
BEBERAPA ahli Radio Amatur Alam Damai beramah mesra dengan penduduk di kawasan Alam Damai, Cheras sempena Hari Raya Aidilfitri kelmarin.
MESRA. Seramai 15 orang ahli Komuniti Radio Amatur Alam Damai mengadakan ziarah Aidilfitri bersama penduduk di kawasan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.
Menurut Biro Penerangannya, Khairil Anwar Jaafar (9W2UWR), program tersebut merupakan satu aktiviti yang telah dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat.
"Kita sedang merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan masyarakat setempat dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak," katanya.
0 comments:
Post a Comment