Showing posts with label 9W2NTT. Show all posts
Showing posts with label 9W2NTT. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Bertambah Lagi 9M Di V47

Banyak kenangan manis untuk bulan Mac ini bagi rakan-rakan Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) yang memilih simplex V47 untuk QSO antara satu sama lain. Di antara kenangan-kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan adalah wujudnya blog ini pada Mac tahun 2009, kebenaran oleh 9W2JQQ untuk menggunakan bengkel di belakang rumah beliau untuk sebarang aktiviti Radio Amatur dan yang paling menarik adalah 9W2NTT telah lulus ujian CW yang berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 17.03.10.

Dikesempatan ini ADARC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang selama ini telah sudi melawat dan memberi idea untuk penambah baikkan lagi blog ini. Tidak lupa juga kepada 9W2JQQ dengan kesudian anda memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di bengkel anda.

Tahniah 9W2NTT yang telah lulus ujian CW pada baru-baru ini. Semoga dengan kelulusan anda menambahkan lagi inspirasi kami untuk menjejaki langkah anda, insyaAllah.

Seramai 51 calon telah mendaftarkan diri untuk ujian CW baru-baru ini. Namun yang hadir adalah seramai 40 orang sahaja. Yang lulus hanya 16 orang. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah. Diantara yang berjaya ini pernah gagal sebanyak 5 kali. Ini membuktikan kejayaan akan muncul jika kita sabar, berusaha dan gigih dalam satu-satu perkara. Kepada yang tidak lulus kali ini jangan putus asa. Cuba lagi, insyaAllah anda akan lulus.

73

Monday, March 8, 2010

Sticker Callsign ADARC




Sticker Callsign ADARC, design baru yang telah diubahsuai mengikut cadangan dari rakan-rakan yang memberi respon..jika ada sebarang komen sila post di sini. Saiz 4" x 8" warna kuning pantul cahaya warna hitam tidak memantul. Terima kasih.

Sunday, October 18, 2009

Terima Kasih

9W2RIE, 9W2WPG, 9W2TBC dan abg lori mengangkut kelengkapan

Dari kiri 9W2RIE, 9W2PIT, 9W2WPG, 9W2TBC, 9W2BMX, Abg Zul lori

9W2BMX & 9W2WPG nampak penat

Selesai Set up khemah dan comm center kat umah

Home brew 8db collinear (kiri) & 5/8th Wave Stacked J-Pole (kanan atas bumbung)

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua rakan-rakan lokalan yang menjayakan program di rumah 9W2NTT pada malam sabtu yang lepas sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apa yang penting adalah semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua, tahniah buat semua kerana program berjalan lancar seperti yang di rancangkan walaupun hujan pada petang hari sebelum majlis bermula.

Antara rakan-rakan yang datang membantu untuk persediaan awal ialah 9W2NDS, 9W2TBC dan adik lelakinya, 9W2PIT, 9W2WNS, 9W2WPG, 9W2XSV, SWL Wan, 9W2RIE, 9W2BMX, 9W2BMQ (supply air sunquick). Maaf jika ada yang tidak disenaraikan, mungkin terlupa. Pada yang tidak dapat hadir, tidak mengapa, di lain kesempatan dan kelapangan boleh kita anjurkan lagi program seumpama ini. Apa pun sokongan anda semua dan sumbangan dari segi tenaga, wang ringgit, makanan dan sokongan moral amatlah dihargai.

Sekali lagi tahniah buat semua. Semoga aktiviti sihat begini dapat diterus-teruskan sampai bila-bila kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Lidi sebatang senang dipatahkan, namun kalau lidi segengam sukar dipatahkan.

Jutaan terima kasih de 9W2NTT dan keluarga.

best regards...73

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Buluh Part II

Pada 10/10/09, bertempat di "Was Here" 4 stesen 9W2YSF, 9W2WPG, 9W2NTT dan 9W2TBC telah bergabung tenaga untuk menaikkan antena portable di lokasi eyeball menggunakan batang buluh yang di tuai sehari sebelumnya. Buluh dengan ketinggian 30 kaki kami naikkan di belakang kedai tersebut, dibantu dengan Double Zepp antena sebagai elemen pemancaran.

