Wednesday, October 21, 2009

Latihan Pandu Arah Dan Orientasi Peta

21 Oct

Makna pandu arah dan orientasi peta.

Kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kembara yang berbentuk kegiatan luar dengan menggunakan kemahiran pegerakan dengan peta dan kompas. Pendedahan ini dapat membantu seseorang atau individu dalam kumpulan kecil atau besar dalam aktiviti luar yang terancang atau dalam keadaan kecemasan.

Dalam peringkat pandu arah kompas, penuntut harus mengenal, mengguna dan mengendali kompas dengan betul dan selamat. Memahami cara membaca bearing dalam nisbah darjah dan mills serta mengetahui cara merancang pergerakan yang melibatkan kompas ke suatu destinasi yang tertentu.

Setingkat pemahaman keatas surihan peta terdiri cara mengenal, mengendali serta menyimpan peta dengan keadaan baik semasa aktiviti atau selepas. Mengetahui pelbagai jenis peta serta kegunaan peta mengikut keperluan aktiviti yang dirancang. Dalam pendedahan tersebut penuntut akan mempelajari teknik mencari lokasi, menilai keadaan lokasi secara am dan merancang setiap pegerakan dengan bijak dan selamat.

De Ady 9W2BCT

Tarikh: 14 dan 15 November 2009
Masa: 10:30pagi di RV point I dan II
RV point I: Batu 14 Hulu Langat (dekat masjid)
RV point II: Batu 18 Hulu Langat (dekat Balai Polis)
Tempat: Kawasan Pejabat Renjer Jabatan Hutan di Kaki Gunung Nuang
Aktiviti: Map Reading, Compass Matching, Ikatan, DXing dan Basic Survival

Bayaran: RM60 untuk peta, set asas kompas lengkap, 4 kali makan dan sijil

Lain-lain kemudahan seperti khemah dan pengangkutan adalah diatas inisiatif sendiri

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
9W2BMX 0192780329
9W2WPG 0142337091
9W2UWR 0183899431
9W2NTT 0126558782
9w2ntt@gmail.com

0 comments:

Post a Comment