Showing posts with label ADARC. Show all posts
Showing posts with label ADARC. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

ADARC47 | Aktiviti 4x4 Offroad Di Jerangkang

Tamat sudah satu lagi aktiviti rakan-rakan ADARC47 pada minggu lepas. Kesempatan cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang berfaedah. Perjalanan ke Jerangkang dimulakan pada Sabtu 18 Jun 2011 lebih kurang jam 12.00pagi.

Sempat bergambar sebelum bertolak. Ketika tiba di Jerangkang suasana subuh dingin telah membangkitkan semangat untuk meredah laluan hutan Jerangkang untuk tiba di tapak perkhemahan.

Konvoi berhenti seketika untuk menikmati udara Jerangkang di subuh hari. Setelah tiba di tapak perkhemahan aktiviti pertama ialah mendirikan khemah.

Pada malam hari seperti kebiasaan diadakan aktiviti BBQ untuk semua yang terlibat. Makan memang tak pernah kurang ketika aktiviti ADARC47 ni.


Aktiviti yang seterusnya di malam hari ialah jelajah hutan. Ini adalah kelainan pada aktiviti kali ini. Jelajah hutan diadakan pada malam hari yang dinamakan "Jerangkang Nite Safari". Menarik, itu yang dapat dikatakan. Pelbagai pengalaman yang diperolehi.


Kepuasan, keseronokan, keletihan, kesyukuran... dan pelbagai lagi rasa yang dapat dizahirkan oleh setiap yang terlibat. Ucapan tahniah dan terima kasih yang dapat diucapkan kepada rakan-rakan ADARC yang terlibat serta 9W2DGA (abg Din Mega) and the geng, 9W2RIM (abg Amir) yang turut sama dalam jelajah kali ini.

Tanpa kalian semua aktiviti ini tidak akan berjaya. Jumpa lagi pada aktiviti yang mendatang. Tahniah ADARC47!

Sunday, June 5, 2011

10 Biji 4x4 ADARC Bersedia Menghadapi Apa Jua Situasi @ Rintangan











Diatas adalah beberapa buah 4x4 yang dipunyai oleh rakan-rakan ADARC. Jika dikira ADARC mempunyai 10 biji 4x4 buat masa ini. Mereka-meraka ini telah pun dilatih untuk memandu di offroad dan menggunakan peralatan-peralatan tertentu seperti winch dan sebagainya.

Walaupun tidak semua rakan-rakan ADARC yang mempunyai pacuan 4x4 namun kami masih boleh lagi bersama untuk masuk ke hutan dan berkhemah dengan menumpang kenderaan yang kosong.

Aktiviti 4x4 dan aktiviti berbasikal masih melibatkan radio untuk berkomunikasi. Tidak bermakna tiada 4x4 dan tiada basikal kami berpecah. Kepada Hamba Allah tersebut bersihkan lah hati anda.

Thursday, June 2, 2011

Utusan Raja Sehari








Tanggal 5/6/2011 bersamaan 3 Rejab 1432 Hijrah. 9W2YSF/PR-SMY (Yusof) menjemput semua warga amatur ke majlis Walimatulurus anak lelaki beliau. Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut:


Tempat: No 36 Lorong Tan Sri Abd Rahman Hashim 13, Taman Desa Baiduri, 56000, Cheras, KUALA LUMPUR
Masa: 1230H-1700H


Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi nombor berikut 012-2618 533/012-9073 361



Monday, April 18, 2011

MUZAKARAH ASTRA TENGAH





Berkenaan perkara tajuk di atas, ASTRA TENGAH akan mengadakan muzakarah peringkat wilayah tengah. 9M2YRS Pak Yob mewakili ASTRA TENGAH memberi mandat kepada ADARC untuk mengelolakan majlis kali ini. Berikut adalah butiran majlis tersebut:

TARIKH: 23/04/2011
MASA: 1400H
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MAKMUR BANDAR TUN RAZAK
KOORDINAT GPS: N 3' 5' 20.1 E 101' 43' 28.1

ADARC amatlah berbesar hati dengan pelawaan ini, kami akan cuba memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada ADARC. Semua peminat dan yg berminat dengan radio amatur dijemput hadir.

p/s: ADARC team sila berhubung dengan 9W2BMX Azman untuk koordinasi majlis dan sila datang awal.

untuk butiran lanjut sila lawati blog rasmi ASTRA TENGAH

Saturday, February 12, 2011

Perasmian Baju Korporat Alam Damai Amateur Radio Community



Pada 12/02/11 (Sabtu) telah terlakar 1 lagi sejarah untuk Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC). Setelah hampir 2 tahun community ini diwujudkan ADARC mara selangkah lagi kehadapan dengan wujudnya baju korporat.

Selama 2 tahun ini telah banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh ADARC dan telah ramai juga operator radio yang dilahirkan oleh ADARC. Setakat ke hari ini ADARC telah dapat mengumpul hampir 50 orang radio operator yang tinggal berdekatan dengan kawasan Cheras.

ADARC juga pernah diberi kepercayaan daripada Wilayah 17, RTM, BSMM, PRADAS dan ASTRA Kawasan Tengah untuk membantu event-event yang mereka jalankan.

Kejayaan ADARC ini tidak terletak pada individu tertentu, kejayaan ini adalah hasil usaha kita bersama dan marilah kita tingkatkan lagi usaha untuk memajukan lagi ADARC serta meramaikan radio operator yang berkualiti.

Kejayaan ini juga tidak akan dicapai jika tiada sokongan atau nasihat dari orang-orang tua, orang-orang lama dan 9M. Oleh itu ADARC mengucapkan jutaan terima kasih kepada 9W2JQQ dan 9W2BCT yang telah banyak membantu ADARC dari segi nasihat, galakan, tunjuk ajar, peralatan dan tempat untuk kami melakukan aktiviti. Tidak lupa juga kepada 9M2RIE, 9M2AIR, 9M2AIS, 9M2LMF, 9M2ALL, 9M2PRO, 9M2GTR dan 9M2YRS yang pernah mengajar rakan-rakan ADARC CW dan memberi teguran serta nasihat kepada kami.

Akhir kata jutaan terima kasih kepada Restoran Mak Siti Bandar Tun Razak dan 9W2AON selaku tuan kedai kerana menjemput kami makan free dan membenarkan kami melakukan perasmian baju korporat ini di kedai anda. Terima kasih Abang Lan semoga bertambah rezki anda sekeluarga.

Tahniah ADARC.

Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontrovesi

73


Wednesday, January 26, 2011

Keputusan RAE Sessi 4/2010

Keputusan RAE Sessi 4/2010 telah pun diumumkan dan anda boleh menyekmaknya di http://rae.skmm.gov.my/ Kepada calon-calon yang lulus tahniah kami ucapkan dan yang gagal jangan berputus asa, cuba lagi di RAE akan datang.

73

Monday, January 10, 2011

info@adarc47.com

Salam amatur untuk semua.

Di sini pihak adminnistrator ADARC47.com ingin memaklumkan kepada semua pelawat, bahawa alamat email ADARC47.com telah bertukar kepada info@adarc47.com

Untuk sebarang pertanyaan, informasi dan sebagainya bolehlah dihantarkan kepada alamat email tersebut.

Sekian, harap maklum

Friday, January 7, 2011

9W2BMQ Cedera

9W2BMQ (Zaiton) yang juga XYL kepada 9W2BMX telah ditimpa musibah pada 6 Januari 2011. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6.40 petang di hadapan rumah beliau sendiri. Beliau yang pada mulanya ingin mengambil selipar harmonicnya di dalam longkang, telah membuka besi penutup longkang di hadapan rumahnya.

Namun apakan daya, malang tidak berbau. Secara tiba-tiba besi penutup longkang itu jatuh dan menghempap jari kaki kanannya. Sewaktu kejadian 9W2BMX tiada di rumah.

Sejurus kejadian berlaku harmonicnya menelefon 9W2BMX. Dengan adanya radio amatur, 9W2BMX memanggil di frekuensi dan memberi tahu sesiapa yang berhampiran di rumah beliau tolong pergi ke rumahnya dan melihat keadaan XYLnya yang cedera.

Secara kebetulan 9W2UWR lalu dikawasan itu dan terus ke rumah beliau. Tanpa berlengah 9W2UWR telah membawa 9W2BMQ ke hospital HUKM. Namun takdir telah menentukan segalanya. Sebahagian ibu jari kaki kanan 9W2BMQ terpaksa dipotong bagi menyelamatkannya terkena jangkitan kuman.

Sehingga artikel ini ditulis 9W2BMQ masih dirawat di hospital HUKM wad 4H katil nombor 3. Sebarang perkembangan terkini anda bolehlah bertanya di frekuensi V47 atau pun menelefon terus 9W2BMX.

Kepada Kak Ton & Bang Man diharap anda berdua bersabar menghadapi dugaan ini. ADARC bersama-sama rakan yang lain sentiasa mendoakan semoga anda cepat sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala.