30 kaki, ringan dan fleksibel

9W2NTT, mengikat pole buluh sambil diperhatikan oleh 9W2YSF, 9W2WPG dan Tauke Was Here

Penyambungan dibuat oleh 9W2YSF sambil diperhatikan oleh 9W2WPG dan Tauke

Penuh semangat!


Tinggi tu...nak tempah bgtau..kami dtg pasang hehehehehehe

sekian...

Tuesday, October 13, 2009

Buluh ke Buloh? Pak Ucop Je Yang Tauuu!

Pada 9/10/09 satu ekspedisi memburu buluh telah dilaksanakan oleh 3 stesen dari ADARC. Misi bertujuan untuk menyediakan satu pole antena untuk kegunaan portable di tempat kami selalu eyeball iaitu di kedai makan "Was Here".

Kepala Misi 9W2YSF

Menurut chief de mission yang berpengalaman, Pak Ucop a.k.a 9W2YSF buluh yang dicari perlu bersifat lurus dan kuat untuk menampung beban. Selain sifat tumbuhan ini yang fleksibel, ia juga menjimatkan kos dan mudah untuk dikendalikan. Berbekalkan semangat yang kami ada dan kepakaran 9W2YSF, kami bertiga meredah belukar di sekitar Jalan Genting Peres untuk melengkapkan tujuan tersebut.

9W2YSF & 9W2NTT redah belukar



9W2NTT, macam pandai je tengok buluh tu!

Selepas lebih kurang sejam lebih di dalam hutan, kami dapat mengumpulkan beberapa batang buluh yang bersifat seperti yang dinyatakan tadi. Oleh kerana muka bumi kawasan tersebut yang di kelilingi gaung dan lurah, agak sukar juga rasanya nak pergi lebih jauh untuk mendapatkan buluh-buluh tersebut


9W2YSF tunjuk 9W2FJO buluh sumpit

Macam-macam ada di kawasan tersebut..termasuk la sebuah bangkai kereta yang kami jumpai apabila menyusuri denai hutan lebih dalam.

Cuba teka kereta jenis apa?


Bincang berapa panjang nak bawak balik


Joe the Head Hunter


Kepenatan...


Setelah diukur dan dikira..kami bawak balik 6 batang buluh sepanjang 15 kaki di ikat atas jeep


"Anak-anak jom balik"


Mana ada lebih muatan? Ngam-ngam apa


Sebelum balik mandi dulu, buang miang buluh, miang lain jangan buang!

to be continue....

Sunday, July 26, 2009

Baju Rasmi ADARC (pre post)

Contoh Baju
Warna putih akan jadi hitam,stripe hijau besar akan jadi warna kuning, stripe hijau kecil akan jadi reflective flourescene (depan&blakang)



baju dibuat siap dengan sulaman logo triangle ADARC (3segi kuning) disebelah kiri, sulaman nama dan callsign disebelah kanan, dan juga sulaman alamat blogspot adarc di bahagian atas bahu sebelah belakang.semua benang sulaman akan bewarna kuning seperti stripe pada baju.
Baju ADARC
Jenis: polo shirt
Kain: Lacoste
Warna: Hitam, Kuning, Reflective Flourescene
Warna Sulaman: Kuning
Sulaman: Logo ADARC, Nama, Callsign, Alamat blogspot ADARC
Harga: RM35 Sehelai
Saiz available: S, M, L, XL, XXL
contoh logo dan sulaman akan dipost dalam masa terdekat.sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi:
Abdul Halim
0126558782
tq
de 9w2ntt

