Showing posts with label 4x4. Show all posts
Showing posts with label 4x4. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

ADARC47 | Aktiviti 4x4 Offroad Di Jerangkang

Tamat sudah satu lagi aktiviti rakan-rakan ADARC47 pada minggu lepas. Kesempatan cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang berfaedah. Perjalanan ke Jerangkang dimulakan pada Sabtu 18 Jun 2011 lebih kurang jam 12.00pagi.

Sempat bergambar sebelum bertolak. Ketika tiba di Jerangkang suasana subuh dingin telah membangkitkan semangat untuk meredah laluan hutan Jerangkang untuk tiba di tapak perkhemahan.

Konvoi berhenti seketika untuk menikmati udara Jerangkang di subuh hari. Setelah tiba di tapak perkhemahan aktiviti pertama ialah mendirikan khemah.

Pada malam hari seperti kebiasaan diadakan aktiviti BBQ untuk semua yang terlibat. Makan memang tak pernah kurang ketika aktiviti ADARC47 ni.


Aktiviti yang seterusnya di malam hari ialah jelajah hutan. Ini adalah kelainan pada aktiviti kali ini. Jelajah hutan diadakan pada malam hari yang dinamakan "Jerangkang Nite Safari". Menarik, itu yang dapat dikatakan. Pelbagai pengalaman yang diperolehi.


Kepuasan, keseronokan, keletihan, kesyukuran... dan pelbagai lagi rasa yang dapat dizahirkan oleh setiap yang terlibat. Ucapan tahniah dan terima kasih yang dapat diucapkan kepada rakan-rakan ADARC yang terlibat serta 9W2DGA (abg Din Mega) and the geng, 9W2RIM (abg Amir) yang turut sama dalam jelajah kali ini.

Tanpa kalian semua aktiviti ini tidak akan berjaya. Jumpa lagi pada aktiviti yang mendatang. Tahniah ADARC47!

Sunday, June 5, 2011

10 Biji 4x4 ADARC Bersedia Menghadapi Apa Jua Situasi @ Rintangan











Diatas adalah beberapa buah 4x4 yang dipunyai oleh rakan-rakan ADARC. Jika dikira ADARC mempunyai 10 biji 4x4 buat masa ini. Mereka-meraka ini telah pun dilatih untuk memandu di offroad dan menggunakan peralatan-peralatan tertentu seperti winch dan sebagainya.

Walaupun tidak semua rakan-rakan ADARC yang mempunyai pacuan 4x4 namun kami masih boleh lagi bersama untuk masuk ke hutan dan berkhemah dengan menumpang kenderaan yang kosong.

Aktiviti 4x4 dan aktiviti berbasikal masih melibatkan radio untuk berkomunikasi. Tidak bermakna tiada 4x4 dan tiada basikal kami berpecah. Kepada Hamba Allah tersebut bersihkan lah hati anda.

Friday, November 19, 2010

Jerangkung vs Jerangkang Siri II



Pada 5, 6 & 7 November yang lalu sebanyak 4 buah kenderaan pacuan empat roda bersama 13 orang telah mengadakan XPDC ke Hutan Lipur Jerangkang, Pahang. Sejak pukul 12 tengah malam rakan-rakan telah berkumpul sambil eyeball QSO di Restoran BRJ Alam Damai.

Tepat jam 2.30 pagi konvoi memulakan perjalanan ke rumah 9W2SAQ untuk mengambil beberapa keperluan yang perlu dibawa ke Jerangkang. Setelah semuanya selesai kami memulakan perjalanan pada jam 3.15 pagi. Sepanjang perjalanan pada pagi tersebut cuaca amat sejuk dan jalan berkabus di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

7.20 pagi konvoi sampai di pekan Sri Jaya. Kami membeli sarapan nasi lemak dan karipap untuk makan apabila sampai ke destinasi.

7.57 pagi konvoi telah pun memasuki jalan untuk ke Hutan Lipur Jerangkang, ada dikalangan kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini. Jalan tidak berturap (offroad) sudah bermula. Tanah merah, bukit bukau, lopak, lubang, sungai , batu semuanya diredahi oleh konvoi.

Alhamdulillah tiada masalah besar yang dihadapi oleh konvoi dan kami selamat tiba di tapak perkhemahan pukul 9.30 pagi. Setelah mendirikan khemah aktiviti bebas bermula. Ada yang tidur, ada yang nak mandi, ada yang sibuk memasak dan ada juga yang sibuk mencari signal telefon.

Selama 3 hari 2 malam kami di Jerangkang, kami diterangkan serba sedikit tentang teknik pemanduan kenderan 4x4 dan peralatan yang selalu digunakan semasa offroad oleh 9W2BCT. Tima kasih Abang Aswadi, kalau nak pegi kursus pun duit jugak tu... hehehehehehe

Hutan Lipur Jerangkang memang menarik dan sesuai bawa keluarga bercuti disini. Tapi ada juga segelintir pengunjung yang tidak tahu menjaga kebersihan alam semula jadi sehinggakan kawasan tersebut bau busuk seperti bangkai. Kepada penggemar aktiviti lasak @ aktiviti luar, kami nasihatkan tolonglah bersihkan kawasan anda sebelum anda meninggalkannya. Janganlah buang perut ikan, kulit udang dan sebagainya sesuka hati.

Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan XPDC ini. 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Atas sikap kerjasama dan saling bantu membantu semuanya berjalan lancar dan selamat sehinggalah semuanya selamat tiba ke rumah masing-masing.

Tahniah kepada semua yang terlibat 9M2AIR, 9W2BCT, 9W2FJO, 9W2XSS, 9W2BJT, 9W2CAE, 9W2TSE, 9W2UWR, 9W2SAQ, 9W2NDS, 9W2JTM, 9W2BKE & 9W2XSJ.

Jumpa lagi di XPDC akan datang.

73

Sunday, July 18, 2010

Gambar Sepanjang Aktiviti Di Jerangkang

Tuesday, June 29, 2010

Aturcara Jerangkang

Berikut adalah serba sedikit tentang aturcara dan jadual perjalanan aktiviti ADARC47 ke Jerangkang pada hujung minggu ini. Segala butiran yang tercatit adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang difikirkan sesuai mengikut keadaan kelak.

03/07/2010 SABTU

0230H Berkumpul di shell Gombak dan bertolak dari Kuala Lumpur
0430H Berhenti rehat di RNR Temerloh
0700H Bertolak menuju ke susur keluar LPT di tol Sri Jaya
0800H Berhenti untuk sarapan pagi dan membeli barang dan makan tengahari
0900H Bergerak masuk ke lokasi Hutan Lipur Jerangkang
1230H Dijangka tiba di tapak perkhemahan, mendirikan khemah, aktiviti 4x4 dan aktiviti bebas
2030H Makan malam

04/07/2010 AHAD

0830H Sarapan pagi
1100H Berkemas dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur
1500H Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0133673867 Zul/9W2SAQ

Thursday, May 20, 2010

1MALAYSIA 4WHEELERS

Satu program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 akan diadakan pada hujung Ogos 2010 ini. Tujuan program ini adalah untuk menyahut cabaran dan meyemarakkan lagi slogan 1 Malaysia. Program ini akan melibatkan ribuan buah kenderaan 4x4 dari seluruh pelusok tanah air dan akan berkumpul di Putrajaya pada 30 Ogos 2010. Ia juga bertujuan untuk mencipta sejarah di dalam Malaysian Book Of Record. Oleh itu pengguna-pengguna kenderaan pacuan empat roda dijemput menyertai acara tersebut. Sebarang pertanyaan boleh majukan terus kepada

Talian 1Malaysia4Wheelers : 016 2253 488, 016 3383 488, 012 3213 234

Kepada rakan-rakan ADARC47, kita di beri mandat untuk bertugas pada hari tersebut, untuk melancarkan pergerakan dan aturcara program. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara
NIZAM/BOY (9W2WPG) ditalian 014 2337 091.

73 de adarc