Sunday, June 5, 2011

Aktiviti Baru Rakan-Rakan ADARC












Gambar-gambar di atas membuktikan aktiviti-aktiviti terkini rakan-rakan ADARC. Masing-masing sudah mengamalkan cara hidup sihat dengan berbasikal. Seramai 18 orang telah memiliki basikal dan berkayuh. Antaranya ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9M2RIE, 9W2AON, 9W2BCT, 9W2BMX, 9W2BKE, 9W2JXR, 9W2NMX, 9W2PSU, 9W2SAQ, 9W2UWR, 9W2WPG, 9W2WNK, 9W2XSQ, 9W2XSV, 9W2YND dan 9W2ZOX.

Frekuensi senyap tidak bermakna kami berpecah.
Yang pandai-pandai bawak mulut tu selidik dulu sebelum jaja cerita. Ingatlah pepatah:

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

73

Suasana Di Majlis Perkahwinan Harmonic 9W2YSF



Beberapa keping gambar suasana di majlis perkahwinan harmonic sulong 9W2YSF. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakannya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan HAM yang datang dari jauh dan dekat.

Tahniah untuk anda Pak Ucop (9W2YSF) dan tahniah juga kepada harmonic anda. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat.

73

Khabar Angin = Fitnah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pertama sekali ADARC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini.

Baru-baru ini kami ada menerima pertanyaan daripada seorang Hamba Allah. Soalannya berbunyi betul ker ADARC berpecah??? Bila ditanya kembali siapa bagi tahu?? Hamba Allah tu berkata lagi ada la orang bagi tahu.

Disini pihak ADARC ingin membuat kenyataan secara terbuka, segala berita dan khabar angin tersebut adalah fitnah semata-mata. ADARC tidak pernah berpecah. Perlu diingatkan disini ADARC bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar, ini bermakna ADARC bukanlah persatuan atau pun sebarang pertubuhan. ADARC hanyalah 1 komuniti kecil yang berpusat di Alam Damai, Cheras. Kami mengumpulkan seramai mungkin peminat radio amatur dan membantu SWL yang ingin berkecimpung atau berminat dengan radio amatur.

Alhamdulillah usaha kami tidak sia-sia, walaupun ADARC bermula dengan 0 dan budak-budak hingusan, namun ADARC semakin matang. Dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari pihak-pihak tertentu kami langkah kehadapan setapak demi setapak.

ADARC juga cuba mempelbagaikan aktiviti dengan mengadakan DXing, setup antena dan kelengkapan HF, pameran radio amatur, bantuan komunikasi kepada RTM & Pengakap Malaysia, latihan mengendalikan 4x4, latihan kecemasan, mendaki gunung, latihan memasang khemah, bacaan peta & kompas, ilmu hutan, berbasikal, berkonvoi, dan lain-lain.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk turut serta dipersilakan dan kepada yang tidak berminat tu jangan la tabur fitnah.

Thursday, June 2, 2011

Utusan Raja Sehari








Tanggal 5/6/2011 bersamaan 3 Rejab 1432 Hijrah. 9W2YSF/PR-SMY (Yusof) menjemput semua warga amatur ke majlis Walimatulurus anak lelaki beliau. Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut:


Tempat: No 36 Lorong Tan Sri Abd Rahman Hashim 13, Taman Desa Baiduri, 56000, Cheras, KUALA LUMPUR
Masa: 1230H-1700H


Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi nombor berikut 012-2618 533/012-9073 361



Tuesday, May 10, 2011

HAMFEST MALAYSIA 2011

Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.

Antara agensi-agensi kerajaan yang telah mengambil bahagian di dalam pameran Hamfest Malaysia 2010 adalah:

* Polis Diraja Malaysia
* Rakan COP
* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
* Angkatan Tentera Diraja Malaysia
* Bulan Sabit Merah Malaysia

Dan Pada tahun ini Hamfest 2011 buat kali kedua akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur yang bakal berjadual seperti berikut..

14 MAY 2011 (SABTU)

Lokasi A : Amphitheater, Menara Kuala Lumpur

10:00 am : Kata Aluan Pengerusi


10:30 am: Taklimat En. Azmi


11:00 am : Pembentangan oleh Pn. Hjh. Fauziah Fadzil, Head CMCS QAS SIRIM


12:00 pm : Taklimat oleh YBhg Dato' Bahari Taib, Presiden ASTRA


1.00 pm : Pembentangan Teknologi HF oleh En. Wan Zulkifli bin Wan Hassan, Pengarah Urusan, MediaCrypt Resources Sdn Bhd


3:00 pm : Taklimat Amateur Radio in School (ARiS) oleh En. Hussairy Sidek


4:00 pm : Kelas CW oleh Cikgu Rahman (9M2AR)


5:00 pm : Mega eyeball bersama veteran radio amatur dan tetamu dari ORARI


8:00 pm : Pengurusan Bencana Dan Sukarelawan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia


9:00 pm : Sharing Session with Amateur Radio



Lokasi B : Mini Theater, Menara Kuala Lumpur



9:00 am - 5 pm : RAE CLASS

Lokasi C : Megaview 2 (TH03), Menara Kuala Lumpur



Kaunter Pengendalian SIRIM: 10 pagi - 5 petang

QSO Room



10:00 am : Hamfest Net 40 meter - 7.043Mhz (9M2YRS)


2:00 pm : Hamfest Net 2 meter - 145.675Mhz / Astra Transnasional (9W2LST)


4:00 pm : Hamfest Net 10 meter - 28.490Mhz


8:00 pm : Hamfest Net 20 meter - 14.150Mhz

Lokasi D: Tapak Letak Kereta, Menara Kuala Lumpur

Pameran Taktikal dan Pendidikan Radio Amatur


Gerai jualan makanan dan minuman

10 pagi hingga 6 petang


15 MAY 2011 (AHAD)



Lokasi D : Tapak Letak Kereta, Menara Kuala Lumpur

Pameran Taktikal dan Pendidikan Radio Amatur


Gerai jualan makanan dan minuman

12:00 pm : Aktiviti Fox Hunting


2:00 pm : Aktiviti DXing


Aktiviti berterusan sepanjang dua hari festival:

  1. Pameran taktikal oleh Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia
  2. Pameran pendidikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rakan Cop
  3. Pameran Dan Jualan Peralatan Radio
  4. Pameran Aktiviti Persatuan Radio Amatur - ASTRA, JASRA, KRAMAT, MARES, MARTS dan PEMANCAR
  5. Flea-Market
  6. Gerai Jualan Makanan


*Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan saat akhir oleh pihak penganjur. Tetamu dinasihatkan mendapatkan info terkini di laman web www.hamfest.my dan boleh juga dilayari di laman web facebook di www.facebook.com/hamfest.my