Tuesday, April 27, 2010

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 2/2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke 2 tahun 2010 sebagai memenuhui kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut sila klik dibawah ini:

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010

Borang Permohonan RAE/RAE Application Form

Monday, April 26, 2010

Rumah 9W2BMX & 9W2BMQ Dimasuki Pencuri

Pada 26 April 2010 jam 6.00 pagi 9W2BMQ iaitu XYL kepada 9W2BMX bangun dari tidur dan menyedari pintu rumah beliau terbuka dan keadaan di dalam rumah berselerak. Tanpa melenggahkan masa beliau mengejutkan suaminya 9W2BMX.

Selepas memeriksa di sekitar kawasan rumah dan di dalam rumah, beliau mendapati beberapa barangan berharga telah hilang seperti wang tunai, telefon bimbit, cermin mata okley, seutas jam tangan dan sebuah handy Yeasu VX3. Jumlah kerugian dianggarkan RM4+++.

Jika anda didatangi individu untuk menjual handy Yeasu VX3 (antena dah patah), sila hubungi 9W2BMX di V47 atau di 019-2260329/019-2780329.

ADARC ingin mengucapkan takziah di atas kecelakaan yang berlaku kepada keluarga anda dan berharap anda bersabar menempuh dugaan ini.

ADARC juga ingin mengingatkan rakan-rakan supaya jika lalu di hadapan rumah rakan-rakan yang lain, perhatikanlah keadaan rumah tersebut dan sekitarnya. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mencegah jenayah di kawasan kita.

73

Thursday, April 15, 2010

RAE 1/2010

Pada 14/04/2010 RAE 1/2010 telah berlangsung di SACC Convention Centre Shah Alam. Seperti biasa ADARC menghantar 5 wakil SWL untuk RAE kali ini. Mudah-mudahan semuanya lulus.

Tidak lupa juga beberapa orang rakan yang pergi untuk memberi sokongan moral, diantaranya 9W2BMX, 9W2BMQ, 9W2GFA, 9W2NTT, 9W2NDS, 9W2JQQ & 9W2SAQ.

ADARC mengucapkan semoga berjaya kepada yang ambik peperiksaan radio amatur dan terima kasih juga kepada yang pergi memberi sokongan.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar suasana di SACC semasa RAE sedang dijalankan.

73




Monday, April 12, 2010

Sambutan RTM 64 tahun - Larian Menara KL

Satu lagi aktiviti yang melibatkan ADARC47 pada minggu lepas (11/04/2010) adalah membantu dari segi komunikasi sempena Larian Menara Kuala Lumpur anjuran Kelab Rekriasi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Secara tidak langsung aktiviti ini memberi pendedahan kepada rakan-rakan ADARC47 dalam mengendalikan radio untuk sebarang acara atau majlis.

Jutaan terima kasih juga kepada RTM kerana memberi kepercayaan kepada ADARC untuk mengawal selia dan mengendalikan sistem komunikasi sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih kepada semua atas kerjasama anda....



73 de ADARC47

Ujian Pancaran dari BBSM HQ - 10/04/2010

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 10 April 2010 telah berlangsung satu aktiviti bertempat di Bulan Sabit Merah Malaysia (Pusat), Jalan Nipah. Aktiviti ini adalah sebagai persediaan untuk simulasi bencana di Kedah pada 15-18 April ini. Setelah antena berjaya dinaikkan, ujian pancaran dilakukan dengan menggunakan frekuensi HF dan maklum balas positif dari 9M2GET yang berada di Perlis. Terima kasih kepada pihak ASTRA dan BSMM kerana telah memberi kesempatan kepada ADARC47 untuk terlibat sama dalam aktiviti ini.