Sunday, May 24, 2009

Apa Itu APRS?

Hai hai hai

Apa itu APRS? Automatik Position Report System. APRS ini ada banyak gate, salah satu yang paling mudah digunakan ialah IGate (Internet Gate) base on internet user. SGate base on Satelit User dan Radio Gate (Tak ingat gate apa utk mode ini). Semua gate2 tu boleh berhubung antara satu sama lain. Kalau ada terdapat Digipiter, org yang tak ada internet pun boleh menggunakan APRS.

Jika kita hantar becon kita ke APRS sama ada melalui Igate dan Sgate, maka QTH anda akan muncul dipeta APRS. Data dan maklumat yang kita hantar merupakan msg aprs, lokasi dan status station. Sama ada base VHF, UHF, HF, Towel, Parabola dan lain2 lagi.

Program or software APRS yg biasa digunakan adalah UI-View (www.ui-view.org). Siapa yang boleh guna APRS? All Ham Radio boleh menggunakan APRS janji ada peralatan yang mencukupi. Selain boleh tengok lokasi dan objek2 dlm APRS, station yang aktif boleh juga menghantar msg dan email melalui APRS walaupun user tersebut tidak mempunyai sambungan internet.

Sila tinggalkan sebarang komen untuk topik ini, saya pun tak tau nak start kat mana untuk memperkenalkan APRS ini kepada rakan2 semua.

Apa Itu Echolink?

Memperkenalkan Echolink

EchoLink ® software allows licensed Amateur Radio stations to communicate with one another over the Internet, using voice-over-IP (VoIP) technology. The program allows worldwide connections to be made between stations, or from computer to station, greatly enhancing Amateur Radio’s communications capabilities. There are more than 200,000 validated users worldwide — in 162 of the world’s 193 nations — with about 4,000 online at any given time.

Software Echolink membenarkan stesen radio amatur yang berlesen untuk berhubung dengan stesen lain melalui internet, menggunakan teknologi voice-over-IP (VOIP). Perhubungan jenis ini membolehkan perhubungan antara stesen atau dari komputer kepada stesen. Lebih 200,000 penguna sah seluruh dunia - dalam 162 daripada 193 negara didunia - dengan lebih 4,000 stesen setiap masa.
More info pls visit and download this software at
www.echolink.org

Saturday, May 16, 2009

Panggilan CQ Di Pengulang

Ada ketikanya kita pernah mendengar ada diantara rakan-rakan ham yang memanggil di pengulang......CQ...CQ...CQ 9M2xxxx ......CQ CQ CQ.. This is 9M2xxxx. Untuk pengetahuan pembaca sekelian. Dalam sebuah buku karangan seorang Ham dari US mengatakan bahawa ..."Only unprofesional Ham will call CQ on Repeater" yang membawa maksud hanya orang yang bukan pro aje yang memanggil CQ di pengulang.

Ada pula rakan2 mengatakan kita bukannya pro kita ni kan "Amateur" memang benarlah kata beliau sampai mati pun kita tak dipanggil PRO. Kita kena lihat apakah yang di maksudkan dengan "Amateur Radio" itu. Mana ada istilah " Profesional Radio" adakah menjadi satu kesalahan apabila kita memanggil CQ di pengulang....jawapannya sudah pastinya tidak.

Tapi golongan yang berilmu dan berpengalaman di bidang Ham tak akan menggunakan CQ di mana-mana repeater. Mereka akan memanggil begini jika di pengulang senyap aje tiada siapa menggunakannya. Orang yang bijak atau "Pro" akan berbuat begini...."....Ada sesiapa di udara....disini 9M2xxxx......" atau "anybody on Frequency this is 9M2xxxx".

