Tuesday, February 9, 2010

9W2GFA Menang Tempat Ke-2 ARDF UTM Skudai

ARDF atau Fox Hunting, telah diadakan pada 30 Januari 2010 yang lalu. 9W2GFA (Cikgu Firdaus) merupakan wakil tunggal dari ADARC47 malah juga wakil tunggal dari Kuala Lumpur telah menyertainya. Acara tersebut telah diadakan di sekitar kampus UTM Skudai, Johor.

Jumlah keseluruhan peserta tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti sememangnya ramai terutama dalam kategori Beginner yang rata-ratanya disertai oleh SWL dari kawasan sekitar dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTM sendiri. Fox Hunt pada kali ini juga disertai oleh beberapa orang dari tanah seberang yang dilihat mempamerkan callsign YB....dan YC...

9W2GFA menyertai acara tersebut dalam kategori Intermediate dan telah memenangi tempat kedua setelah menemui tiga beacon daripada lima beacon yang telah disembunyikan (sebenarnya empat tetapi yang satu tu rupa-rupanya dummy marker - ceh).

Fox hunting yang berikutnya dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2010 nanti di Kuala Lumpur.

Jumpa anda disana....

73

Monday, February 8, 2010

Radio Amateur Examination (RAE) Results 2009-2

Keputusan RAE dah keluar... jom semak keputusan anda di http://rae.skmm.gov.my/

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya...

Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, sila cuba lagi.

73 de ADARC47


Friday, February 5, 2010

Majlis Pelancaran ADEC Melaka

Majlis pelancaran ADEC Melaka akan diadakan pada:-

Tarikh: 6 Febuari 2010

Masa: 9.00 pagi

Lokasi: Pejabat PBSM Negeri Melaka, Bukit Peringgit

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan, anda dijemput hadir bagi meramaikan dan memeriahkan majlis.

73

Program Derma Darah SCS Communication And Event

Sempena menyambut kedatangan hari perayaan Tahun Baru Cina 2010, adalah menjadi lumrah kepada seluruh warga Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan bersama keluarga khususnya kepada masyarakat cina. Namun begitu kesempatan cuti perayaan yang panjang ini juga, masyarakat Malaysia yang tidak meraikan perayaan ini mengambil kesempatan untuk pulang bercuti juga.

Justeru itu setiap kali tiba musim perayaan, jumlah peningkatan kemalangan jalan raya akan bertambah melalui statistik Ops Sikap yang direkodkan oleh pihak PDRM. Menyedari akan hakikat ini dan berkemungkinan keperluan darah meningkat di musim perayaan, pihak SCS Communication And Event akan menganjurkan program Derma Darah bagi memastikan stok simpanan darah di Pusat Darah Negara mencukupi.

Bagi ahli keluarga SCS Communication and Event dan rakan-rakan HAM yang berminat untuk menderma darah, sila berhubung terus dengan SC2JQ di talian 016-6045689 untuk maklumat lanjut. Program ini akan diruskan oleh SC2TL.

Bersama kita menyumbang untuk menyelamatkan nyawa yang lain.

Tarikh: 7 Febuari 2010

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Darah Negara

73

Thursday, February 4, 2010

Majlis Pertunangan 9W2TBC



Pada 23 Januari 2010 yang lalu 9W2TBC (Ayie) telah melangsungkan majlis petunangan dengan kekasih hati beliau di Taman Bukit Saga Ampang. Turut serta di majlis ini adalah kaum keluarga beliau dan rakan-rakan HAM dari lokalan Alam Damai (ADARC).

Semoga ikatan pertunangan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Untuk 9W2TBC tahniah kami ucapkan dan jangan lupa jemput kami semua untuk pekena nasi minyak nanti.

73