Pada 26/10/09, Isnin kira-kira jam 9.00pm maka berkumpul lah sekumpulan penggemar radio amatur di Old Town White Coffee Cyberjaya. Rakan-rakan lokalan ADARC47 yang hadir telah menggamatkan suasana di tempat tersebut. Alhamdulillah, sedikit sebanyak V47 telah berjaya mempromosikan tempat tersebut sebagai salah satu tempat untuk menikmati pelbagai juadah dan menenangkan fikiran. Eyeball tersebut bersurai pada jam 1.30am dan berkonvoi balik ke lokalan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang sempat di rakam sepanjang eyeball tersebut. Antara station yang hadir adalah 9W2BCT, 9W2NTT, 9W2UWR, 9W2XSV, 9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2FSW, 9W2SAQ, 9W2TBC, 9W2TSE, 9W2FJO, dan 9W2NDS. Bagi yang tak dapat join, no problem..eyeball lawatan akan diadakan lagi pada masa akan datang.



















73 de Adarc47
0 comments:
Post a Comment