Showing posts with label Biro Pendidikan ADARC. Show all posts
Showing posts with label Biro Pendidikan ADARC. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Kelas RAE

Diatas permintaan beberapa pihak, sempena RAE 4/2010 pada 22/12/2010, ADARC akan mengadakan kelas persediaan untuk calon-calon yang berminat. Ini adalah pertama kali kelas di kendalikan 100% oleh ahli komuniti sendiri sepanjang ADARC ditubuhkan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan serba sedikit "tips" untuk menduduki perperiksaan tersebut. Bagi yang berminat, berikut adalah butiran lanjut mengenai kelas tersebut:

Tarikh: 18/12/2010 (Sabtu)
Jam: 2000H
Tempat: Dewan Makmur Bandar Tun Razak
GPS Lat-Long: N 3* 05 " 12.05' - E 101* 42" 59.05'
Bayaran: RM30/head (boleh bayar pada hari kejadian)

Bayaran dikenakan untuk:
- Sewa dewan
- Makan & minum
- Nota ringkas RAE
- Contoh Soalan

Peserta digalakkan membawa nota tambahan manakala alat tulis dan kertas adalah tanggungan sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
9W2BMX Azman 010-432 7529
9W2UWR Anwar 018-389 9431

"APA KAMI TAHU, KITA KONGSI SAMA-SAMA, JIKA SALAH, KITA BINCANG SAMA-SAMA"

Jumpa disana!!!!!!

de ADARC

Sunday, December 6, 2009

Malam SWL



Selepas penat pulang dari membuat tinjauan, pada malamnya pula eyeball QSO di "Kedai Was Here". Rakan-rakan bertungkus lumus menaikkan portable antena untuk memancar ke ASTRA sempena dengan malam SWL pada setiap malam minggu.

Akhirnya antena moxon telah dinaikan dan dapatlah beberapa rakan SWL memancar ke ASTRA dengan menggunakan kendalian. SWL Ibrahim telah memberanikan diri dengan memancar ke ASTRA Transnasional dengan menggunakan callsign Nine Whiskey Two Bravo Mike X-ray (9W2BMX) kendalian Ibrahim.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pada malam tersebut yang telah bersusah payah untuk menaikan antena dan yang memberi sokongan moral.

73

Friday, October 30, 2009

Kelas CW

Kelas CW akan diadakan pada setiap minggu di frekuensi dan akan dikelolakan oleh 9M2ALL. Maklumat lanjut adalah seperti dibawah:-

Hari: Setiap hari Rabu.

Masa: 8.30pm hingga 10.30pm

Frekuensi: 144.050 Mhz

Semua rakan-rakan yang berminat untuk belajar CW, anda bolehla monitor di frekuensi yang tercatat diatas. Semoga kita sama-sama berjaya untuk upgrade dari kelas B ke kelas A.

"Perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama"

Semoga berjaya.

73