Thursday, June 23, 2011

ADARC47 | Aktiviti 4x4 Offroad Di Jerangkang

Tamat sudah satu lagi aktiviti rakan-rakan ADARC47 pada minggu lepas. Kesempatan cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang berfaedah. Perjalanan ke Jerangkang dimulakan pada Sabtu 18 Jun 2011 lebih kurang jam 12.00pagi.

Sempat bergambar sebelum bertolak. Ketika tiba di Jerangkang suasana subuh dingin telah membangkitkan semangat untuk meredah laluan hutan Jerangkang untuk tiba di tapak perkhemahan.

Konvoi berhenti seketika untuk menikmati udara Jerangkang di subuh hari. Setelah tiba di tapak perkhemahan aktiviti pertama ialah mendirikan khemah.

Pada malam hari seperti kebiasaan diadakan aktiviti BBQ untuk semua yang terlibat. Makan memang tak pernah kurang ketika aktiviti ADARC47 ni.


Aktiviti yang seterusnya di malam hari ialah jelajah hutan. Ini adalah kelainan pada aktiviti kali ini. Jelajah hutan diadakan pada malam hari yang dinamakan "Jerangkang Nite Safari". Menarik, itu yang dapat dikatakan. Pelbagai pengalaman yang diperolehi.


Kepuasan, keseronokan, keletihan, kesyukuran... dan pelbagai lagi rasa yang dapat dizahirkan oleh setiap yang terlibat. Ucapan tahniah dan terima kasih yang dapat diucapkan kepada rakan-rakan ADARC yang terlibat serta 9W2DGA (abg Din Mega) and the geng, 9W2RIM (abg Amir) yang turut sama dalam jelajah kali ini.

Tanpa kalian semua aktiviti ini tidak akan berjaya. Jumpa lagi pada aktiviti yang mendatang. Tahniah ADARC47!

Monday, June 13, 2011

Undangan Raja Sehari







Walimatul Urus,

Menjemput semua Rakan-rakan dari lokalan V47 ke majlis perkahwinan Khairil Fahmie (9W2KFF) Bin Fesal (9M2LLL) dengan pasangan pilihannya Mastura (9W2CRY) Bte Zainol Abidin.

Tarikh :- 03 Julai 2011 (Ahad) Bersamaan 1 Syaaban 1432H
Alamat:- No. 1557, Jalan Baiduri 4, Taman Baiduri
73000 Kuala Ina, Tampin, Negeri Sembilan
Koordinat :- N 02' 27.541'
E 102' 13.541'
TEL:- 019-6672 435

Sunday, June 5, 2011

10 Biji 4x4 ADARC Bersedia Menghadapi Apa Jua Situasi @ Rintangan











Diatas adalah beberapa buah 4x4 yang dipunyai oleh rakan-rakan ADARC. Jika dikira ADARC mempunyai 10 biji 4x4 buat masa ini. Mereka-meraka ini telah pun dilatih untuk memandu di offroad dan menggunakan peralatan-peralatan tertentu seperti winch dan sebagainya.

Walaupun tidak semua rakan-rakan ADARC yang mempunyai pacuan 4x4 namun kami masih boleh lagi bersama untuk masuk ke hutan dan berkhemah dengan menumpang kenderaan yang kosong.

Aktiviti 4x4 dan aktiviti berbasikal masih melibatkan radio untuk berkomunikasi. Tidak bermakna tiada 4x4 dan tiada basikal kami berpecah. Kepada Hamba Allah tersebut bersihkan lah hati anda.

Aktiviti Baru Rakan-Rakan ADARC












Gambar-gambar di atas membuktikan aktiviti-aktiviti terkini rakan-rakan ADARC. Masing-masing sudah mengamalkan cara hidup sihat dengan berbasikal. Seramai 18 orang telah memiliki basikal dan berkayuh. Antaranya ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9M2RIE, 9W2AON, 9W2BCT, 9W2BMX, 9W2BKE, 9W2JXR, 9W2NMX, 9W2PSU, 9W2SAQ, 9W2UWR, 9W2WPG, 9W2WNK, 9W2XSQ, 9W2XSV, 9W2YND dan 9W2ZOX.

Frekuensi senyap tidak bermakna kami berpecah.
Yang pandai-pandai bawak mulut tu selidik dulu sebelum jaja cerita. Ingatlah pepatah:

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

73

Suasana Di Majlis Perkahwinan Harmonic 9W2YSF



Beberapa keping gambar suasana di majlis perkahwinan harmonic sulong 9W2YSF. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakannya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan HAM yang datang dari jauh dan dekat.

Tahniah untuk anda Pak Ucop (9W2YSF) dan tahniah juga kepada harmonic anda. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat.

73