eyeball QSO bersama rakan-rakan/AJK ASTRA Tengah di Restoran D'Penghulu Batu 9, Cheras pada 06/08/10 jam 8.30 malam.

Tujuan eyeball QSO ini diadakan adalah untuk mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping membincangkan program-program yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Anda yang berminat untuk menjadi ahli ASTRA juga, anda boleh hadir untuk mengisi borang dan bertanyakan perkara-perkara yang tidak anda fahami kepada pihak ASTRA Tengah.

Dikesempatan ini juga, kami mempelawa kepada mana-mana SWL yang baru lulus RAE. Anda juga boleh mendapatkan tandatangan 9M pada hari tersebut.

Kepada mana-mana rakan yang berkelapangan atau berkesempatan untuk turut serta, dipersilakan. Untuk sebarang pertanyaan atau pandu arah pada hari tersebut, anda boleh memanggil di frekuensi V47 (145.5875).

Jumpa anda di sana....

Koordinate GPS N 03. 3.298' & E 101. 46.287'

73

MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN