Sepuluh Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Radio Amatur
1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio
Amatur ataupun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan
membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna
Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka di seluruh
dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah
Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.
Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan
undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika
Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi
dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di
Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio
komersil.
3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak
seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda
berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu
bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi
penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap
dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga
boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain
yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah
tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan
pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang
sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan
tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh
menikmati dan mempelajari hobi ini.
5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah
radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan
satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama
kosnya dengan satu komputer. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran
berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi
mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah. Secara alternatif,
sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan
pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham
Radio” anda sendiri.
6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada
di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi
maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web
Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)
7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya
mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio
Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara
Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian
Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B;
atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil
Perakuan Kelas A.
8. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil
Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian
yang diadakan.
9. Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
10. Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
disediakan oleh 9w2vvh
digarap dari v66blogspot
Q KOD
Secara umumnya, Q kod adalah bertujuan untuk meringkaskan percakapan atau suatu perbualan antara pengendali amatur. Berikut adalah Q Kod yang terdapat dalam komunikasi Radio Amatur:-
Semuga dengan sedikit informasi ini dapat mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan amatur, khususnya kepada rakan-rakan yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia Radio Amatur. Di samping usaha untuk mencari seberapa ramai rakan kenalan yang boleh bertukar-tukar pengalaman, ilmu dan apa jua kelebihan yang ada pada setiap rakan untuk manfaat kita semua. Menjaga etika dan menggunakan jalur dengan sebaiknya adalah faktor utama dalam mengeratkan perhubungan sesama rakan amatur sekalian.
Q KOD
Secara umumnya, Q kod adalah bertujuan untuk meringkaskan percakapan atau suatu perbualan antara pengendali amatur. Berikut adalah Q Kod yang terdapat dalam komunikasi Radio Amatur:-
- QRA - Nama stesen kendalian / Handling Network
- QRK - Apakah jelas tahap pancaran(sebutan saya)/ legibility of my signals (R1 to R5)
- QRL - Frekuensi sibuk atau sedang diguna / Are you busy?
- QRM - Ada gangguan frekuensi dari stesen lain / Are you being interfered with?
- QRO - Meminta tingkatkan kuasa pancaran? / High power
- QRP - Meminta rendahkan kuasa pancaran / Low power
- QRT - Berhenti memancar @ keluar dari frekuensi / stop transmission
- QRU - Tiada sebarang mesej yang ingin disampaikan @ sekian sahaja dari saya / I have nothing for you
- QRV - Adakah anda sudah bersedia / Are you ready
- QRX - Berhenti seketika / Will call you again at...
- QRZ - Siapa yang memanggil? / By whom am i being called?
- QSA - Apakah kekuatan signal saya / What is the strength of my signal (S1-S5)
- QSB - Adakah pancaran saya menurun / Does the strength of my signal vary?
- QSD - Pemancaran tidak dapat difahami / Bad signal
- QSL - Pemancaran jelas dan difahami / Acknowledgement receipt
- QSN - Pemancaran dapat di dengar / I can heard clearly
- QSO - Sedang berkomunikasi di radio / Communicate with...
- QSP - Memaklumkan menyampaikan mesej kepada pihak ke-3 / Will you relay to....
- QST - Membuat pengumuman dalam frekuensi / Announcement to all amateurs
- QSY - Bertukar ke frekuensi lain / Shall i change to...
- QTH - Apakah lokasi anda / What is your location
- QTR - Sekarang jam berapa? / What is the exact time?
Semuga dengan sedikit informasi ini dapat mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan amatur, khususnya kepada rakan-rakan yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia Radio Amatur. Di samping usaha untuk mencari seberapa ramai rakan kenalan yang boleh bertukar-tukar pengalaman, ilmu dan apa jua kelebihan yang ada pada setiap rakan untuk manfaat kita semua. Menjaga etika dan menggunakan jalur dengan sebaiknya adalah faktor utama dalam mengeratkan perhubungan sesama rakan amatur sekalian.
0 comments:
Post a Comment