73

Sunday, December 26, 2010

9W2SLT Silent Key


Pada 16 Disember 2010 lebih kurang jam 5.30pm ADARC telah menerima berita 9W2SLT/PR-AFS/SC3SCX telah kembali kerahmatullah di Hospital Serdang.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah ayahandanya di Taman Cuepacs, Batu 9 Cheras dan di kebumikan pada keesokan harinya.


Salam takziah dari Alam Damai Amatuer Radio Community (ADARC) buat keluarga arwah.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa nya, diterima amalannya dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH.

Wednesday, December 15, 2010

Kelas RAE

Diatas permintaan beberapa pihak, sempena RAE 4/2010 pada 22/12/2010, ADARC akan mengadakan kelas persediaan untuk calon-calon yang berminat. Ini adalah pertama kali kelas di kendalikan 100% oleh ahli komuniti sendiri sepanjang ADARC ditubuhkan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan serba sedikit "tips" untuk menduduki perperiksaan tersebut. Bagi yang berminat, berikut adalah butiran lanjut mengenai kelas tersebut:

Tarikh: 18/12/2010 (Sabtu)
Jam: 2000H
Tempat: Dewan Makmur Bandar Tun Razak
GPS Lat-Long: N 3* 05 " 12.05' - E 101* 42" 59.05'
Bayaran: RM30/head (boleh bayar pada hari kejadian)

Bayaran dikenakan untuk:
- Sewa dewan
- Makan & minum
- Nota ringkas RAE
- Contoh Soalan

Peserta digalakkan membawa nota tambahan manakala alat tulis dan kertas adalah tanggungan sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
9W2BMX Azman 010-432 7529
9W2UWR Anwar 018-389 9431

"APA KAMI TAHU, KITA KONGSI SAMA-SAMA, JIKA SALAH, KITA BINCANG SAMA-SAMA"

Jumpa disana!!!!!!

de ADARC

Tuesday, November 23, 2010

Keputusan RAE 3/2010

Keputusan RAE 3/2010 telah pun keluar hari ini. Anda boleh menyemak dengan masukan nombor kad pengenalan @ nombor kad kuasa anda. Sila semak di link di bawah ini.

http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_3.asp

ADARC mengucapkan tahniah kepada semua calon yang lulus dan jangan berputus asa kepada yang gagal. ADARC juga bersyukur kerana 3 dari 4 calon kami lulus.

73

Saturday, October 30, 2010

Senarai Frekuensi Repeater Di Lembah Klang

Sejak akhir-akhir ini telah banyak berlaku perubahan frekuensi di repeater. Alam Damai Amatur Radio Community (ADARC) mengambil inisatif untuk menyenaraikan beberapa buah repeater yang boleh di gunakan apabila berada di kawasan Lembah Klang.

Jadi kepada mana-mana station yang ingin datang ke Lembah Klang, anda bolehlah setkan frekuensi-frekuensi di bawah di dalam set radio anda untuk kegunaan semasa anda berada di Lembah Klang.

ASTRA

9M4RGH (Linking)
Rx 145.675
Offset -0.600
Tone 103.5

9M4RBC (Local)
Rx 147.750
Offset -0.600
Tone 85.4


AKRAB

9M4RGA (Linking)
Rx 147.825
Offset -0.600
Tone 233.6


MARTS

9M4RUK (Local)
Rx 147.900
Offset -0.600
Tone 203.5

9M4RKK (Local)
Rx 147.980
Offset -0.600
Tone 203.5

9M4RLG (Linking)
Rx 147.125
Offset -0.600
Tone 203.5

9M4RTB (Local) - Tidak berfungsi buat masa ini.
Rx 145.625
Offset -0.600
Tone 203.5


MARES

9M4RES (Local)
Rx 147.775
Offset -0.600
Tone 123.0


NESRAC

9M4RNC (Local)
Rx 145.375
Offset -0.600
Tone 233.6


RADAS

9M4RTC (Local)
Rx 147.675
Offset -0.600
Tone 151.4


RAKL

9M4RZS(Local)
Rx 147.650
Offset -0.600
Tone 233.6


HUSAR

Kuala Kubu Baru (Local)
Rx 146.675
Offset -0.600
Tone 85.4

Simplex yang boleh anda gunakan semasa berada dikawasan Lembah Klang.

