Showing posts with label SCS Communication. Show all posts
Showing posts with label SCS Communication. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Program Derma Darah SCS Communication And Event

Sempena menyambut kedatangan hari perayaan Tahun Baru Cina 2010, adalah menjadi lumrah kepada seluruh warga Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan bersama keluarga khususnya kepada masyarakat cina. Namun begitu kesempatan cuti perayaan yang panjang ini juga, masyarakat Malaysia yang tidak meraikan perayaan ini mengambil kesempatan untuk pulang bercuti juga.

Justeru itu setiap kali tiba musim perayaan, jumlah peningkatan kemalangan jalan raya akan bertambah melalui statistik Ops Sikap yang direkodkan oleh pihak PDRM. Menyedari akan hakikat ini dan berkemungkinan keperluan darah meningkat di musim perayaan, pihak SCS Communication And Event akan menganjurkan program Derma Darah bagi memastikan stok simpanan darah di Pusat Darah Negara mencukupi.

Bagi ahli keluarga SCS Communication and Event dan rakan-rakan HAM yang berminat untuk menderma darah, sila berhubung terus dengan SC2JQ di talian 016-6045689 untuk maklumat lanjut. Program ini akan diruskan oleh SC2TL.

Bersama kita menyumbang untuk menyelamatkan nyawa yang lain.

Tarikh: 7 Febuari 2010

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Darah Negara

73

Sunday, January 17, 2010

Tahniah SCS

Program ramah mesra SCS Communication


AHLI-AHLI SCS Communication and Event bergambar pada program suai kenal di Taman Metropolitan, Kepong baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 250 orang ahli SCS Communication and Event berkumpul pada program suai kenal dan ramah mesra di Taman Metropolitan, Kepong baru-baru ini.

Selain diraikan dengan jamuan makan, ahli-ahli baru dan lama turut diberi penerangan mengenai hala tuju baru syarikat yang giat menjalankan aktiviti rekreasi seperti pacuan empat roda, perkhemahan dan sukan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Nazli Yusoff, program tersebut merupakan pembuka tirai bagi tahun 2010 bagi semua ahli dan pengurusan baru syarikat.

"Fokus utama kita ialah untuk menggabungkan semua peminat aktiviti rekreasi bagi menjadikannya satu hobi yang sihat dan kita berhasrat untuk memantapkan lagi aktiviti tahun ini," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_04.htm