Mengapa CQ tidak digunakan di pengulang jawapannya mudah kebanyakan orang akan monitor di pengulang...berbeza dengan di HF kerana frequency nya lebar. Contohnya dari 14.000Mhz ~ 14.350Mhz tak ada ham akan standby di frequency2 tertentu....Jadi persoalannya sekarang adakah anda ingin manjadi orang yang "bijak /Pro" atau anda ingin memilih manjadi........?????.....

Tepuk dada tanya selera...

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Baru-baru ini ada beberapa 9W's bertanya kepada saya mana yang betul setengah cakap begini setengah cakap begitu mana kita nak ikut? Contohnya perkataan "PANCARULANG" yang digunakan oleh sebahagian dari radio amatur pada hari ini.

Jawapannya mudah jika kita rujuk kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 tidak ada perkataan "PANCARULANG" yang ada didalam Akta berkenaan hanyalah perkataan "PENGULANG" puas saya mencari didalam AKTA Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA558) dan juga dalam Peraturan Komunikasi Dan Multimedia namun saya tidak terjumpa pun perkataan "PANCARULANG". Cuba kita lihat dari sudut bahasa. Perkataan "REPEATER" jika dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia akan berbunyi "PENGULANG".

Apakah yang dimaksudkan dengan "PANCARULANG"? Mungkin bahasa yang digunakan oleh Indonesia itu betul dalam bahasa mereka dan tidak tepat kalau kita gunakan disini. "UPLINK" dan "DOWNLINK" istilah ini hanya digunakan untuk Satellite sahaja. Tapi bukan digunakan untuk "pengulang" .Untuk pengulang ("repeater") istilah yang guna pakai ialah "Repeater Input" dan "Repeater Output". Jadi pergunakan istilah yang tepat. "JELOPPY" Ini adalah perkataan yang sebenar nya. Kita pernah mendengar rakan-rakan diudara menyebut cheelopi......cherokee...dll. "Salt mine" Ini adalah perkataan yang sebenarnya.

Kita pernah mendengar rakan-rakan menyebut Short mine..... soft mine .....dll QRX... QRT. Q code hanya diguna pakai untuk komunikasi kod morse walau bagaimanapun hari ini banyak diantara ham menggunakan QRZ? QTH? QSY? QRU? QRX... QRT dsb. berqso dalam "phone". Pernah juga kita mendengar seseorang yang ingin berhenti dari bercakap dengan si A menyebut.......""Ok lah bang saya ada kerja sikit ni ....walaubagaimanapun set saya akan "ON" so jumpa lagi 73 QRX."

Apakah yang dimaksudkan dengan QRX? Jika kita semak kembali QRX bermaksud "Standby" dan kena beri masa contohnya ...QRX 5 min.... dan setelah itu anda perlu masuk kembali dan sambung perbualan. Setelah saya selidiki mengapa ada diantara ham apabila nak "Sign Off" dari udara menggunakan QRX mereka berkata kita tak tutup "Transceiver" kita. Transceiver kita masih lagi "ON". Kecuali kalau kita "OFF" kan transceiver kita barulah kita sebut QRT...kita masih standby dan monitor di frequency....."PERLU DIINGAT DISINI Q CODE "QRT" BUKANLAH BERMAKSUD MENUTUP (OFF) ALAT TRANSCEIVER KITA...IA MEMBAWA MAKSUD "END OF TRANSMISSION" atau "STOP SENDING" DGN STATION yang lain.

Oleh yang demikian bila kita mahu sign OFF dengan mana-mana station sign off aje lah sebut aje 73 jumpa lagi. Kalau nak guna Q Code guna lah "QRT" bukan nya "QRX

Kelas RAE Anjuran KRAMAT

Tarikh : 30 & 31 Mei 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Tempat :APMM Universiti Malaya, Lembah Pantai.
Bayaran :RM100/person(Dewasa), RM40(Pelajar Sekolah) & RM80(Ahli Kramat)
Bayaran termasuk makan, minum, nota, fasiliti lain seperti - bilik hawa dingin, projektor, surau, dll kemudahan asas.
Tempat terhad.
Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205