V25 - Ampang, Ulu Kelang
V33 - Gombak, Batu Caves
V44 - Shah Alam, Klang
V46 - Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru
V47 - Cheras, Hulu Langat, Sg.Besi, Serdang, Kajang, Bukit Jalil, Ampang
V52 - Bandar Sri Damansara, Sg. Buloh, Kepong
V60 - Puchong
V66 - Kajang, Semenyih, Beranang, Nilai, Mantin, Bangi Lama

73 de adarc

Friday, August 27, 2010

9W2AY Silent Key

Pada jam 6.34pagi tadi ADARC telah menerima 1 sms yang mengatakan 9W2AY (Pak Ayub) telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi dan akan dikebumikan di Alor Setar sebelum Zohor.

Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah...

73

Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Wanita

Hari ini 25 Ogos 2010 adalah Hari Wanita. Oleh itu Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia amnya dan semua wanita yang berkecimpung di dalam radio amatur khasnya.

Sehingga hari ini ADARC mempunyai 6 orang wanita yang mempunyai callsign amatur. Tahniah untuk anda. Mudah-mudahan kita dapat menambah lagi kaum wanita di dalam dunia amatur.

9W2SMU
9W2BMQ
9W2FOZ
9W2JOX
9W2HDZ
SWL Aryn (Dah lulus tunggu nak buat callsign jer)

73

Thursday, August 19, 2010

Tahniah

Tahniah untuk anda.

Gambar di atas merupakan seorang anak didik atau pun SWL dari rakan-rakan ADARC. Kegigihan dan kesungguhan beliau telah membuahkan hasil. Beliau yang pada mulanya meminati radio amatur daripada saudaranya di kampung halamannya. Kemudian pulang ke Cheras dan mencari rakan-rakan amatur di sekitar kawasan Cheras.

Mendengar ada pameran radio amatur di Putrajaya sempena sambutan hari belia, beliau sanggup berulang selama 2 hari berturut-turut untuk melihat pameran radio amatur demi minatnya. Hari pertama beliau tidak jumpa lokasi pameran dan hari kedua beliau hadir kembali. Kali ini beliau meletakan kenderaan nya agak jauh dari tapak pameran. Berjalan kaki hampir 3km baru lah menjumpai tapak pameran tersebut.

Setelah melihat, menjenguk dan memerhati beliau telah disapa oleh 9W2FJO (Joe). Sejak dari perkenalan itu Joe telah memperkenalkan beliau dengan rakan-rakan Alam Damai. Demi untuk merealisasikan minatnya terhadap radio amatur beliau telah menghantar borang mengambil RAE.

Perjalanan 3km kini berbaloi, kerana kini beliau sudah pun ada callsign sendiri iaitu 9W2JOB.

Tahniah sekali lagi untuk anda.

Sunday, August 15, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Pelajar jarak jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Tokeikedai.net.my akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal seperti yang tertera dibawah:

Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 5.00pm
Lokasi : Rumah Amal Baitul Kasih, No. 23, Jalan BRP 6/5, Bukit Rahman Putra


Dengan ini pihak penganjur mewakilkan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) untuk war-warkan berita ini kepada semua rakan-rakan radio amatur.

Mana-mana rakan yang berminat untuk konvoi ke sana atau ingin menyumbangkan wang ringgit atau pun peralatan juga kelengkapan. Anda boleh berhubung terus dengan 9W2SAQ (Zul) di 013-3673 867.

Semoga kita mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini.

Sunday, August 8, 2010

Eyeball QSO ADARC & ASTRA Tengah




Alhamdulillah, selesai la sudah seisi eyeball bersama ASTRA Tengah dan 9M. Kepada yang dah dapatkan tandatangan 9M boleh la buat callsign secepat mungkin. Balik kampung raya nanti dah ada callsign hehehe....

Ini adalah julung kalinya ADARC buat eyeball yang agak besar, kalau sebelum ni mungkin 20 ke 30 orang. Tapi eyeball pada kali ini mencecah hampir 60 orang. Terima kasih semua yang hadir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengurus ASTRA Tengah iaitu 9W2MDY (Pak Madi) bersama-sama AJK nya yang sudi datang melawat dan eyeball bersama-sama kami. Tidak lupa juga orang lama 9W2TS (Pak Saad) terima kasih sudi hadir.

Di kesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan eyeball ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir.

Kepada yang lulus RAE tahniah kami ucapkan, kepada yang gagal jangan berputus asa.

73

Friday, August 6, 2010

Misi Membaik Pulih Lightning Arester 9M4RBC



Pada 31 Julai 2010 seramai 13 orang rakan-rakan dari Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) yang diketuai oleh 9W2BCT & 9W2BMX telah menjalankan 1 misi untuk membaik pulih konduktur kilat (lightning arester) repeater 9M4RBC. Setelah mendapat persetujuan dari pihak ASTRA tengah rombongan bergerak ke Ulu Kali.

