Showing posts with label Biro Penerangan ADARC47. Show all posts
Showing posts with label Biro Penerangan ADARC47. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Sesi Eyeball QSO bersama 9M2 (1-2010)

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab mahupun individu yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2

Tarikh : 19 FEBRUARY 2010/Jumaat

Waktu : 8.30 malam sehingga 11.00 malam sahaja.

Lokasi : Restoran NZ CURRY HOUSE, Wangsa Maju (Sebelah Carrefour Wangsa Maju, berdekatan Wangsa Walk, berhadapan KFC dan PIZZA HUT)

GPS Coordinates:

3.197988273119358, 101.7444384098053

atau

N 03' 11.52' , E 101' 44. 39

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

Sila bawa bersama borang yang lengkap:

1) Recommendation 9M

2) Statutory Declarations


*Makan dan minum adalah di atas tanggungan sendiri.


Apa yang menarik malam itu :

>>PesuruhJaya Sumpah

>> Flea Market

Standby Freq - 145.2125Mhz (V17)

Jumpa di sana.

73

Saturday, December 12, 2009

DX'ing Sempena Menyambut Ketibaan 2010

Satu acara DX'ing sempena ketibaan tahun baru 2010 akan diadakan:-

Tarikh: 31/12/2009

Masa: 18.00hrs (31/12/09) to 11.00hrs (1/1/10)

Tempat: Rejab Tomyam, Batu 3, Shah Alam.

GPS Coordinate: N03 03.721 E101 33.451

Freq/ Bands: 2m, 10, 15m, 20m, 40m dan 80m


Station Masters: 9M2GTR, 9M2JEN & 9M2ONE

Co-ordinator: 9W2YR, 9W2MSG & 9W2CYB

Monitoring Frequencies: 9M4RBC - 147.750mhz, V44 & V20

Kepada mana-mana rakan yang tiada program atau tidak tahu kemana pada malam tahun baru ini, bolehlah kita sama-sama ke Rejab Tomyam Shah Alam untuk sama-sama memeriahkan lagi program DX'ing. Disamping itu boleh juga kita berkenal kenalan dengan rakan-rakan yang belum pernah kita bertemu.

Jumpa di sana.....

73

Sunday, December 6, 2009

Perpisahan Bersama 9W2PIT

Pada 28 November 2009 adalah hari terakhir 9W2PIT berada di lokalan Alam Damai. Beliau yang telah tamat latihan di Maktab Pergguruan telah pulang ke kampung halaman di Tapah. 9W2PIT yang bakal bertugas sebagai seorang guru hanya menanti surat dari Kementerian Pendidikan dimanakah tempat yang beliau akan ditugaskan selepas ini.

Kami di ADARC47 harap-harap anda dapat bertugas ke Lembah Klang kembali Pit. Tapi dimana sekali pun anda bertugas kami mengucapkan selamat bertugas Cikgu Pit.

Pihak ADARC juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang selama ini memberi idea, nasihat dan tenaga dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Jika anda turun ke Lembah Klang ini singgah-singgah la ke Alam Damai.

Selamat Bertugas Cikgu Afiq.....

Jumpa dan jumpa lagi..

73

Sunday, November 29, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Adik 9W2POK

9W2POK telah menjemput semua rakan-rakan HAM lokalan Cheras dan pelawat/pembaca blog ini ke majlis perkahwinan adik beliau yang akan berlangsung seperti dibawah:-

Tarikh: 6 Disember 2009 (Ahad)

Alamat: No. 5, Jalan Cahaya 3A, Taman Cahaya, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan Makan: 7.45pm hingga 11.00pm

Ketibaan Pengantin : 8.45pm

Diharap dengan kehadiran rakan-rakan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Jumpa anda disana...

73

Wednesday, November 4, 2009

Eyeball ke Wilayah V17


Saya ingin menjemput rakan2 tak kira dari mana pun samada rakan radio ataupun tidak, bujang ataupun dah kahwin, ataupun ... ke Majlis Eyeball Wilayah V17 minggu ini di :

Lokasi : Syed Bistro (tempat biasa)
Tarikh : 6 November 2009
Hari : Jumaat
Jam : 8.45 malam

Moga2 majlis kita ini mendapat kerahmatan dariNya. InsyaAllah...

