Sunday, December 6, 2009

Malam SWL



Selepas penat pulang dari membuat tinjauan, pada malamnya pula eyeball QSO di "Kedai Was Here". Rakan-rakan bertungkus lumus menaikkan portable antena untuk memancar ke ASTRA sempena dengan malam SWL pada setiap malam minggu.

Akhirnya antena moxon telah dinaikan dan dapatlah beberapa rakan SWL memancar ke ASTRA dengan menggunakan kendalian. SWL Ibrahim telah memberanikan diri dengan memancar ke ASTRA Transnasional dengan menggunakan callsign Nine Whiskey Two Bravo Mike X-ray (9W2BMX) kendalian Ibrahim.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pada malam tersebut yang telah bersusah payah untuk menaikan antena dan yang memberi sokongan moral.

73

Skuad Peninjau ADARC Ke Pertak



Pada 5 Disember 2009, Seramai 4 stesen skuad peninjau telah bertolak dari Alam Damai ke Sungai Pertak Kuala Kubu Bharu. Bermula dari jam 10.00 pagi mereka bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan sebuah jentera Land Rover 110 Defender.

Sepanjang perjalanan ke destininasi semuanya bergerak dengan lancar. Dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada ketua skuad peninjau 9W2BCT, mereka telah berjaya meredah beberapa halangan seperti hutan belukar, bukit bukau, sungai dan jalan yang berbatu.

Akhirnya skuad peninjau sampai ke destinasi dan bertemu dengan beberapa rakan "Geng Curut". Skuad peninjau telah jumpa lokasi yang sesuai untuk untuk menjalankan aktiviti akan datang untuk ADARC.

Terima kasih kepada 9W2BCT, 9W2SAQ, SWL Ibrahim dan SWL Hisham yang telah sudi meninjau kawasan untuk aktiviti akan datang yang akan dibuat oleh Alam Damai Amatuer Radio Community. InsyaAllah, jika tiada aral melintang ADARC akan buat aktiviti seterusnya di tempat seperti gambar di atas.

Sebelum pulang ke Alam Damai, mereka sempat singgah ke rumah 9W2TOQ untuk membantu beliau menaikkan antena base. Hehehe... Lepas ni Atok boleh la QSO di V47.

73

Perpisahan Bersama 9W2PIT

Pada 28 November 2009 adalah hari terakhir 9W2PIT berada di lokalan Alam Damai. Beliau yang telah tamat latihan di Maktab Pergguruan telah pulang ke kampung halaman di Tapah. 9W2PIT yang bakal bertugas sebagai seorang guru hanya menanti surat dari Kementerian Pendidikan dimanakah tempat yang beliau akan ditugaskan selepas ini.

Kami di ADARC47 harap-harap anda dapat bertugas ke Lembah Klang kembali Pit. Tapi dimana sekali pun anda bertugas kami mengucapkan selamat bertugas Cikgu Pit.

Pihak ADARC juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang selama ini memberi idea, nasihat dan tenaga dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Jika anda turun ke Lembah Klang ini singgah-singgah la ke Alam Damai.

Selamat Bertugas Cikgu Afiq.....

Jumpa dan jumpa lagi..

73

Thursday, December 3, 2009

SWL @ SWAL

Salam sejahtera semua.

Untuk perhatian semua, hanya di Malaysia sahaja digunakan 'term' SWAL (Short Wave Amateur Listener). Negara-negara lain di dunia tidak menggunakan 'term' itu, sebab ianya tidak wujud. Yang wujud, dan yang betul, ialah SWL - Short Wave Listener. Memandangkan band HF amatur terkandung di dalam kategori Short Wave maka mereka yang mendengar band amatur di HF juga di panggil Short Wave Listener (SWL) dan bukan SWAL. 'Term' SWAL tidak wujud di mana-mana, baik di peringkat International Telecommunication Union (ITU) mahu pun di American Radio Relay League (ARRL) atau Radio Society of Great Britain (RSGB) atau mana-mana persatuan/badan radio amatur.

Short Wave adalah dari , lebih-kurang, 1MHz hingga ke 30MHz, tak kira apa 'mode' yang dipergunakan. Mereka-meraka yang minat mendengar frekuensi yang lebih tinggi dari 30MHz tidak dinamakan SWL sebab ianya, yang lebih dari 30MHz itu, bukanlah diistilahkan sebabai Short Wave. Sekiranya 'term' SWAL digunakan apabila anda memancar di band HF amatur, nescaya seluruh dunia akan hairan apa yang dimaksudkan oleh anda dan ianya akan menyebabkan kekeliruran. Oleh yang demikian, jangan guna sama sekali 'term' SWAL tetapi gunalah 'term' SWL yang mana ianya adalah yang betul.

Terima kasih
dan 73.

Kenangan Bersama Rakan HAM Melaka



Ini adalah antara kenangan bersama rakan-rakan HAM Melaka sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka 9W2PGE pada hari raya aidilfitri yang lalu. Maaf dipinta kerana lambat upload gambar-gambar ni...


73