Monday, January 18, 2010

9W2YSF Mengalami Kemalangan



9W2YSF (Yusof) telah mengalami satu kemalangan kecil di Balakong sewaktu beliau menunggang motorsikal untuk mengambil XYLnya pulang dari tempat kerja. Beliau telah mengalami beberapa luka kecil di bahagian lutut dan tangan. Bagaimana pun doktor mengesyaki tulang hidung beliau telah retak atau patah.

Beberapa orang rakan yang memantau di frekuensi V47 telah dapat berita ini lebih awal dan pergi ke rumah beliau untuk menziarahi. Antara rakan-rakan yang hadir adalah 9W2UWR, 9W2NDS, 9W2MHJ, 9W2KJG, 9W2BMX, SWL Shah & SWL Ibrahim.

Terima kasih juga kepada 9W2JQQ dan 9W2BCT kerana mengambil berat tentang keadaan rakan-rakan lokalan walaupun sekadar dapat QSO di udara untuk bertanya kan khabar 9W2YSF.

Kepada Pak Ucop berhati-hati menunggang motor selepas ini dan kami doakan semoga anda cepat sembuh. Moral of the story jangan jadi mat rempit macam Pak Ucop. Hehehehehe

73

Sunday, January 17, 2010

Tahniah SCS

Program ramah mesra SCS Communication


AHLI-AHLI SCS Communication and Event bergambar pada program suai kenal di Taman Metropolitan, Kepong baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 250 orang ahli SCS Communication and Event berkumpul pada program suai kenal dan ramah mesra di Taman Metropolitan, Kepong baru-baru ini.

Selain diraikan dengan jamuan makan, ahli-ahli baru dan lama turut diberi penerangan mengenai hala tuju baru syarikat yang giat menjalankan aktiviti rekreasi seperti pacuan empat roda, perkhemahan dan sukan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Nazli Yusoff, program tersebut merupakan pembuka tirai bagi tahun 2010 bagi semua ahli dan pengurusan baru syarikat.

"Fokus utama kita ialah untuk menggabungkan semua peminat aktiviti rekreasi bagi menjadikannya satu hobi yang sihat dan kita berhasrat untuk memantapkan lagi aktiviti tahun ini," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_04.htm

MARES Emergency Communication (EmComm) Talk

MARES would like to invite all amateur radio enthusiasts to join an Emergency Communication talk that would be held as follows:

Date: 7 February 2010 (Sunday)
Location: MARES Club House
Topic: Emergency Communication (EmComm)
Time: 10.00 am (+8 GMT)
Presenter: En. Abd. Aziz (9M2AU)


During this event, we will also be opening a booth for anyone who are interested to be an Emergency Respond Team (ERT) member. Those who are interested are welcome to come and register at the booth. Help us to help others in need.

Saving Lives Through The Airwaves!


73

Wednesday, January 13, 2010

Satu Lagi Kejutan

12 Januari 2010 satu lagi kejutan di dalam akhbar KOSMO. Seorang rakan dari ADARC iaitu 9W2XSV telah bergelar atlit triathlon negara. Tahniah untuk anda, semoga anda berjaya dalam bidang yang diceburi.

73

Monday, January 11, 2010

Kunjungan Prihatin

Pada tanggal 10 Januari 2010, ADARC47 telah mengadakan kunjungan ke rumah 9W2BCT/113MB226. Tujuan utama adalah melawat XYL 9W2BCT yang baru pulang dari hospital akibat patah tangan. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan rakan-rakan amatur di ADARC47. Berikut di paparkan gambar aktiviti yang berlangsung...





sekian

73 de ADARC47