Dijemput semua hadir lokasi. War-warkan pada rakan-rakan lain...

Wslm

9W2TLB


Ok dengan ini secara rasminya pada Jumaat ini, ADARC47 akan ke lokalan Wilayah V17 untuk eyeball bersama-sama mereka. Semua yang terbaca post ni dijemput hadir. Konvoi akan berlepas dari parking lot sebelah masjid baru Alam Damai jam 8:30 malam. Bagi rakan-rakan dari luar lokalan..RV point adalah di Petronas tepi MRR2 (sebelahTesco Ampang). Monitor di V47 145.5875MHz

Harap Maklum

73

Tuesday, November 3, 2009

Global Set 2009

Pada bulan November 2009 nanti, akan berlangsung Global SET yang dianjurkan oleh Disaster Division IARU Region 3. Butiran terperinci adalah seperti di bawah:

Hari : Sabtu

Tarikh: 14 Nov 2009

Masa : 1800-2200 UTC (2.00pagi hingga 6.00 pagi 15hb Nov 2009 Waktu Malaysia )

Global SET adalah simulasi Relay Emergency message dari satu station kepada station yang lain dengan menggunakan format yang telah di tetapkan. MARES memerlukan sukarelawan operator dan juga pinjaman peralatan bagi menjayakan acara tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di emel
9m2sql@mares.org.my atau no. telelefon 017-6391632 / 017-6391632 . Penerangan lanjut akan diberikan kepada sukarelawan kemudian nanti.

Sekian, terima kasih.

73, all the best.

Wednesday, October 14, 2009

Majlis Rumah Terbuka PRADAS 2009

Sempena menyambut Hari Raya AidilFitri dan Deepavali 2009, PRADAS akan mengadakan majlis rumah terbuka pada:

Tarikh 18 Oktober 2009
Masa 11pg - 6ptg
QTH: Woods Resort, Ulu Yam.
Menu makanan: Lemang, mee kari, bihun sup, rendang ayam & daging, nasi himpit kuah kacang, ketupat, nasi jagung, daging masak minang DLL.
Menu minuman: Sirap dan teh O.
Kemudahan-kemudahan: Surau, bilik air, asrama (dorm) DLL.
Bayaran: Percuma

Jika anda berkelapangan pada hari sebelum aktiviti dijalankan anda juga dijemput untuk berkemah. Khemah-khemah boleh didirikan bermula pada 10pg 17 Oktober 2009. Jika anda tidak mempunyai kemah tetapi ingin bermalam, asrama resort juga disediakan sebanyak 30 katil. Dorm adalah berasingan lelaki dan perempuan. Aktiviti pada malamnya adalah karoke DLL. Tiada bayaran dikenakan untuk sewa tapak khemah mahupun asrama. Makanan pada hari itu tidak disediakan.

Dijemput juga peminat-peminat radio amatur untuk menghadiri majlis tersebut. Juga tidak ketinggalan rakan-rakan komersial SCS, PAT, Pelangi & G14 untuk memeriahkan lagi suasana ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Pengurus majlis: PRGE
Setiausha: PROB (Pak Lang 013-3451245) / PRLH (Pak Long 019-39297753)

Jumpa anda disana....

73

Wednesday, October 7, 2009

Jemputan Jamuan Hari Raya Dirumah SWL Wan

Salam, rakan SWL ADARC47, Wan menjemput rakan- rakan sekeluarga untuk menghadiri majlis jamuan hari raya di rumah beliau di alamat Blok A-19-06, Komplek Quaters HKL, Lorong Raja Muda, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 10/10/09, jam 2 petang hingga jam 10 malam.

Diharap dengan kehadiran rakan-rakan dapat memeriahkan lagi majlis dan mengeratkan silaturahim sesama kita

Sebarang info boleh hubungi saudara Wan di talian 0123401769

Calling channel V47 (145.5875MHz)

73

Sunday, October 4, 2009

Kosmo 05.10.09 - Radio Amatur Ziarah Penduduk

BEBERAPA ahli Radio Amatur Alam Damai beramah mesra dengan penduduk di kawasan Alam Damai, Cheras sempena Hari Raya Aidilfitri kelmarin.

BEBERAPA ahli Radio Amatur Alam Damai beramah mesra dengan penduduk di kawasan Alam Damai, Cheras sempena Hari Raya Aidilfitri kelmarin.

