Tuesday, October 2, 2012

Sesi Suai Kenal Rakan Baru 9W2XYX dan SWLMAS

Pada 03hb September 2012, komuniti ADARC V47 memperkenalkan  2 orang rakan baru yang telah lulus dalam Peperiksaan Radio Amatur sesi 01/2012. Mereka adalah En.Azlan Wahid  (9W2XYX) dan Cik Mas ( SWLMas). Tahniah di ucapkan kepada mereka berdua kerana telah lulus dalam peperiksaan tersebut dan komuniti ADARC amat mengalukan penyertaan mereka di dalam komuniti ini dan secara langsung menjadi ahli keluarga ADARC yang baru.




Justeru, komuniti ADARC mengharapkan ukhwah sesama rakan radio bertambah erat dan sentiasa bekerjasama dalam setiap aktiviti dan apa jua program yang akan di jalankan dengan semangat kerjasama dan saling membantu.


                                                                                                          









"WE WORK AS A TEAM"            

Monday, October 1, 2012

BE A RUNNER BE A GIVER 2012 6.4KM CHARITY RUN



Pada 23hb September 2012, ADARC secara langsung terlibat dalam program "Charity Run" sebagai Logistic Partner anjuran Kumpulan Belia 4B Malaysia dan Kuala Lumpur YOUTH Development Organization.  Seramai 15 orang ahli komuniti ADARC terlibat dalam program ni dan menjalankan tugas sebagai Radio Command Center, Rider, dan checkpoint personnel.   
     



Antara ahli ADARC yang terlibat ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9W2XYX, 9W2ZOX, 9W2BKE, 9W2CAE, 9W2GFA, 9W2NDS, 9W2XSJ, 9W2JTM, 9W2YND, 9W2SXQ, 9W2TBC, 9W2SAQ , dan SWLGadafi....Larian bermula jam 7.30pg dan kami telah bersedia menyediakan segala peralatan dan persiapan bersama untuk memastikan kelancaran program seawal 6.30pg.




 
 



              

Dengan semangat kerjasama antara satu sama lain, setiap tugasan yang diberikan kepada kami dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah serta mendapat pujian daripada YBhg Dato' Mukhriz Mahathir di atas ketelitian komuniti ADARC dalam melaksanakan tugasan. Tahniah di ucapkan kepada warga adarc yang terlibat. Semoga program yang akan datang dapat disempurnakan dengan lebih baik. 


" TOGETHER WE STRIVE OUR BEST "








Sunday, August 21, 2011

Majlis Berbuka Puasa ADARC47.com

Bertempat di Q-Thai Steamboat Restaurant pada 20.08.2011 yang lepas telah berlangsung majlis berbuka puasa ADARC47.com. Suasana sungguh meriah dengan kehadiran rakan-rakan bersama ahli keluarga masing - masing. Walaupun begitu ada di kalangan ahli ADARC lain yang tidak dapat untuk menghadirkan diri, insyaallah di lain masa dan ketika boleh bersama lagi.



Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak. Adalah juga diharapkan keakraban yang terjalin selama ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.



Vid majlis created by 9M2RIE









WE LUV ADARC47! :)

Thursday, August 18, 2011

Takziah buat 9W2SAQ

Pihak ADARC47 ingin merakamkan ucapan takziah buat rakan amatur kita 9W2SAQ - Zul atas kembaliknya ibunda beliau ke rahmatullah pada 17 Ogos 2011 yang lalu.

Wednesday, August 3, 2011

Info Orang Hilang

Pihak ADARC47 menerima telah email berkaitan kehilangan Ithnin Ngadiman. Sebagai masyarakat prihatin kami war-war kn info ini kepada anda semua. Berikut adalah butiranya:

Nama: Ithnin Ngadiman
Alamat: Taman Desa Damai, Alam Damai
Hilang: Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi
Gambar: Seperti di atas
Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)


Latar belakang kehilangan:-
Pada Selasa 2 Ogos 2011 pukul 3 pagi, sdr Ithnin hendak mengambil
kitab Tafsir Al-Quran yang tertinggal di dalam keretanya yang
diletakkan di depan rumah. Salwa (isteri beliau) dapati Ithnin tidak
masuk kembali setelah beberapa lama. Oleh itu Salwa meninjau ke luar
rumah, didapati pintu kereta terbuka tapi sdr Ithnin tidak ada. Sejak
itu, sdr Ithnin tidak muncul-muncul sehingga sekarang.

Sila sebarkan. Mudah - mudahan dengan cara ini dapat membantu mencari beliau.


Sekian. Selamat menjalani ibadah puasa