Saturday, November 14, 2009

Walimatul Urus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

9W2TOQ (Tok Salleh) menjemput semua rakan-rakan V47 sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan adik ipar beliau pada 21/11/09 (Sabtu) bertempat di 1-1 Blok A11, Taman Melati Setapak, Kuala Lumpur.

Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

73

Thursday, November 12, 2009

Eyeball Wilayah V17


Salam

Saya telah dihubungi oleh 9M2CJ - Thiam, dimana beliau kini dalam proses merangka 1 kertas kerja berkaitan Radio Amatur yang akan dihantar ke MCMC. CJ memerlukan sumbangan idea, pendapat, proposal, class emission, aprs, rtty atau apa shj yang bernas dan boleh utk dimuatkan ke dalam kertas kerja beliau.

Sehubungan dgn itu, beliau juga meminta utk mengadakan pertemuan eye-eye dikalangan rakan2 amatur terutamanya rakan2 9M, 9W, 'otai2' dan 'old timer' radio amatur yang akan berlangsung besok malam di Syed Bistro, jam 8.45 malam.

Sila war-warkan jemputan ini kepada semua rakan2 agar kita sebagai warga amatur khususnya dapat berkongsi dan menyumbangkan idea atau pendapat yang bernas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia kepada MCMC walaupun berkemungkinan berhadapan dgn pelbagai rintangan dan harungan.

73. Wslm.

de 9W2TLB Talib

Sila war - warkan

ADARC47 bagi pihak Wilayah V17

Wednesday, November 11, 2009

Silent Key

Hashim 9W2MHH @ PR-TAX telah meninggal dunia jam 5.00am, Rabu 11 November 2009. Kepada kaum keluarga Allhyarham Hashim, Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) mengucapkan takziah. Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama para solihin. Aminnnn.

Al-fatihah....

73

Monday, November 9, 2009

Kelas RAE 2/2009

Kelas RAE siri 2/2009 akan diadakan dengan kerjasama pihak Wilayah V17. Berikut butiran mengenai kelas RAE:

Tarikh: 12 Disember 2009

Tempat: Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yuran: RM50

Bayaran ini meliputi minum pagi, makan tengahari, minum petang dan nota rujukan. Sila war-warkan pada rakan SWL yang lain.

73

Sunday, November 8, 2009

Homebrew Base Antena

Ramai yang mengatakan hobi Radio Amatur memerlukan kos atau modal yang banyak untuk menceburinya. Tetapi tenyata kenyataan tersebut salah dan meleset sama sekali.

Radio Amatur adalah satu hobi yang unik kerana anda perlu menduduki peperiksaan untuk mendapatkan tanda panggilan (callsign) dan anda dibenarkan membuat kajian dan eksperimen terhadap radio, antena, kabel dan lain-lain lagi.

Di bawah ini ada beberapa gambar base antena yang boleh anda buat sendiri. Anda dinasihatkan supaya mencari sendiri ukuran yang tepat. Gambar dan diagram dibawah sekadar untuk memberi bayangan kepada rakan-rakan bagaimana rupa dan bentuk sesuatu antena itu.



Antena ASTRA



Double Zepp






Ribbon






Yagi







Slim Jim







Super J Pole








Moxon








J Pole










Ground Plane












Dipole











Colinear