Monday, June 15, 2009

Signal Report

Merupakan satu jenis laporan kekuatan signal yang diterima oleh stesen amatur apabila sesuatu perhubungan antara mereka diwujudkan. Kedua-dua stesen akan bertukar-tukar laporan signal untuk memberi gambaran tentang kualiti audio masing-masing. Laporan ini dapat membantu operator stesen amatur untuk melakukan pengubahsuaian yang diperlukan untuk memperbaiki kualiti pemancaran. Skala yang digunakan untuk menilai signal telephony (audio) dipanggil Readability and Signal Strength Scale (RS)

Readability R
1 - Hardly perceptible, unreadable
2 - Weak, fairly readable
3 - Fairly good, readable but with difficulty
4 - Good, readable
5 - Very good, perfectly readable

Signal Strength S
1 - Unintelligible, barely perceptable
2 - Weak, barely readable
3 - Weak, but can be copied
4 - Fair signal
5 - Fairly good signal
6 - Good signal
7 - Moderately strong
8 - Strong
9 - Extremely strong

Readability biasanya dinilaikan menggunakan pendengaran. Tiada sebarang meter rasmi digunakan untuk menilai kebolehbacaan sesuatu pemancaran

Signal Strength ditentukan dengan melihat pada paparan skrin radio. Jumlah bar yang diterima mewakili kekuatan signal sesuatu pemancaran

Kesimpulan nya, jika signal report 5 9 bermakna audio diterima baik, kuat, jelas dan mantap.


RST - Readability, Signal Strength and Tone
*untuk perhubungan radiotelegraphy menggunakan Morse Code


diolah berdasarkan
GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA 1st edition 2004-10-01

Class B Privilege (9W)

Frequency Bands (MHz)
28.0 - 29.7
50.0 - 54.0
144.0 - 146.0
146.0 - 148.0
430.0 - 440.0

Max Power Level
50 (in Watts PEP)

Class of Emmission
A3e, F1A, F2A, F3E, J3E, R3E


Class of Emmission Code

1) Main Carrier
A - Double-sideband
F - Frequency Modulation
J - Single-sideband, suppressed carrier
R - Single-sideband, reduced or variable level carrier

2) Nature of Signal
1 - Single channel contain quantized/digital info without using modulation sub-carrier
2 - Single channel contain quantized/digital info using modulation sub-carrier
3 - Single channel contain analog info

3) Type of Information to be Transmitt
A - Telegraphy - aural reception
E - Telephony (sound broadcasting)

Wednesday, June 3, 2009

FAMILY DAY

Satu hari keluarga anjuran ADARC akan diadakan pada bulan depan (Julai). Tujuan diadakan adalah untuk mengumpulkan rakan2 yang berdekatan mahupun yang jauh untuk merapatkan lagi hubungan sillaturahim rakan2 amatur mahupun SWL dan juga keluarga masing2..berbagai2 aktiviti menarik akan diadakan bagi memantapkan lagi program pada kali ini.program ini juga bertujuan sebagai "ice breaking" bagi ahli keluarga rakan2,diharap supaya lebih mesra dan bagi menimbulkan semangat kerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain.rakan2 SWL dan ahli keluarga amat dialu-alukan untuk turut serta.bersama2 kita menjayakannya!!

Tempat: Kemensah (blakang zoo negara)
Tarikh: (akan diumum)
Bayaran: (akan diumum)

sebarang pertanyaan boleh hubungi:
9W2WPG Boy 0142337091
9W2XSV Mamat 0192988873
9W2UWR Anwar 0183899431

atau boleh memanggil di V47 145.5875 MHz
atau email: 9w2ntt@gmail.com
atau cari kami di Echolink
"MESRA DIUDARA, AKRAB DIDARATAN"

Monday, June 1, 2009

Tips cari V simplex

Kadangkala mencari frequency V simplex boleh memeningkan kepala. Mula la telefon sana sini bertanyakan frequency. Bagi yang dah setting atau hafal frequency simplex, tahniah diucapkan.bagi yg tak hafal, di bawah ni ada tips yang ku fikirkan logik tuk mencari V simplex amateur band.

contoh nak cari V47

*V yang nak dicari darab degan 12.5 (jangan tanye kenapa 12.5)

