Sunday, December 26, 2010

9W2SLT Silent Key


Pada 16 Disember 2010 lebih kurang jam 5.30pm ADARC telah menerima berita 9W2SLT/PR-AFS/SC3SCX telah kembali kerahmatullah di Hospital Serdang.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah ayahandanya di Taman Cuepacs, Batu 9 Cheras dan di kebumikan pada keesokan harinya.


Salam takziah dari Alam Damai Amatuer Radio Community (ADARC) buat keluarga arwah.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa nya, diterima amalannya dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH.

Friday, December 24, 2010

Kenduri Kesyukuran Dan Menyambut Awal Muharram Di Rumah 9W2BMX/9W2BMQ


Pada 6 Disember 2010 yang lalu 9W2BMX dan isteri beliau 9W2BMQ telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut Awal Muharram.

Walaupun majlis diiringi dengan hujan renyai namun alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, doa selamat kemudian jamuan makan amat meriah dengan kehadiran para tetamu.

Seperti biasa, seekor kambing telah menjadi korban untuk dipanggang. Kaum arab V47 makan kambing macam makan ayam jer......

Syukur juga ke hadrat Allah kerana rakan kita 9W2YSF telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini beliau masih bercuti dan berehat di rumah.

Dikesempatan ini pihak tuan rumah iaitu 9W2BMX/9W2BMQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yg hadir untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang membantu sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan insyaAllah mudah-mudahan dengan ada nya program seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Komuniti Kita, Keluarga Kita.

73

Wednesday, December 15, 2010

Kelas RAE

Diatas permintaan beberapa pihak, sempena RAE 4/2010 pada 22/12/2010, ADARC akan mengadakan kelas persediaan untuk calon-calon yang berminat. Ini adalah pertama kali kelas di kendalikan 100% oleh ahli komuniti sendiri sepanjang ADARC ditubuhkan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan serba sedikit "tips" untuk menduduki perperiksaan tersebut. Bagi yang berminat, berikut adalah butiran lanjut mengenai kelas tersebut:

Tarikh: 18/12/2010 (Sabtu)
Jam: 2000H
Tempat: Dewan Makmur Bandar Tun Razak
GPS Lat-Long: N 3* 05 " 12.05' - E 101* 42" 59.05'
Bayaran: RM30/head (boleh bayar pada hari kejadian)

Bayaran dikenakan untuk:
- Sewa dewan
- Makan & minum
- Nota ringkas RAE
- Contoh Soalan

Peserta digalakkan membawa nota tambahan manakala alat tulis dan kertas adalah tanggungan sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
9W2BMX Azman 010-432 7529
9W2UWR Anwar 018-389 9431

"APA KAMI TAHU, KITA KONGSI SAMA-SAMA, JIKA SALAH, KITA BINCANG SAMA-SAMA"

Jumpa disana!!!!!!

de ADARC

Saturday, December 4, 2010

Jemputan Kenduri Kesyukuran & Sambutan Awal Muharam

9W2BMX (Man) & 9W2BMQ (Zaiton) menjemput semua rakan-rakan sekeluarga ke rumah mereka di No. 12, Jalan Makmur 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada:-

6 Disember 2010
8.00pm hingga 12.00am

Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Jamuan Makan.

7 Disember 2010
4.00pm hingga 8.00pm
Majlis sambutan ulang Tahun kelahiran anak bongsu beliau yang ke-6.

Semua rakan-rakan dijemput hadir dan anda boleh memanggil di V47 (145.5875) untuk menanyakan jalan ke lokasi.

73

Friday, December 3, 2010

Baju Lokalan (Kemeja F1)

Siapa berminat sila hubungi 9M2AIS (Bujat) di 010-2204775. Tarikh akhir tempahan pada 9 Disember 2010.