Showing posts with label Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC47). Show all posts
Showing posts with label Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC47). Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Kelas RAE

Diatas permintaan beberapa pihak, sempena RAE 4/2010 pada 22/12/2010, ADARC akan mengadakan kelas persediaan untuk calon-calon yang berminat. Ini adalah pertama kali kelas di kendalikan 100% oleh ahli komuniti sendiri sepanjang ADARC ditubuhkan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan serba sedikit "tips" untuk menduduki perperiksaan tersebut. Bagi yang berminat, berikut adalah butiran lanjut mengenai kelas tersebut:

Tarikh: 18/12/2010 (Sabtu)
Jam: 2000H
Tempat: Dewan Makmur Bandar Tun Razak
GPS Lat-Long: N 3* 05 " 12.05' - E 101* 42" 59.05'
Bayaran: RM30/head (boleh bayar pada hari kejadian)

Bayaran dikenakan untuk:
- Sewa dewan
- Makan & minum
- Nota ringkas RAE
- Contoh Soalan

Peserta digalakkan membawa nota tambahan manakala alat tulis dan kertas adalah tanggungan sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
9W2BMX Azman 010-432 7529
9W2UWR Anwar 018-389 9431

"APA KAMI TAHU, KITA KONGSI SAMA-SAMA, JIKA SALAH, KITA BINCANG SAMA-SAMA"

Jumpa disana!!!!!!

de ADARC

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Kepada 9W2RIE

9W2RIE berbaju merah

7 Oktober 2009 adalah tarikh bersejarah bagi 9W2RIE kerana telah lulus ujian CW 2/2009. Tahniah diucapkan kepada anda Abang Amry, segala pengorbanan dan usaha anda selama ini tidak sia-sia.

ADARC47 juga berharap semoga selepas ini anda akan dapat menurunkan ilmu atau petua-petua kepada kami semua untuk berjaya seperti anda jua. Kejayaan anda inspirasi buat kami semua di ADARC47.

73

Sunday, October 4, 2009

Ziarah 9W2JQQ Dan Keluarga

Alhamdulillah selesai sudah jenazah ibu mertua Pak Razif 9W2JQQ/SC2JQ disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang lebih kurang jam 12:00 tengahari tadi yang disempurnakan oleh ahli keluarga beliau, saudara mara, jiran tetangga, dan rakan taulan. Walaupun terlewat sampai ke lokasi tetapi beberapa orang wakil dari ADARC47 sempat menziarahi pusara arwah bagi menyedekahkan bacaan Surah Yasin dan Al-Fatihah. Diantara stesen yang hadir adalah 9W2BMX, 9W2NDS, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2FJO dan 9W2RRO.


9W2XSQ, 9W2JQQ, 9W2NDS, 9W2NTT di pusara arwah (belakang)

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX, 9W2UWR

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX (baju hitam)


Kemudian stesen yang hadir eyeball makan tengahari di belakang Balai Polis Jalan Tun Razak yang ditaja oleh saudara Nizam 9W2PGQ tanpa desertai 9W2UWR yang pulang ke pejabat. Ribuan terima kasih diucapkan. Jika ada sumur diladang boleh la kami tumpang mandi, jika ada umur yang panjang kiranya boleh la belanja kami lagi.

Eyeball makan tghari di kedai "mertua" 9W2PGQ

Bincang-bincang program akan datang

9W2NTT (tengah) disamping dua rakan yang merajuk 9W2BMX & 9W2WPG


9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2BMX rancak borak

Kiri 9W2PGQ layan perut, 9W2RRO dari V69 dan 9W2XSQ kantoi pow rokok

Segak 9W2BMX, 9W2NDS dan 9W2FJO

9W2NDS posing terbaik (ternganga)

Monday, September 7, 2009

V89NIZ @ V47

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 07 September 2009 merupakan detik yang bersejarah bagi rakan-rakan lokalan V47 Alam Damai. V89NIZ portable 9M2, begitulah callsign yang tercatat ketika rakan-rakan sedang QSO di V47. 9W2BMX, 9W2WPG dan 9W2JXR adalah rakan-rakan yang bertuah kerana dapat QSO bersama V89NIZ, Nasran Haji Bachee yang berasal dari Negara Brunei Darul Salam. Pertemuan di udara telah menaikkan semangat rakan-rakan untuk bertemu di daratan bersama V89NIZ.

Setelah berbincang bersama Pak Nasran, pertemuan diatur di KLIA. Rentitan itu, konvoi 3 buah kereta 9W2WPG (XYL & harmonik), 9W2BMX, 9W2BMQ serta harmonik dan 9W2FJO bergerak ke KLIA selepas berbuka di Dengkil.

