Showing posts with label Open House ADARC 2010. Show all posts
Showing posts with label Open House ADARC 2010. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Kenduri Kesyukuran & Open House ADARC 2010



Alhamdulillah selasai sudah majlis kenduri kesyukuran bagi rakan-rakan yang lulus RAE dan Ujian CW yang lepas dan Open House ADARC 2010. 2 ekor kambing dah selesai.. hehehehe...

ADARC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan rumah iaitu 9W2CAE sekeluarga yang membenarkan majlis ini dibuat dirumah beliau. Tidak lupa juga pada para tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

ADARC juga merasa amat bangga dan bersyukur diatas kerjasama yang diberi oleh rakan-rakan kita yang bersusah payah menjayakan majlis ini. Terima kasih atas sumbangan rakan-rakan dalam bentuk kewangan, tenaga, bahan mentah, masa, peralatan dan lain-lain lagi.

Akhir kata yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

73

* gambar ihsan dari 9M2RIE, 9W2UWR, 9W2PGE & 9W2FJO