Showing posts with label Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC). Show all posts
Showing posts with label Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC). Show all posts

Monday, August 23, 2010

Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Padah Akibatnya...

Lama betul blog ini tak post cerita-cerita panas kan. Tapi hari ni cerita panas keluar kembali.... kalau baca tajuknya pun anda mesti tertanya-tanya.. kenapa? Sebab apa? dan lain-lain persoalan lagi bermain di fikiran anda.

Tersebut kisah................ hehehehehe....sebenarnya 1 ketika dahulu salah sorang rakan Alam Damai Amateur Radio Community telah dapat 1 SMS dan 1 panggilan telefon dari 2 rakan amatur. SMS dan panggilan telefon tersebut ada mengatakan "tolong keluarkan nama saya dari blog Alam Damai, saya tidak mahu bersengkongkol dengan gengster".

Disebabkan sifat matang kami tidak melompat, malahan secara gentleman menelefon dan berjumpa dengan insan tersebut. Kenapa beliau berkata sedemikian? Adakah beliau ada bukti? Adakah beliau dah selidik cerita yang didengari?

Baru-baru ini rakan yang memanggil V47 gengster ini ada menelefon dan meminta rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community, membantu dan menyokong untuk menubuhkan sebuah kelab radio amatur.

Cuba anda fikirkan.. dimanakah letaknya maruah beliau. Sudah la kau kata kami ni gengster.. sekarang nak mintak tolong pulak. Memang orang macam ni ibarat jilat semula ludahnya. Sehingga ke hari ini tiada kenyataan maaf dari beliau. Memang betul lah pepatah melayu mengatakan Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Padah La Akibatnya....

Jika anda hendak menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil. Janganlah mendengar disebelah pihak sahaja kemudian anda menjatuhkan hukuman. Berilah peluang pihak yang kena tuduh untuk membela diri.

Janganlah anda hendak perli-perli di frekuensi, sehinggakan ada rakan hendak berbuka puasa di rumah berasnya pun anda nak perli dengan mengatakan "Ye la yang jauh pergi, yang dekat tak nak datang, siapalah kita.. gengster kan...." Apa hak anda cakap sedemikian?

Kami nak nasihat insan berkenaan, "Jadilah Benang Untuk Menjahit Bahagian Yang Koyak dan Bukannya Menjadi Jarum Untuk Melubangkannya Lagi"


Monday, November 16, 2009

Map Reading @ 47

Pada 14 & 15 November 2009 yang lalu, ADARC47 telah menganjurkan acara Map Reading bertempat di kaki Gunung Nuang dengan kerjasama ASTRA Tengah. Tujuannya adalah untuk mendedahkan ahli-ahli radio amatur serta orang ramai tentang teknik membaca peta. Mungkin sekarang kita tidak memikirkan akan kepentingan peta, kerana kita mempunyai teknologi seperti GPS, APRS dan sebagainya. Hakikatnya teknologi peta yang ada pada masa kini merupakan olahan dari peta asasnya.

Oleh itu adalah difikirkan amat penting untuk setiap dari kita untuk mengetahui yang asas disamping penggunaan teknologi semasa yang ada. Berbekalkan kesedaran ini lah timbulnya inisiatif untuk mengadakan pembelajaran membaca peta / map reading oleh ADARC47.

Cuaca pada hari kejadian kurang memuaskan, namun semangat peserta tidak luntur. Dengan kesediaan jurulatih 9W2BCT (Abg Aswadi) untuk mencurahkan ilmu, para perserta telah dapat menimba ilmu dan teknik sebenar untuk membaca peta. Tidak ketinggalan turut diselitkan ialah slot ikhtiar hidup dalam hutan. Bercerita dari pengalaman serta pameran peralatan ikhtiar hidup yang ditunjukkan oleh 9W2BCT telah membuatkan aktiviti ini lebih menarik.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada 9W2BCT selaku jurulatih, Astra Tengah, para peserta, pihak media massa serta semua yang telah menjayakan aktivi ini. Jika ada tersalah terkurang harap dimaafkan.

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang 2 hari aktiviti dijalankan:

Persiapan mendirikan khemah...

Tempat belajar...

Taklimat ringkas

9W2OCC dengan harmoniknya yang baru tiba...

Pengenalan ringkas...

Para peserta sibuk dengan kompas masing-masing...

9W2OCC bergambar sebelum bergerak pulang...

Wartawan Utusan (berjeket biru) bersama dalam aktiviti...

Sibuk dengan peta dan protektor...

Tengok nota masing-masing...

SWL Hisham, mengkaji peta...

Mendengar dengan teliti....

Mengulang kaji...

Teknik membaca....

Meneliti peta sebenar...

Base camp...

Rakan² cuba menggunakan kompas...

Praktikal....

Mendengar dengan khusyuk...


Hari Kedua...

Line up peralatan ikhtiar hidup....

Bersedia untuk belajar...

Peralatan ikhtiar hidup dan menu dalam hutan...

9W2BMX....meneliti...

9W2BCT...menunjukkan sesuatu...

9W2BCT....mengajar dengan tekun...

Demo potong wayar dengan pisau rambo :)

Harmonik 9W2BMX...

Harmonik 9W2BMX...monitoring...

Line up sebelum pulang...

Bergambar sebelum pulang...

Selesai sudah satu lagi program dengan jayanya. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat menjayakan program kali ini. Dengan kejayaan yang dikecapi, semoga program - program di masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih sukses!!

Lagi tentang map reading.



Terima kasih.

73 de ADARC47

Thursday, November 12, 2009

Eyeball Wilayah V17


Salam

Saya telah dihubungi oleh 9M2CJ - Thiam, dimana beliau kini dalam proses merangka 1 kertas kerja berkaitan Radio Amatur yang akan dihantar ke MCMC. CJ memerlukan sumbangan idea, pendapat, proposal, class emission, aprs, rtty atau apa shj yang bernas dan boleh utk dimuatkan ke dalam kertas kerja beliau.

Sehubungan dgn itu, beliau juga meminta utk mengadakan pertemuan eye-eye dikalangan rakan2 amatur terutamanya rakan2 9M, 9W, 'otai2' dan 'old timer' radio amatur yang akan berlangsung besok malam di Syed Bistro, jam 8.45 malam.

Sila war-warkan jemputan ini kepada semua rakan2 agar kita sebagai warga amatur khususnya dapat berkongsi dan menyumbangkan idea atau pendapat yang bernas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia kepada MCMC walaupun berkemungkinan berhadapan dgn pelbagai rintangan dan harungan.

73. Wslm.

de 9W2TLB Talib

Sila war - warkan

ADARC47 bagi pihak Wilayah V17

Friday, November 6, 2009

Homebrew 8db collinear/J-pole Antenna

Salam semua. Posting kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang antenna collinear. Berdasarkan model antenna collinear, ia telah "diupgrade" untuk memaksimumkan prestasinya (stacked). Sama-samalah kita berkongsi dan mencubanya.

Ramuan:
- Wayar 2.5 mm (lain2 saiz pun boleh)
- Tutup Tupperware (yang tuk Microwave Oven tu)
- Aluminium hollow tiub/rod/copper welding rod (bahan conductor)
- cable tie
- pole/PVC pipe/kayu (tuk pegang elemen antena)
- klip buaya tuk tuning/matching
tu je kot

Basically macam ni lah diagram collinear ni siap dengan ukurannya

Potong wayar 2.5 mm ikut ukuran seperti dalam diagram, tiap elemen panjangnya lebih kurang 38.75". Lebihkan 0.5"-1" untuk sambungan/solder.

Solder sambungan wayar. Gap antara folded elemen adalah 3". Gunakan tutup tupperware atau apa2 yang dipikirkan boleh memegang elemen pada kedudukan 3".

"Matching transformer" gunakan tiub AL panjang 19.25", gap 1.8"

Sambung bahagian bawah dan gunakan PVC/conduit/wayar casing untuk pastikan tiub selari seperti dalam gambar

Ok siap dah satu bab

Tap pada pole/PVC/kayu untuk pegang elemen antena (dlm gambar pkai batang pancing 5m)

Balun sebanyak 8 gelung perlu untuk mengelakkan feeder dari radiate (sehampir yang mungkin dengan feed point pada antena). Gunakan klip buaya, slide atas bawah pada transformer (ikut diagram) untuk tujuan matching

Antena collinear (pasang pada khemah). Bekerja dengan baik pada event rumah terbuka ADARC47 yang lalu. Dari petang hingga malam tidak pernah gagal mengemudi rakan-rakan untuk datang ke lokasi event walaupun hujan lebat pada petangnya

Lokasi: Taman Bukit Cheras on 25Watt

RS on Simplex V47 QSOs:
9W2BCT, Kajang 5,9
9W2JQQ, Balakong 5,9
9W2UMK, mobile Bangsar (pakai handy) 5,9
9W2XSS, Cyberjaya 5,9 (base)/ R4 - 5 (mobile)

Kalau letak lagi tinggi InsyaAllah lagi baik prestasinya. Antena ini kami jadikan antena portable untuk event, ia ringan, telescopic pancing dan elemen yang guna wayar boleh diangkut masuk dlm kotak je dengan mudah


Saturday, October 31, 2009

MARES RAE 2/2009 Preparation Class

Time Registration:
8.00am (Saturday only)

Class:
8.30am - 5.30pm (both days)

Venue:
Auditorium (Ground Floor), Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, Kompleks Sekolah Wawasan, Persiaran Kewajipan, USJ 15, 47630 Subang Jaya, Selangor.

GPS Lat/Lon:
3ร‚°2'10.43"N, 101ร‚°35'18.71" E (3.036231, 101.588531)

Maps:
Multimap map Wikimapia map

Fee:
MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)

Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)

Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)

Registration & Payment:
Participation for the classes will be based on first come first serve basis. Class is limited to maximum 35 participants. Please register early. Participants are required to submit completed class registration form and make full payment, NOT LATER than the class registration deadline. Otherwise, participation to the class will not be confirmed. Class registration deadline is on 6 November 2009 (Friday).

Payment can be made:
By cash payment to Abdul Mutalib 9M2SQL (017- 6391632) or by cash deposit to Bank Islam account 14-041-01-005646-4 (Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia).Please keep the proof of payment information (bank cash deposit slip).

Class registration form can be submitted:
a) Direct to Abdul Mutalib 9M2SQL (017- 6391632) or

b) Email to
rae@mares.org.my, together with proof of payment information (scan/picture/details of bank cash deposit slip) or

c) Fax to 03-7781 1859 (Attention to: Abdul Mutalib 9M2SQL), together with proof of payment information.

Visit:

Monday, October 26, 2009

Melawat 9W2XSS - Eyeball Cyberjaya

Pada 26/10/09, Isnin kira-kira jam 9.00pm maka berkumpul lah sekumpulan penggemar radio amatur di Old Town White Coffee Cyberjaya. Rakan-rakan lokalan ADARC47 yang hadir telah menggamatkan suasana di tempat tersebut. Alhamdulillah, sedikit sebanyak V47 telah berjaya mempromosikan tempat tersebut sebagai salah satu tempat untuk menikmati pelbagai juadah dan menenangkan fikiran. Eyeball tersebut bersurai pada jam 1.30am dan berkonvoi balik ke lokalan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang sempat di rakam sepanjang eyeball tersebut. Antara station yang hadir adalah 9W2BCT, 9W2NTT, 9W2UWR, 9W2XSV, 9W2XSQ, 9W2WPG, 9W2FSW, 9W2SAQ, 9W2TBC, 9W2TSE, 9W2FJO, dan 9W2NDS. Bagi yang tak dapat join, no problem..eyeball lawatan akan diadakan lagi pada masa akan datang.




















73 de Ada
rc47