47 x 12.5 = 587.5

587.5 adalah decimal belakang bagi V47 (.5875)

*bagi sumua V simplex dari V16-V47 pangkal adalah harus 145MHz

jadi kesimpulannya V47 = 145.5875MHz

ok contoh seterusnya

V38

38 x 12.5 = 475

**V38 = 145.475MHz

kalau kurang faham boleh email di
9w2ntt@gmail.com
or call 0126558782 (HALIM)

TX,RX Aid Kit

Simplex Frequency

(MHz)

V16 145.200
V17 145.2125
V18 145.225
V19 145.2375
V20 145.250
V21 145.2625
V22 145.275
V23 145.2875
V24 145.300
V25 145.3125
V26 145.325
V27 145.3375
V28 145.350
V29 145.3625
V30 145.375
V31 145.3875
V32 145.400
V33 145.4125
V34 145.425
V35 145.4375
V36 145.450
V37 145.4625
V38 145.475
V39 145.4875
V40 145.500
V41 145.5125
V42 145.525
V43 145.5375
V44 145.550
V45 145.5625
V46 145.575
V47 145.5875



International Distress/SAR Frequency

Civil Aircraft 121.500 MHz

Military 243.000 MHz

Satelite Emergency Tracking Frequency 406.025 MHz

Oil and Gas 4.613 MHz

Ship 2.182MHz

Saturday, May 2, 2009

International Phonetic Alphabet

Phonetic Alphabet digunakan untuk mengelakkan kekeliruan ketika pemancaran yang sukar dan juga bagi menyebut perkataan yang pelik atau sukar difahami. Ia disarankan penggunananya bagi mengelakan kesilapan dalam mengecam callsign atau sesuatu maklumat yang cuba disampaikan. Semua callsign diwajibkan disebut menggunakan phonetic dalam operasi Amatur.

International Phonetic Alphabet

A - Alpha
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliet
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - Xray
Y - Yankee
Z - Zulu

contoh sebutan callsign
9W2NTT disebut sebagai "nine whiskey two november tango tango"

sekian

Thursday, April 23, 2009

CAMERON HIGHLAND

Pada tanggal 11/4/09 satu trip untuk mengambil gambar telah kami jalankan bagi mengisi masa lapang. Permandangan di puncak Gunung Brinchang yang berada pada ketinggian 2031m dari aras laut pada waktu pagi dapat kami rakamkan untuk tatapan rakan rakan.

9W2NTT berlatar belakangkan puncak Gunung Irau

9W2XSV bergaya dengan cameranya

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula pada pukul 12 malam, tiba pada pukul 4 pagi dan pulang semula ke lokalan pada jam 8 pagi. Cuaca yang sejuk sekitar 8 darjah celsius dan keadaan angin yang kencang bukan penghalang. Trip seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat. Sesiapa berminat boleh menghubungi 9W2XSV atau 9W2NTT.

Sunday, March 29, 2009

Bantuan Komunikasi Kecemasan

Bantuan Komunikasi Kecemasan bersama Wilayah V17 & Mares. Misi selama 4hari itu berperanan memberi bantuan komunikasi kepada anggota PBSM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melancarkan lagi proses mencari dan menyelamat serta operasi pemindahan yang dilakukan.

Gambar sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.













Saturday, March 28, 2009

Ekspidisi Gunung Dato N9







Ekspidisi ke Gunung Dato Negeri Sembilan telah dianjurkan dengan kerjasama pihak Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Jemputan telah dibuat oleh 9W2XSS (Cikgu Halim) bagi mengiringi pelajar pelajar UPM semasa proses pendakian. Tujuan utama penganjur adalah untuk memberi pendedahan tentang komunikasi radio ketika kecemasan.



9W2NTT, 9W2XMO, 9W2CAE, 9W2TBC




9W2XSS bersama pelajar UPM


demo yang dipantau oleh 9W2XSV
taklimat sebelum pendakian

taklimat teknikal oleh 9W2XSV