Pada 30.08.09 tempoh hari SPHam telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar Sungai Petani. Ramai juga HAM yang hadir, rasa-rasanya melebihi 150 station la.
Tahlil juga diadakan sekali sempena dengan pemergian 9W2KII kerahmahtullah akibat kemalangan jalan raya serta doa selamat dan kesyukuran untuk rakan-rakan yang lulus RAE 1/2009.
Kebetulan saya berada di kampung jadi dapatlah saya menghadirkan diri dan ber-eyeball dengan rakan-rakan disana. Kepada semua rakan-rakan ADARC47, jika anda pergi ke utara janganlah sengan dan silu untuk memancar di 9M4LGJ. Frekuensi 146.950, downlink -0.600, tone 85.4.
73









