Kemuncak kemeriahan
Berdiri dari kiri 9W2SAQ, 9W2BMX & 9W2WAS
Geng-geng pengakap dari kiri 9W2GFA, 9W2PIT, 9W2BJT & 9W2FJO
9W2RIE & 9W2BCT
Pada 16/10/09 telah berlangsungnya "Majlis Kesyukuran RAE 1/2009 dan Jamuan Hari Raya ADARC47" yang telah diadakan di base 9W2NTT. Kehadiran rakan-rakan HAM's dari pelbagai lokalan telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis telah berlangsung dengan jayanya yang menyaksikan seekor kambing panggang gagal dijumpai tulang, yang tinggal hanyalah bara api.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua wakil dari V17, V25, V38, V66 dan V69 yang telah hadir untuk memeriahkan majlis kami. Semoga persahabatan, keakraban dan kerjasama antara kita tidak terhenti disini sahaja.
Tidak lupa juga kepada 9W2NTT serta keluarga yang telah membenarkan ADARC menggunakan halaman rumah beliau untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih banyak-banyak.
Bak kata wonderpets "apa yang penting? Kerjasama". Oleh itu ADARC mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus dari siang hingga ke malam membantu untuk menjayakan majlis ini. Tanpa bantuan dan kerjasama anda semua, majlis ini tidak akan berjalan dengan lancar.
Dikesempatan ini ADARC ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan atau kecacatan sewaktu majlis dijalankan. InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang tahun hadapan kita berjumpa lagi.
73
0 comments:
Post a Comment