Di dalam perjalanan untuk sampai ke Ulu Kali, kereta 9W2TSE mengalami sedikit masalah (overheating). Ini membuatkan rombongan terpaksa berhenti beberapa kali untuk sampai ke puncak. Namun atas semangat setiakawan dan amanah yang telah dipikul, 9W2TSE bersama rombongan meneruskan juga perjalanan dan selamat sampai ke puncak Ulu Kali.

Setelah bersusah payah mengharungi bukit bukau, semak samun, lurah gaung, batu batan serta jalan yg licin rombongan pun sampai ke lokasi kerja. Setelah mendapat penjelasan dari Penolong Pengurus ASTRA Tengah 9M2GTR, kerja-kerja pembaikan dijalankan sehingga lewat tengah malam.

Dengan keadaan angin kencang, cuaca yang sejuk, permukaan yang licin dan hujan telah membataskan kerja-kerja pembaikan. Ketika ini beberapa rakan telah pun mengalami kekejangan otot dan berasa hendak demam. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menamatkan kerja-kerja pemulihan pada pukul 12.00 tengah malam dan akan disambung pada keesokan harinya. Walaupun keputusan telah dibuat untuk turun, tapi hati masing-masing kecewa kerana tidak dapat menyelesaikan tugas.

Rakan-rakan selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam lebih kurang 4.00 pagi.

1 Ogos 2010, misi menyambung tugas yang terbengkalai di puncak disambung. Kali ini hanya 4 orang sahaja yang menyertai misi iaitu 9M2AIR, 9W2BMX, 9W2BJT dan 9W2CAE. pada hari ini tidak kurang hebatnya juga halangan yang kami terima. Kadangkala ada juga rasa berputus asa, tapi apabila teringatkan amanah yang diberi oleh rakan-rakan dibawah sana, kami cuba juga sedaya upaya untuk menghabiskan tugas.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa rakan-rakan yang mengiringi, kami dapat menyiapkan tugasan pada jam 10.30 malam. Laporan diberi kepada ASTRA Tengah untuk mereka menyusun langkah seterusnya. Terima kasih ASTRA kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada ADARC untuk menyiapkan tugasan diatas. Ini adalah pengalaman yang amat beharga buat kami semua.

Kesimpulan yang kami dapat disini, marilah kita sama-sama menghargai dan menjaga repeater kita. Betapa susahnya pakcik-pakcik, abang-abang kita yang lebih dahulu dari kita menceburi bidang ini. Mereka menaikan repeater di atas puncak gunung dan bukit, dengan keadaan cuaca yang sejuk, angin yang kuat, meredah semak dan samun dan pelbagai lagi halangan. Gunakanlah repeater sebaik mungkin.

73....

9M4RBC Telah Beroperasi Semula

Bermula dari 7 Ogos 2010 frekuensi ASTRA-Local (9M4RBC) di Ulu Kali telah beroperasi seperti sediakala. Frekuensi yang digunakan adalah seperti berikut:-

9M4RBC
RX 147.750
Offset -0.600
Tone 85.4

Diharap semua rakan-rakan yang berada di Lembah Klang dapat menukar frekuensi di rig atau pun handy anda dengan serta merta.

73

Tuesday, August 3, 2010

Eyeball QSO Bersama ASTRA Tengah

Rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) akan mengadakan eyeball QSO bersama rakan-rakan/AJK ASTRA Tengah di Restoran D'Penghulu Batu 9, Cheras pada 06/08/10 jam 8.30 malam.

Tujuan eyeball QSO ini diadakan adalah untuk mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping membincangkan program-program yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Anda yang berminat untuk menjadi ahli ASTRA juga, anda boleh hadir untuk mengisi borang dan bertanyakan perkara-perkara yang tidak anda fahami kepada pihak ASTRA Tengah.

Dikesempatan ini juga, kami mempelawa kepada mana-mana SWL yang baru lulus RAE. Anda juga boleh mendapatkan tandatangan 9M pada hari tersebut.

Kepada mana-mana rakan yang berkelapangan atau berkesempatan untuk turut serta, dipersilakan. Untuk sebarang pertanyaan atau pandu arah pada hari tersebut, anda boleh memanggil di frekuensi V47 (145.5875).

Jumpa anda di sana....

Koordinate GPS N 03. 3.298' & E 101. 46.287'

73

MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN