Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Kenduri Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ



Lama betul tak kemas kini disini semenjak semua orang sibuk dengan muka buku (Facebook) hehehe. Alhamdulillah pada 12/03/11 yang lalu 9W2BMX & 9W2BMQ telah mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian ayahanda dan bonda mereka ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) mendoakan semoga pakcik & makcik selamat pergi dan kembali serta sihat hendaknya sewaktu berada di sana.

Kalau cerita bab kenduri di lokalan Alam Damai ni, menu utama mestilah kambing golek. Ada yang panggil kambing bakar, kambing golek, kambing panggang, kambing BBQ. Nak panggil apa pun takpe lah janji kambing hehehe.... 2 ekor kambing telah di golekkan di atas bara api. Nyam nyam nyam...memang sedap hingga menjilat jari. Terima kasih tukang bakar yang sampai terbakar bulu roma tangan, terima kasih tukang potong dan terima kasih juga pada tukang makan.

Kesimpulannya, semangat kerjasama penting antara kita. Mula dengan proses mengangkut khemah dari stor, memasang khemah, susun meja, pasang lampu, persiapan memanggang, hidupkan api, tukang makan dan yang akhir sekali tukang kemas. Kalau takde orang atau takde kerjasama patah pinggang ooooo. Terima kasih semua yg membantu dan yang menghadirkan diri.

Yang Ringan Sama Dijinjing
Yang Berat Sama Dipikul.
Baru Aman Rumahtangga

Saturday, February 26, 2011

SKMM Buat Hal Lagi

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia buat hal lagi la. Baru-baru ini ada rakan terima aparatus aasignment dengan 4 alphabet. Sebaik menerimanya, rakan tersebut pun memancar di pengulang. Maklumlah, tengah bersemangat la katakan. Abis terpinga-pinga semua yang ada di frekuensi waktu tu. Bila ada yang buat semakan di laman web MCMC, memang betul la callsign sipolan ni 4 alphabet. Jadi kesimpulan yang dibuat callsign 3 alphabet dah abis dan lepas ni semua rakan baru mungkin akan menggunakan 4 alphabet.

Selepas beberapa bulan, MCMC menghantar aparatus assignment (AA) baru kepada sipolan ni. Kali ni 3 alphabet pulak. Si polan ni pun pening kepala, yang mana 1 aku nak guna ni???? Ini kerana AA baru yang diterima tidak disertakan dengan surat, tiada juga panggilan telefon mahu pun sms yg dihantar oleh pihak MCMC. Aku ni dah memancar di pengulang, semua orang dah tahu callsign aku. Kenapa selepas beberapa bulan baru MCMC hantar AA baru kat aku?? Banyak persoalan yang bermain difikiran sipolan ni.

Selidik punya selidik, tanya punya tanya baru la pihak MCMC beritahu yang kelalaian pihaknya telah menyebabkan kesilapan ini berlaku. Callsign yang 4 alphabet tu dibatalkan dan sila guna callsign yang baru (3 alphabet). Kah kah kah.........

Tukang taip AA, tukang cetak, tukang masukan data callsign dalam web MCMC semuanya buta kot.....Takan la seorang pun tak perasan???

Kenapa MCMC tidak buat procedure seperti dahulu?? Tidak sampai 10 minit AA boleh siap, tuan punya AA juga boleh periksa segala data yang ditulis dalam AA pada masa tersebut. Jadi kalau salah callsign, alamat, nama dan sebagainya boleh buat pembetulan serta merta.

Jika kita orang baru, kita juga akan merasakan callsign (4 alphabet) yang diberi oleh MCMC tu betul, tambah pulak bila check dalam web MCMC wujud callsign yang 4 alphabet tu. Kalau kita di kaunter masa tu boleh la jugak tanya "kenapa saya punya callsign 4 alphabet"??

Pasport antarabangsa pun dah boleh siap dalam masa 2 jam....Ntah la MCMC..............renung-renungkanlah........Nak cetak kertas sehelai pun makan masa 2 bulan.......

Sunday, January 16, 2011

Service Repeater 9M4RBC

The Group Photo


Pada 15/1/2011 ASTRA Tengah bersama dengan rakan-rakan lokalan Alam Damai telah membantu membaik pulih repeater 9M4RBC. Dengan bantuan tenaga yang ramai, segalanya telah berjalan lancar dan mengikut jadual. Tahniah untuk semua. Selamat menggunakan 9M4RBC - "ramai baru la ceria..." jom meriahkan RBC.

Tuesday, December 28, 2010

Kelas Persedian RAE 4/2010 Di Dewan UMNO Bandar Tun Razak



Pada 18 Disember 2010, Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah mengadakan kelas persediaan untuk menghadapi RAE 4/2010 di Dewan UMNO Bandar Tun Razak.

Seramai 15 orang SWL telah menghadiri kelas tersebut dan 4 orang yang telah lulus RAE 3/2010 hadir untuk mendapatkan tandatangan 9M.

ADARC mengucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO Bandar Tun Razak kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan tersebut tidak lupa juga kepada 9W2BMX yang berusaha mendapatkan tempat, tidak lupa kepada tenaga-tenaga pengajar 9M2RIE, 9M2AIR dan 9M2AIS tahniah dan terima kasih kepada anda.

Kepada rakan-rakan yang lain terima kasih kerana memberi sokongan, pertolongan dari segi tenaga, idea, nota dan bahan rujukan. Kerjasama anda amat dihargai.

ADARC mengharapkan kepada semua calon yang bakal menduduki RAE 4/2010 dapat menjawab soalan dengan tenang dan lulus.

InsyaAllah dimasa akan datang kami akan menganjurkan lagi kelas RAE demi untuk meramaikan lagi operator radio yang sah di Malaysia amnya dan di Lembah Klang khasnya.

Komuniti Kita Adalah Keluarga Kita.
Cubit Peha Kiri, Peha Kanan Terasa.
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

73

Friday, December 24, 2010

Kenduri Kesyukuran Dan Menyambut Awal Muharram Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ


Pada 6 Disember 2010 yang lalu 9W2BMX dan isteri beliau 9W2BMQ telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut Awal Muharram.

Walaupun majlis diiringi dengan hujan renyai namun alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, doa selamat kemudian jamuan makan amat meriah dengan kehadiran para tetamu.

Seperti biasa, seekor kambing telah menjadi korban untuk dipanggang. Kaum arab V47 makan kambing macam makan ayam jer......

Syukur juga ke hadrat Allah kerana rakan kita 9W2YSF telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini beliau masih bercuti dan berehat di rumah.

Dikesempatan ini pihak tuan rumah iaitu 9W2BMX/9W2BMQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yg hadir untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang membantu sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan insyaAllah mudah-mudahan dengan ada nya program seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Komuniti Kita, Keluarga Kita.

73

Wednesday, July 14, 2010

HAM Festival Malaysia 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010



Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )