Showing posts with label D'Penghulu. Show all posts
Showing posts with label D'Penghulu. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Eyeball QSO Sebelum Hari Raya

Satu majlis eyeball QSO sebelum hari raya akan diadakan di Restoran BRJ Alam Damai pada 5 September 2010 (Ahad) jam 9.30 malam.

Tujuan eyeball diadakan adalah bertujuan supaya dapat kita bermaaf maafan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Semua rakan-rakan di jemput hadir jika mempunyai kelapangan.

73

Tuesday, August 3, 2010

Eyeball QSO Bersama ASTRA Tengah

Rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) akan mengadakan eyeball QSO bersama rakan-rakan/AJK ASTRA Tengah di Restoran D'Penghulu Batu 9, Cheras pada 06/08/10 jam 8.30 malam.

Tujuan eyeball QSO ini diadakan adalah untuk mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping membincangkan program-program yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Anda yang berminat untuk menjadi ahli ASTRA juga, anda boleh hadir untuk mengisi borang dan bertanyakan perkara-perkara yang tidak anda fahami kepada pihak ASTRA Tengah.

Dikesempatan ini juga, kami mempelawa kepada mana-mana SWL yang baru lulus RAE. Anda juga boleh mendapatkan tandatangan 9M pada hari tersebut.

Kepada mana-mana rakan yang berkelapangan atau berkesempatan untuk turut serta, dipersilakan. Untuk sebarang pertanyaan atau pandu arah pada hari tersebut, anda boleh memanggil di frekuensi V47 (145.5875).

Jumpa anda di sana....

Koordinate GPS N 03. 3.298' & E 101. 46.287'

73

MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN