Showing posts with label ADARC47 Sumber Dari Wilayah V17. Show all posts
Showing posts with label ADARC47 Sumber Dari Wilayah V17. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Eyeball Wilayah V17


Salam

Saya telah dihubungi oleh 9M2CJ - Thiam, dimana beliau kini dalam proses merangka 1 kertas kerja berkaitan Radio Amatur yang akan dihantar ke MCMC. CJ memerlukan sumbangan idea, pendapat, proposal, class emission, aprs, rtty atau apa shj yang bernas dan boleh utk dimuatkan ke dalam kertas kerja beliau.

Sehubungan dgn itu, beliau juga meminta utk mengadakan pertemuan eye-eye dikalangan rakan2 amatur terutamanya rakan2 9M, 9W, 'otai2' dan 'old timer' radio amatur yang akan berlangsung besok malam di Syed Bistro, jam 8.45 malam.

Sila war-warkan jemputan ini kepada semua rakan2 agar kita sebagai warga amatur khususnya dapat berkongsi dan menyumbangkan idea atau pendapat yang bernas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia kepada MCMC walaupun berkemungkinan berhadapan dgn pelbagai rintangan dan harungan.

73. Wslm.

de 9W2TLB Talib

Sila war - warkan

ADARC47 bagi pihak Wilayah V17

Monday, November 9, 2009

Kelas RAE 2/2009

Kelas RAE siri 2/2009 akan diadakan dengan kerjasama pihak Wilayah V17. Berikut butiran mengenai kelas RAE:

Tarikh: 12 Disember 2009

Tempat: Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yuran: RM50

Bayaran ini meliputi minum pagi, makan tengahari, minum petang dan nota rujukan. Sila war-warkan pada rakan SWL yang lain.

73

Wednesday, November 4, 2009

Eyeball ke Wilayah V17


Saya ingin menjemput rakan2 tak kira dari mana pun samada rakan radio ataupun tidak, bujang ataupun dah kahwin, ataupun ... ke Majlis Eyeball Wilayah V17 minggu ini di :

Lokasi : Syed Bistro (tempat biasa)
Tarikh : 6 November 2009
Hari : Jumaat
Jam : 8.45 malam

Moga2 majlis kita ini mendapat kerahmatan dariNya. InsyaAllah...

Dijemput semua hadir lokasi. War-warkan pada rakan-rakan lain...

Wslm

9W2TLB


Ok dengan ini secara rasminya pada Jumaat ini, ADARC47 akan ke lokalan Wilayah V17 untuk eyeball bersama-sama mereka. Semua yang terbaca post ni dijemput hadir. Konvoi akan berlepas dari parking lot sebelah masjid baru Alam Damai jam 8:30 malam. Bagi rakan-rakan dari luar lokalan..RV point adalah di Petronas tepi MRR2 (sebelahTesco Ampang). Monitor di V47 145.5875MHz

Harap Maklum

73

Monday, August 17, 2009

Sesi Eyeball QSO bersama 9M2 (1-2009)

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2
Tarikh : 18 OGOS 2009
Waktu : 8.00pm - 10.30pm
Lokasi : Restoran Tom Yam Azizatul Hasanatul , Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang Selangor.
GPS Coordinates:Latitude - 3.20665 & Longitude - 101.77228

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

***Pesuruhjaya Sumpah juga disediakan****

Standby Freq - 145.2125Mhz (V17) &
145.5875Mhz (V47)

Jumpa di sana.

73