Thursday, January 7, 2010

Tahniah 9W2SAQ


Tahniah kepada 9W2SAQ yang telah dapat cahaya mata baru pada 25 Disember 2009 yang lalu. Baby selamat dilahirkan pada jam 4.13pm dengan berat 3.52kg dan dinamakan Qasdina Isyah Sofiya binti Zulfadhli.

Semoga murah rezeki di tahun 2010 ini dengan kehadiran orang baru bang Zul.

73

Wednesday, January 6, 2010

9W2JBD Kemalangan

9W2JBD (kiri) telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Akibat dari kemalangan itu beliau telah retak tulang tapak tangan kiri dan kini masih lagi dalam cuti sakit.

Mudah-mudahan anda cepat sembuh Amy dan boleh tekan PTT semula.

73

Monday, January 4, 2010

Kata-kata Motivasi Untuk Tahun 2010

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda untuk tahun 2010 ini.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Sunday, January 3, 2010

Salam Perpisahan 9W2TBC

Yang dirai,


9W2TBC atau nama manjanya Ayie akan bertukar tempat kerja ke Batu Gajah, Perak. Berita penghijrahan beliau agak menggemparkan. Ada rakan yang berjurai air mata dik terkenangkan saat indah bersama beliau dalam pelbagai aktiviti ADARC47. ADARC47 mengucapkan selamat berjaya dalam kerjaya anda. Jangan lupakan kami di ADARC47. Jika pulang ke kampung halaman panggil-panggillah kami di v47. Semoga talian persaudaraan amatur yang terjalin akan berkekalan...

Berikut adalah gambar sekitar majlis perpisahan tersebut...



73 de' ADARC47

DXing @Gunung Nuang

Pada tanggal 02/01/2010 beberapa rakan ADARC47 telah mengadakan ujian pemancaran untuk VHF dan HF di kaki Gunung Nuang. Apa yang menarik perhatian ialah ujian pemancaran HF yang begitu memberangsangkan. Diterajui oleh 9W2BCT, Abg Aswadi segala aktiviti telah berjalan dengan lancar. Acara tidak rasmi ini telah berakhir pada 03012010 sekitar jam 12tgh hari. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakam.

#pole PU12 about 36feet from the ground, the introduction.