Showing posts with label Biro Kebajikan ADARC47. Show all posts
Showing posts with label Biro Kebajikan ADARC47. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Ziarah 9W2JQQ Dan Keluarga

Alhamdulillah selesai sudah jenazah ibu mertua Pak Razif 9W2JQQ/SC2JQ disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang lebih kurang jam 12:00 tengahari tadi yang disempurnakan oleh ahli keluarga beliau, saudara mara, jiran tetangga, dan rakan taulan. Walaupun terlewat sampai ke lokasi tetapi beberapa orang wakil dari ADARC47 sempat menziarahi pusara arwah bagi menyedekahkan bacaan Surah Yasin dan Al-Fatihah. Diantara stesen yang hadir adalah 9W2BMX, 9W2NDS, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2FJO dan 9W2RRO.


9W2XSQ, 9W2JQQ, 9W2NDS, 9W2NTT di pusara arwah (belakang)

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX, 9W2UWR

9W2NTT, 9W2WPG, 9W2RRO, 9W2BMX (baju hitam)


Kemudian stesen yang hadir eyeball makan tengahari di belakang Balai Polis Jalan Tun Razak yang ditaja oleh saudara Nizam 9W2PGQ tanpa desertai 9W2UWR yang pulang ke pejabat. Ribuan terima kasih diucapkan. Jika ada sumur diladang boleh la kami tumpang mandi, jika ada umur yang panjang kiranya boleh la belanja kami lagi.

Eyeball makan tghari di kedai "mertua" 9W2PGQ

Bincang-bincang program akan datang

9W2NTT (tengah) disamping dua rakan yang merajuk 9W2BMX & 9W2WPG


9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2BMX rancak borak

Kiri 9W2PGQ layan perut, 9W2RRO dari V69 dan 9W2XSQ kantoi pow rokok

Segak 9W2BMX, 9W2NDS dan 9W2FJO

9W2NDS posing terbaik (ternganga)

Sunday, September 20, 2009

Takziah



Assalamualaikum,

ADARC47 ingin mengucapkan takziah kepada 9W2XSV/PR-MUD - Mamat@Khairil Idzuan, di atas kembalinya ibunda tercinta beliau ke rahmatullah pada 20/09/09 bersamaan 1 Syawal jam 11:36 malam. Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10-11 pagi pada 21/09/09 (2 Syawal) di tanah perkuburan kampung halaman beliau di Alor Gajah, Melaka.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan HAM's khasnya di Melaka yang hadir memberi pertolongan, bantuan serta menguruskan jenazah dari membawa keluar dari hospital sehinggalah selamat dikebumikan diantaranya ialah 9W2JJO, 9W2MOD, 9W2NTT, 9W2UWR, 9W2CAE, 9W2PGE, 9W2BMX, 9W2WPG, 9W2JDD, 9W2DGA, 9W2EJA, 9W2IMI, 9W2KPD, 9W2RZT, 9W2VLL & 9W2KKD.

Dikesempatan ini ADARC47 juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut membantu secara langsung mahu pun tidak langsung dan yang mengucapkan takziah. Sama-samalah kita mendoakan semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, amin.

Al-Fatihah...

Sekian,

73.


p/s: repeater lagu ditutup buat sementara waktu.