Monday, November 30, 2009

Kartun Setempat II

Kartun setempat kembali lagi..

ehsan tauke was here


Mengisahkan tentang perkara-perkara yang berlaku disekitar lokalan dan isu-isu semasa. Harap anda terhibur. Stay tune for the next episode..

73

Sunday, November 29, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Adik 9W2POK

9W2POK telah menjemput semua rakan-rakan HAM lokalan Cheras dan pelawat/pembaca blog ini ke majlis perkahwinan adik beliau yang akan berlangsung seperti dibawah:-

Tarikh: 6 Disember 2009 (Ahad)

Alamat: No. 5, Jalan Cahaya 3A, Taman Cahaya, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan Makan: 7.45pm hingga 11.00pm

Ketibaan Pengantin : 8.45pm

Diharap dengan kehadiran rakan-rakan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Jumpa anda disana...

73

Penggunaan Kendalian Oleh SWL

Pada 25.11.09 (Rabu) 9W2UWR dan 9W2BMX telah mengadakan satu diskusi tentang penggunaan kendalian oleh SWL bersama 9M2ALL dan 9M2RIE. Setelah hampir 1 jam diskusi berlangsung rumusan yang kami dapat adalah seperti di bawah.

SWL hanya boleh menggunakan kendalian apabila stesen master (tuan punya callsign) ada disebelah dan stesen master yang membuka dan menutup QSO.

Jadi saya harap semua rakan-rakan faham. Jangan kita jadi pandai tak boleh ditegur. Bodoh tak boleh diajar. Berpijaklah di bumi yang nyata.

Sekian, terima kasih.

73

Wednesday, November 25, 2009

Tentang Poll Kita...Antena kegemaran...

Graf di bawah merupakan keputusan poll blog yang telah berjalan sekian lama tentang antena base kegemaran anda.


Slim jim paling popular, mungkin kerana kehebatannya atau pun harganya yang murah. Jom kita buat kempen satu rumah satu antena amatur..hehe...happy QSO...

p/s: Do vote for latest poll...

73

Seminar RAE 2/2009

Kepada semua SWL yang ingin mengambil peperiksaan pada 16/12/2009, anda digalakkan hadir ke Seminar Persediaan RAE yang dianjurkan oleh pihak MCMC bagi mendapatkan tip-tip menjawab peperiksaan dan maklumat terkini berhubung MCMC. Anda boleh mendaftar terus ke pejabat MCMC Selangor di Shah Alam atau dengan menghantar fax atau email seperti di bawah. Pada waktu ini masih banyak kekosongan dan tempat adalah terhad. Penyertaan percuma. Sila hantar nama, no. kad pengenalan dan nombor telefon. Hantarkan pendaftaran anda kepada

Fax : 03-5518 7710

Butir-Butir Seminar adalah seperti berikut :-

Tarikh : 10hb. Disember 2009 (Khamis)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Paradise Valley Golf Resort Persiaran Seremban Tiga, Seremban 3

Sekian. Terima kasih

73