MESRA. Seramai 15 orang ahli Komuniti Radio Amatur Alam Damai mengadakan ziarah Aidilfitri bersama penduduk di kawasan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Biro Penerangannya, Khairil Anwar Jaafar (9W2UWR), program tersebut merupakan satu aktiviti yang telah dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat.

"Kita sedang merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan masyarakat setempat dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak," katanya.

Takziah 9W2JQQ


ADARC47 ingin merakamkan ucapan takziah kepada 9W2JQQ - Pak Razif & keluarga, di atas permergian ibu mertua beliau buat selama-lamanya. Arwah menghembuskan nafas terakhir di HKL sebentar tadi. Jenazah telah pun di bawa pulang ke Kampung Baru dan akan dikebumikan pada 05.10.09 sebelum Zohor di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Al-Fatihah.


p/s:repeater lagu adarc47.com ditutup buat sementara waktu.

Penghijarahan

Ramai diantara rakan-rakan V47 yang akan berhijrah atau menjalankan tugas di luar negara dalam masa terdekat ini. Diantaranya ialah:-

1) 9W2BMX - Ke Indonesia
2) 9W2PGA - Ke Indonesia
3) 9W2TOQ - Ke Jepun
4) 9W2KJG - Ke Korea
5) 9W2MHJ - Ke Singapura
6) 9W2SAQ - Ke Thailand

ADARC47 ingin mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada semua rakan-rakan yang akan menjalankan tugas di luar negara. Jangan lupa onde-onde buat kami disini....

73

Thursday, October 1, 2009

Check Net Aidilfitri

Alhamdulillah pada hari Jumaat, 18 September 2009 jam 9.00malam ADARC47 telah berjaya mengadakan check net aidilfitri di simplex V47. Dengan kelantangan suara 9W2JQQ yang bertugas sebagai pengawal rangkaian pada malam tersebut, sebanyak 34 station telah berjaya menembusi frekuensi.

Ini adalah kali pertama ADARC47 membuat check net dan frekuensi V47 telah disambungkan kepada echolink kepunyaan 9W2UWR.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan HAM's dari negara Brunei Darul Salam yang turut memberi sokongan pada malam tersebut.

Di bawah ini saya sertakan callsign rakan-rakan dan tempat dari mana mereka TX pada waktu tersebut.

9W2JQQ - Pengawal Rangkaian, Balakong.
1) 9W2NDS - Batu 9, Cheras.
2) 9W2TKI - Genting Highlands
3) V88KAI - Brunei Darul Salam
4) 9W2NTT - Taman Leng Seng, Cheras
5) 9W2HNF - Batu 9, Cheras
6) 9W2BMX - Bandar Tun Razak, Cheras
7) 9W2PIT - Lebuhraya menuju ke Tapah.
8) SWL Iskandar - Jeram, Kuala Selangor.
9) 9W2ZXC - Taman Koperasi Polis, Gombak.
10) 9W2POK - Mobile MRR2.
11) 9W2PGQ - Taman Seraya, Ampang.
12) 9W2WPG - Alam Damai, Cheras.
13) 9W2TOQ - Mobile MRR2.
14) 9W2REV - Mobile menuju ke Nilai.
15) 9W2BJT - Sri Petaling.
16) 9W2MTT - Bukit Katil, Melaka.
17) 9W2ECC - Cheras.
18) 9W2RIE - Sri Kembangan, Serdang.
19) 9W2KJG - Mobile Kajang.
20) 9W2FSW - Sri Serdang.
21) 9W2WDH - Saujana Impian, Kajang.
22) 9W2ZYL - Mobile Putrajaya.
23) 9W2BTC - Sri Kembangan, Serdang.
24) 9W2WAS - Mobile Pandan Indah.
25) 9W2XSS - Mobile ke Sungai Besar Kuala Selangor.
26) 9W2UWR - Mobile Serdang.
27) V89NIZ - Brunei Darul Salam
28) V89MAN - Brunei Darul Salam
29) 9W2MHJ - Mobile ke Parit Buntar.
30) 9W2TOZ - Mobile Ampang.
31) 9W2YUP - Bandar Sri Damansara.
32) 9W2CYH - Kepong
33) 9W2BGZ - Kajang
34) 9W2TBC - Mobile Alam Damai

73