Setiba di KLIA, berita yang agak menyedihkan diterima, V89NIZ telah pun melepasi pemeriksaan Imigresen. Namun setelah pelbagai cara diikhtiar akhirnya dapat jugak bertemu dengan Pak Nasran, V89NIZ. Sempat juga V47 memberikan buah tangan untuk di bawa pulang ke Brunei Darul Salam.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan di KLIA bersama V89NIZ...

Selamat tinggal Malaysia

Gembira dapat bertemu..dari kiri 9W2WPG, V89NIZ, 9W2BMX, 9W2FJO.

Semangat HAM membara, dari kiri 9W2WPG, V89NIZ, 9W2BMX

Berjalan pulang selepas berjumpa Pak Nasran


Harmonik 9W2BMX sampai tido terlentok...

73

de ADARC47

Eyeball bersama rakan - rakan lokalan V69

Pada 5 September 2009, Sabtu telah berlangsung eyeball muhibah antara rakan lokalan V69 dan ADARC47. Kunjungan rakan V69 yang tiba di Restoran BRJ telah disambut oleh rakan-rakan lokalan V47. Adalah diharap dengan kunjungan muhibah ini dapat mengeratkan silaturahim rakan - rakan HAM disamping dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat diambil semasa eyeball....

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone.


Rakan-rakan v47 and v69 di BRJ
9W2TKI & XYL, PR-ZAK
PR-ZAK, 9W2HXH, 9W2FJO (bertopi belakang), rakan SWL
9W2TOQ, 9W2TKI
9W2MFI, 9W2WPG, harmonic 9W2TKI asyik berborak
PR-AMI & PR-ISY sama gagah
PR-GW, 9W2HNF dan 9W2OOA ceria setelah lama tak ketemu
Berborak sakan
Rakan-rakan SWL
9W2BMX, rakan SWL dan 9W2TBC

Sunday, September 6, 2009

Sebutan '73'

Kesimpulan yang boleh dibuat dari poll/undi yang lepas, sebutan sebenar bagi '73' dalam komunikasi radio amatur ialah 'tujuh tiga' atau 'seven three'. '73' membawa maksud best regards.

untuk maklumat lanjut sila ke
http://www.ac6v.com/73.htm

Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakan-Rakan SPHam

Portable antena yang dinaikkan di Sek. Men. Keb. Sg. Layar

Para XYL mengambil juadah untuk berbuka


Rakan-rakan mengambil juadah untuk berbuka


9M2MZ Paklong Marzuki memberi kata-kata nasihat kepada rakan HAM yang baru lulus RAE


Tahlil dan doa selamat


Menu utama nasi tomato


Lebih dari 100 orang yang hadir


Rrakan-rakan dari seluruh pelusuk negeri Kedah yang hadir pada majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar


Ramai gak XYL yang hadir dan turut memberi sokongan


Ramai otai-otai rakan Sg. Petani ni.


Sambil eyeball sambil cari rezeki


Tahlil untuk 9W2KII yang meninggal akibat kemalangan jalan raya


Suasana di meja pendaftaran


Beli bang jangan tak beli....

Pada 30.08.09 tempoh hari SPHam telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar Sungai Petani. Ramai juga HAM yang hadir, rasa-rasanya melebihi 150 station la.

Tahlil juga diadakan sekali sempena dengan pemergian 9W2KII kerahmahtullah akibat kemalangan jalan raya serta doa selamat dan kesyukuran untuk rakan-rakan yang lulus RAE 1/2009.

Kebetulan saya berada di kampung jadi dapatlah saya menghadirkan diri dan ber-eyeball dengan rakan-rakan disana. Kepada semua rakan-rakan ADARC47, jika anda pergi ke utara janganlah sengan dan silu untuk memancar di 9M4LGJ. Frekuensi 146.950, downlink -0.600, tone 85.4.

73


Friday, August 21, 2009

www.adarc47.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Website kita www.adarc47.blogspot.com kini boleh di akses dengan menggunakan alamat www.adarc47.com . Sila war - warkan kepada rakan yang lain. Alamat ja yang bertukar..tapi isi masih sama...



Terima kasih
73

Saturday, August 15, 2009

Mari Belajar Morse Code

Dari www.learnmorsecode.com



Mungkin caranya lebih mudah untuk permulaan. Bila Bunyi dit gerakkan pensel ke kanan, bunyi dah gerak ke kiri. Memudahkan proses penghafalan. Selain itu cuba cari morse code mp3 generator. Generator ni memudahkan kita, taip apa sahaja huruf kemudian perisian tu akan convert apa yang kita taip kepada bunyi morse code. Bunyi yang dihasilkan dalam format mp3 membolehkan kita mendengar morse code menggunakan telefon bimbit. Apa pun cara, jika ada kemahuan disitu ada jalan.

http://morseringtones.com/cgi-bin/generate_ringtone.sh

73

de 9W2NTT