Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali

ADARC47 mengucapkan Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikan pesta cahaya ini khasnya kepada rakan-rakan Ham's.

73

Wednesday, October 14, 2009

Majlis Rumah Terbuka PRADAS 2009

Sempena menyambut Hari Raya AidilFitri dan Deepavali 2009, PRADAS akan mengadakan majlis rumah terbuka pada:

Tarikh 18 Oktober 2009
Masa 11pg - 6ptg
QTH: Woods Resort, Ulu Yam.
Menu makanan: Lemang, mee kari, bihun sup, rendang ayam & daging, nasi himpit kuah kacang, ketupat, nasi jagung, daging masak minang DLL.
Menu minuman: Sirap dan teh O.
Kemudahan-kemudahan: Surau, bilik air, asrama (dorm) DLL.
Bayaran: Percuma

Jika anda berkelapangan pada hari sebelum aktiviti dijalankan anda juga dijemput untuk berkemah. Khemah-khemah boleh didirikan bermula pada 10pg 17 Oktober 2009. Jika anda tidak mempunyai kemah tetapi ingin bermalam, asrama resort juga disediakan sebanyak 30 katil. Dorm adalah berasingan lelaki dan perempuan. Aktiviti pada malamnya adalah karoke DLL. Tiada bayaran dikenakan untuk sewa tapak khemah mahupun asrama. Makanan pada hari itu tidak disediakan.

Dijemput juga peminat-peminat radio amatur untuk menghadiri majlis tersebut. Juga tidak ketinggalan rakan-rakan komersial SCS, PAT, Pelangi & G14 untuk memeriahkan lagi suasana ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Pengurus majlis: PRGE
Setiausha: PROB (Pak Lang 013-3451245) / PRLH (Pak Long 019-39297753)

Jumpa anda disana....

73

Kisah Buluh Part II

Pada 10/10/09, bertempat di "Was Here" 4 stesen 9W2YSF, 9W2WPG, 9W2NTT dan 9W2TBC telah bergabung tenaga untuk menaikkan antena portable di lokasi eyeball menggunakan batang buluh yang di tuai sehari sebelumnya. Buluh dengan ketinggian 30 kaki kami naikkan di belakang kedai tersebut, dibantu dengan Double Zepp antena sebagai elemen pemancaran.

30 kaki, ringan dan fleksibel

9W2NTT, mengikat pole buluh sambil diperhatikan oleh 9W2YSF, 9W2WPG dan Tauke Was Here

Penyambungan dibuat oleh 9W2YSF sambil diperhatikan oleh 9W2WPG dan Tauke

Penuh semangat!


Tinggi tu...nak tempah bgtau..kami dtg pasang hehehehehehe

sekian...

Tuesday, October 13, 2009

Buluh ke Buloh? Pak Ucop Je Yang Tauuu!

Pada 9/10/09 satu ekspedisi memburu buluh telah dilaksanakan oleh 3 stesen dari ADARC. Misi bertujuan untuk menyediakan satu pole antena untuk kegunaan portable di tempat kami selalu eyeball iaitu di kedai makan "Was Here".

Kepala Misi 9W2YSF

Menurut chief de mission yang berpengalaman, Pak Ucop a.k.a 9W2YSF buluh yang dicari perlu bersifat lurus dan kuat untuk menampung beban. Selain sifat tumbuhan ini yang fleksibel, ia juga menjimatkan kos dan mudah untuk dikendalikan. Berbekalkan semangat yang kami ada dan kepakaran 9W2YSF, kami bertiga meredah belukar di sekitar Jalan Genting Peres untuk melengkapkan tujuan tersebut.

9W2YSF & 9W2NTT redah belukar



9W2NTT, macam pandai je tengok buluh tu!

Selepas lebih kurang sejam lebih di dalam hutan, kami dapat mengumpulkan beberapa batang buluh yang bersifat seperti yang dinyatakan tadi. Oleh kerana muka bumi kawasan tersebut yang di kelilingi gaung dan lurah, agak sukar juga rasanya nak pergi lebih jauh untuk mendapatkan buluh-buluh tersebut


9W2YSF tunjuk 9W2FJO buluh sumpit

Macam-macam ada di kawasan tersebut..termasuk la sebuah bangkai kereta yang kami jumpai apabila menyusuri denai hutan lebih dalam.

Cuba teka kereta jenis apa?


Bincang berapa panjang nak bawak balik


Joe the Head Hunter


Kepenatan...


Setelah diukur dan dikira..kami bawak balik 6 batang buluh sepanjang 15 kaki di ikat atas jeep


"Anak-anak jom balik"


Mana ada lebih muatan? Ngam-ngam apa


Sebelum balik mandi dulu, buang miang buluh, miang lain jangan buang!

to be continue....

Sunday, October 11, 2009

Erti Hasad Dengki

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.

Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri hati dan dengki kepadanya juga berusaha untuk merosakkannya.

Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya:
* Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” – (Surah an-Nisa, ayat 54)

* Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” – (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama membuang sifat dengki, buruk sangka, bermasam muka dan tidak bertegur sapa diantara kita.

Kesempatan di bulan Syawal ini marilah kita buangkan yang keruh dan ambil yang jernih.

"Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada taqwa" Surah Al-Baqarah ayat 237.

Sebagai orang tua dan matang marilah kita menjadi benang untuk jahitkan kembali dimana yang koyak, janganlah pula kita menjadi minyak dan memarakan lagi api yang sedang menyala.

Wasalam